Oct 10, 2017

Jadi Volunteer lawat adik-adik di Pediatrik @ Hospital Kuala Lumpur

pertama sekali nak ucap syukur alhamdulillah, sebab siapa sangka sekali lagi aku dapat berkhidmat serta menyumbangkan sedikit sebanyak tenaga dan masa untuk spend time bersama dengan adik-adik kita yang berada di Institut Pediatrik ni. Kalau korang nak tahu dekat HKL ni ada satu bangunan or section khas untuk merawat pelbagai jenis penyakit kanak-kanak pada peringkat awal dan juga rawatan permulaan bagi pesakit dalam.


Actually company aku yang buat organized kan event ni, jadi aku sebagai seorang pekerja yang menitik beratkan nilai murni dalam diri, memang seharusnya tak akan lepaskan peluang untuk turut serta. hahahahahahaha
Seawal pukul 9 pagi kita orang dah kena berkumpul di bilik meeting, selepas sarapan, person in charge memberikan sedikit taklimat dan penghargaan di atas kehadiran kami untuk menceriakan hari adik2 kita di Hospital ni.
tu diaaaa acik2 marhaban uols. hahahha
sebelum kami start tour ke bilik adik2 ni, kami plan untuk sambut hari jadi mereka yang lahir pada bulan september atau yang terdekat. Nampak lah betapa gembiranya mereka kan. 

Section kami terbahagi kepada dua, lepas tu kita orang ada sewa service clown sepasang. Jadi setiap group akan ada sorang clown untuk buat balloon dan juga cheerkan adik2 ni.

objective kita orang senang je, pass kan Goodies kepada setiap pesakit dan kemudian berborak bertanyakan khabar. Nampak simple kan? tapi inilah nilai yang aku tak akan lupakan ^_^
Time ni kecoh lagi dengan incident yang menimpa adik2 Tahfiz kita. Sungguh terkilan bila terkenang balik cerita doctor yang menjaga adik tahfiz time tu.

Banyak cerita yang memang aku tak dapat nak luahkan di dalam blog aku ni, apa yang aku harap satu hari nanti bila korang terbelek blog ni, harap korang pun dah merasa pengalaman untuk jadi volunteer disini.
staff, nurse dan kaki tangan kat HKL ni ya Allah, betapa ramahnya dorang semua. Menjaga adik2 kita yang tengah sakit ni. Terharu sangat bila baca comment dari facebook page mereka tak henti2 memuji staff HKL di Institute Pediatrik ni.
kalau korang sendiri nak jadi volunteer kepada adik2 ni, boleh lah tengok kat LINK facebook mereka di bawah ni:


ok lah adik2 semua, apa yang penting abam sentiasa doakan kesihatan adik di samping keluarga tercinta. Harap adik tabah dan cekal untuk teruskan hidup, bila dah sihat tu jangan lupa berkhidmat kembali kepada masyarakat. InsyahAllah....Amin....

1 comment :

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni