Sep 18, 2017

Food Review: Dessert Ice Bucket Malaysia. Wow Besarnya!!

Ok kali ni review yang sangat best, dapat menarik perhatian dan tekak aku, haha 
Korang pernah try makan desert dekat @ice bucket malaysia? Siapa yang tak pernah try lagi tu ok, mari sini aku bagi review baik punya dekat korang. Lepas tu aku akan recommend apa yang betul-betul sedap kat tekak aku ni.
Di Ice Bucket Malaysia ni, bukan tertumpu pada dessert semata, kalau korang lapar nak makan heavy kat sini pun boleh menjadi pilihan utama korang. 
Apa signature Ice Bucket Malaysia yang menjadikan mereka ni special di dalam penyediaan dessert? Haha korang kena lah tunggu sampai penghujung entry ni, dah nama pun dessert haruslah di served kan pada penghujung menu. Jadi sekarang ni korang tengok je menu-menu utama yang turut di hidangkan dekat Ice Bucket Malaysia ni.
Terdapat 3 jenis Burger:

Burger Ayam: RM 15.90
Burger Daging: RM 17.90
Burger Kambing: RM 19.90
kemudian 3 jenis mee curry: 

Mee Kari Ayam: RM 11.90
Mee Udang: RM 11.90 (Highly Recommended)
Mee Asam Laksa: RM 11.90
Bebola Ayam Home made RM 15.90 (8pcs)
Spaghetti terdapat dalam dua hidangan:

Ayam Roasted Spaghetti: RM 17.90
Ayam Black Paper Roasted: RM 17.90
Nasi Lemak Ayam: RM 9.90
Chicken Pop RM 9.90
 Potato KrissCut: RM 13.90

Ok now result yang korang nantikan, di mana Ice Bucket Malaysia Dessert yang paling aku suka dan boleh recommend kat dekat korang semua  
 ini lah dia signature Ice Bucket Malaysia yang super gigantic tu. 
Asal nya mereka menyediakan 3 flavour yang berlainan.

Ice Fruit Bucket / Ice Chocolate Bucket / Ice Strawberry Bucket
dan terbaru mereka menyediakan Oreo Bucket.

Setiap bucket berharga RM 29.90
dan aku amat menyarankan untuk korang rasa flavour OREO BUCKET ni, serius tak rugi dan korang tak akan rasa membazir. Rasa nak tambah untuk kali ke dua lagi ada lah haha.

info: bila pesanan bucket korang tiba, pelayan akan terus gaulkan kesemua bahan yang terdapat dalam bucket yang super huge tu. Rasa kena sebati betul2, then baru korang boleh start menjamah :)

Info tentang Ice Bucket Malaysia
Ok untuk pengetahuan korang @Ice Bucket Malaysia ada 3 outlet so far dekat malaysia: 
Aeon, Ipoh Klebang
Aeon Mall Shah Alam
IOI City Mall, Putrajaya 

Operating hours: 10am-10pm (last order 930pm)

Contact: 012 900 2366

Sep 10, 2017

Bersama meraihkan ulang tahun ke 7th VIP Card Watson Malaysia #WatsonRewards

Dengan hashtag #WatsonRewards kali ni memang banyak adegan syok yang membuatkan semua pemilik berdaftar VIP Card Member watson bakal di kejutkan dengan pelbagai ganjaran tanpa henti. 

Serius percaya atau tidak setiap dari seorang dari kalian merupakan pemegang card keahlian Watson, Sama seperti aku wei. Aku pun memang pengguna card tegar Watson. Sebab Card Watson sekarang ni selain dari redeem point semasa pembayaran, ianya juga boleh di gunakan Touch N Go di semua tempat. Lepas tu berapa banyak Jenama baru yang kini sudah bekerjasama dengan Watson Malaysia 

Kini dengan Card Watson ada service Touch N Go, sering tertinggal dalam kereta, dan semasa pembayaran aku hanya mention mobile phone yang berdaftar. Simple kan. Tiada masalah!!!
Ini senarai kelebihan VIP Member Card dari Watson.

  1. Kad keahlian sepanjan hayat
  2. Promosi hebat dari lebih 1,000 peniaga di bawah #WatsonRewards
  3. Setiap 1 mata di berikan pada setiap pembelian bernilai RM 1
  4. Bayar menggunakan Point? 200 mata untuk RM 1
  5. Pembelian dengan Jenama Watson akan mendapat mata sebanyak 2 mata
  6. Pembelian di dalam bulan kelahiran (Birhtday Month) sebanyak 2 mata ganjaran
  7. 5X mata ganjaran jika korang bayar di counter watson menggunakan Card Touch & Go


cukuplah dengan kelebihan yang aku mention just now dekat atas. Jadi mari kita tengok selama pelancaran mereka tempoh hari di Mytown Shopping Center.

Ada pelbagai games yang di sediakan kepada semua ahli yang hadir pada malam tu.
ada photobooth session, ada small games seperti diatas.
aku paling suka game ni, di mana kita orang kena teka berapa paper bag watson yang terdapat di dalam kereta tersebut. haha Sis Ruby dapat jawapan yang betul sebanyak 118 paper bag kesemuanya.
congrats sis ruby.

malam kemuncak bila kesemua Duta Celebrity Watson di panggil naik ke atas pentas bagi meriahkan lagi suasana majlis. 
 kita ada Amber Chia, Arja Lee, Thanuja Ananthan, Sasha Saidin dan ramai lagi artis yang turut meriahkan majlis pada malam tu.

Selain dari itu juga korang boleh pergi ke watson Malaysia untuk mengetahui senarai Jenama yang lain turut ber collaborate bersama dengan watson.

Sep 3, 2017

Getaway weekend : Terowong Besar Air Terjun Sungai Pisang @ Gombak

ok kepada korang ingin melakukan aktiviti yang tidak begitu challengging, tapi still gigih nak redah hutan dan sungai. Aku boleh suggest kan Sungai Pisang @ Gombak ini adalah yang bersesuaian dengan korang, sebab latar untuk memulakan expedition dekat kawasan ni tidak lah sesukar mana pun (Tahap Kesukaran 1.5/5) 

seperti biasa aku akan cerita pengalaman aku dari start sampai lah berakhir ekspedisi ni ok.
Kami berkumpul di Petronas Tesco Ampang sekitar 7 Pagi 

Jarak Perjalan tidak lah jauh hanya memakan masa kurang dari 45min bergantung pada kesibukan traffic.

P/S: Sila pastikan korang semua tidak ikut waze membabi buta, sebab waze akan bawa korang keluar dari tol gombak dan terus ke arah Karak Highway, Which is so not recommended for me telling you'll blindly to follow waze. Sebab direction yang dia bagi tu tak sahih sebab dia akan bagi ikut jalan highway then korang kena park kat high untuk turun ke susur tepi highway then baru korang akan nampak sungai + Terowong.

jadi aku sarankan korang ikut kiri sebelum tol gombak untuk lalu ke UIA, Nak lebih selamat sila bertanya dengan penduduk tempatan. Ok.
setibanya dekat sini, korang di nasihatkan untuk park rapat2 mengikut kelompok masing2, jadi nanti bila nak bersurai tu senang nak arrange keluar.

penduduk tempatan kat sini, akan start collect duit taw kononnya sebagai fees. Jadi ikut budi bicara korang kalau nak bagi atau tak. 

fees dia: Satu Kereta RM 3 + setiap penumpang dia RM 1
contoh: V ios + 3 penumpang = Total RM 6 ringgit. #AdaFaham

kalau kau hati kering tak payah bayar pun ok ^_^

Trek Perjalanan:
sepanjang perjalanan korang akan meredah sungai dan semak in order untuk sampai ke terowong hitam.
Sepanjang perjalanan tu korang akan dengar bunyi kereta lalu lalang sebab terowong hitam tu memang di bawah highway.
peringatan: nampak tak gambar dekat area sini. korang di larang sama sekali untuk melalui anak sungai yang telah di jaga ini. Empangan kecil ni memang di jaga oleh Pihak Syabas. Jadi kalau nak redah sungai please start redah after Terowong Hitam ok. Kalau nak redah juga, siap sedia lah kena tembak oleh si penjaga haha
tak sampai 10 min perjalanan korang akan nampak terowong hitam terlebih dahulu.

tadaaaaaa kami dah sampai
 dekat sini korang boleh lepak dan ambil sebanyak mana masa dan gambar untuk social media upload. Panjang terowong ni anggaran aku tak sampai 100 meter. (correct me if am wrong)

korang kena melepasi terowong tersebut dan meneruskan ekspedisi untuk sampai ke lokasi air terjun.
 
dalam perjalanan korang akan nampak 2 signage untuk trek 1 dan trek 2, so untuk kami yang first time ni, kami pilih trek 2, dan trek ini korang akan nampak pokok besar yang tumbang. 

Dan atas sikit melepasi pokok ni korang dah boleh nampak air terjun tu.
 
haha sempat lagi celebrate mini surprised untuk bufday boy "EJ"
 after the mandi manda.

after the mandi manda semua dah settle, kita orang plan nak redah ikut balik melalui highway. Jadi ini lah highway yang kita orang akan lalui kalau ikut jalan waze.
karenah masing2 di tepi highway. Korang jangan terlajak sampai melebihi kawasan highway ni, sebab selepas the signboard kat tepi highway ni korang akan nampak satu susur atau anak tangga untuk turun ke arah sungai menuju ke terowong hitam.

Aku suggest kalau ada option korang tak perlu lah nak ikut tepi highway ni, panas membuak2 haha. tapi kalau korang insist nak ada pengalaman boleh juga.
 
selepas menuruni dari highway untuk tembus balik ke terowong hitam ini.

jadi lebih kurang macam ni tu jelah. Masa perjalanan dari start car park dan ke air terjun tidak lah begitu jauh dan mencabar. Sesiapa pun boleh pergi balik dalam sehari.
 
Sungai Pisang Checked  
ok peace out dulu geng....