Nov 21, 2017

Food Review: Chicken Up Korean @ SS15


안녕하세요? / Annyeonghaseyo ? Apa khabar? Sihat tak semuanya.

ok seperti yang di janjikan food review kali ni bersumberkan inspirasi dari Korea, dan based official restoran mereka di tubuhkan di Singapore. Terdapat 8 outlet yang korang boleh tengok dekat peta singapore ni uols, dan currently mereka ada dua outlet di malaysia (Johor Bahru & Subang Jaya @SS15)



apa yang membuatkan salah satu resepi ayam mereka ni terkenal dengan keunikan rasa asli korea, senjata rahsia mereka di dalam menyediakan bahan ialah bahagian ayam terpilih di marinate selama 12 jam dengan sauce asli mereka. JENG JENG JENG so korang sure dah tahu rahsia keunikan mereka kan.

ok jangan buang masa, jom kita tengok menu top yang disediakan di Chicken Up @ SS 15 ni.
Yangpa Boom - RM 18 
Bawang besar berbentuk kelopak bunga di goreng dan di hidangkan bersama dengan hirisan lobak dan timun + Signature sauce)
Bulgogi Fries - RM 26
Fries serta di marinated bersama hirisan daging + signature sauce dan bahan-bahan home made.
Savory Boneless Chicken - RM 26
Hirisan ayam popcorn masam masam manis
Ganjang Up - RM 28
(Berwarna perang keemasan bersalut dengan soya sauce)
Spicy Up - RM 28
(Berwarna merah sauce yang sederhana pedas) 
Kimchi Soup - RM 38
Renehan soup unik ini di hidangkan bersama dengan makanan laut seperti kerang, sotong, kepah, dan sebagainya


Snow Squid Topokki - RM 68
dikenali sebagai UFO Topokki kerana bentuk seperti kapal UFO. Sesiapa yang menggemarkan makanan pedas boleh lah try hidangan UFO ni, nampak tempting betul sotong gergasi tu kan? Slurpppp

Finger Wing - RM 12
Kebiasaan mereka yang minum petang sambil melepak tu dorang ratah menu ni, kenyang itu memang tidak  ye, Jangan memandai nak order if korang kebulur. 

Minuman light bulb - RM 13
ada pelbagai pilihan yang korang pilih seperti Soda, Juice dan Smoothie.
Barbican Soda dengan 3 rasa yang berbeza. Kita suka Apple. 

Watermelon Bingu - RM 28
Aku paling berkenan part dessert ni, sebab ice susu dia memang lembut je. Plus dengan buah buahan bersama dengan ice cream vanila. Ouh ni memang terasa sangat nikmat dia. Di tambah pula dengan kacang merah itu. Aduhhh terasa nak repeat balik je :)

untuk view yang lebih menarik korang boleh tengok koleksi IG story aku kat bawah ni, siapa yang friends or follower kat facebook sure menggiurkan je rasa bila tengok semua video ni haha.


Info berkenaan chicken up @ SS15:

Business Hour: Weekday (4pm - 12am) PH & Weekend (11.30am - 12am)
Facebook Official
Instagram Official
Waze: Chicken Up SS15
Contact: 017-577 9377

P/S: Bagi aku harga yang di tetap kan memang sedikit mahal untuk setiap hidangan menu, tapi untuk mereka yang nk rasa memang berbaloi especially dalam cuisine korean ni. Antara favourite kita ialah kepak ayam goreng, Bulgogi Fries, Watermelon Bingsu dan juga UFO (part sotong tu je haha)

No comments :