Sep 3, 2017

Getaway weekend : Terowong Besar Air Terjun Sungai Pisang @ Gombak

ok kepada korang ingin melakukan aktiviti yang tidak begitu challengging, tapi still gigih nak redah hutan dan sungai. Aku boleh suggest kan Sungai Pisang @ Gombak ini adalah yang bersesuaian dengan korang, sebab latar untuk memulakan expedition dekat kawasan ni tidak lah sesukar mana pun (Tahap Kesukaran 1.5/5) 

seperti biasa aku akan cerita pengalaman aku dari start sampai lah berakhir ekspedisi ni ok.
Kami berkumpul di Petronas Tesco Ampang sekitar 7 Pagi 

Jarak Perjalan tidak lah jauh hanya memakan masa kurang dari 45min bergantung pada kesibukan traffic.

P/S: Sila pastikan korang semua tidak ikut waze membabi buta, sebab waze akan bawa korang keluar dari tol gombak dan terus ke arah Karak Highway, Which is so not recommended for me telling you'll blindly to follow waze. Sebab direction yang dia bagi tu tak sahih sebab dia akan bagi ikut jalan highway then korang kena park kat high untuk turun ke susur tepi highway then baru korang akan nampak sungai + Terowong.

jadi aku sarankan korang ikut kiri sebelum tol gombak untuk lalu ke UIA, Nak lebih selamat sila bertanya dengan penduduk tempatan. Ok.
setibanya dekat sini, korang di nasihatkan untuk park rapat2 mengikut kelompok masing2, jadi nanti bila nak bersurai tu senang nak arrange keluar.

penduduk tempatan kat sini, akan start collect duit taw kononnya sebagai fees. Jadi ikut budi bicara korang kalau nak bagi atau tak. 

fees dia: Satu Kereta RM 3 + setiap penumpang dia RM 1
contoh: V ios + 3 penumpang = Total RM 6 ringgit. #AdaFaham

kalau kau hati kering tak payah bayar pun ok ^_^

Trek Perjalanan:
sepanjang perjalanan korang akan meredah sungai dan semak in order untuk sampai ke terowong hitam.
Sepanjang perjalanan tu korang akan dengar bunyi kereta lalu lalang sebab terowong hitam tu memang di bawah highway.
peringatan: nampak tak gambar dekat area sini. korang di larang sama sekali untuk melalui anak sungai yang telah di jaga ini. Empangan kecil ni memang di jaga oleh Pihak Syabas. Jadi kalau nak redah sungai please start redah after Terowong Hitam ok. Kalau nak redah juga, siap sedia lah kena tembak oleh si penjaga haha
tak sampai 10 min perjalanan korang akan nampak terowong hitam terlebih dahulu.

tadaaaaaa kami dah sampai
 dekat sini korang boleh lepak dan ambil sebanyak mana masa dan gambar untuk social media upload. Panjang terowong ni anggaran aku tak sampai 100 meter. (correct me if am wrong)

korang kena melepasi terowong tersebut dan meneruskan ekspedisi untuk sampai ke lokasi air terjun.
 
dalam perjalanan korang akan nampak 2 signage untuk trek 1 dan trek 2, so untuk kami yang first time ni, kami pilih trek 2, dan trek ini korang akan nampak pokok besar yang tumbang. 

Dan atas sikit melepasi pokok ni korang dah boleh nampak air terjun tu.
 
haha sempat lagi celebrate mini surprised untuk bufday boy "EJ"
 after the mandi manda.

after the mandi manda semua dah settle, kita orang plan nak redah ikut balik melalui highway. Jadi ini lah highway yang kita orang akan lalui kalau ikut jalan waze.
karenah masing2 di tepi highway. Korang jangan terlajak sampai melebihi kawasan highway ni, sebab selepas the signboard kat tepi highway ni korang akan nampak satu susur atau anak tangga untuk turun ke arah sungai menuju ke terowong hitam.

Aku suggest kalau ada option korang tak perlu lah nak ikut tepi highway ni, panas membuak2 haha. tapi kalau korang insist nak ada pengalaman boleh juga.
 
selepas menuruni dari highway untuk tembus balik ke terowong hitam ini.

jadi lebih kurang macam ni tu jelah. Masa perjalanan dari start car park dan ke air terjun tidak lah begitu jauh dan mencabar. Sesiapa pun boleh pergi balik dalam sehari.
 
Sungai Pisang Checked  
ok peace out dulu geng....