Jul 26, 2017

Open House Ryan @ Suasana Lumayan

(Tuan Tanah RYAN - Kiri sekali segak berbaju Kuning)

ok sebelum aku kena carut 3 purnama berturut-turut, aku gigihkan juga lah malam ni update pasal open house si ryan ni.

bagus juga aku update malam ni since aku ada mood untuk menulis blog.

ok group ni boleh di katakan aktif juga, aku kenal Ryan ni pun dari si Zaki ni hah, time tu zaman kegigihan aku ikut mereka ni lepak dekat Q-Bistro Permaisuri. lepas tu lately ni aku pun kurang spend time dengan budak comel semua ni haha. 

ok moving on - open house si ryan ni, dia buat hari jumaat jadi seperti kebiasaan lepas balik tu aku rush balik dan offer diri untuk tolong si ryan ni siapkan atau kemas apa yang patut. Since dah lama tak jumpa kan???
wah sekali tengok dah siap kemas, mak ai luas juga rupanya condo suasana lumayan ni, memang dari dulu lagi aku berkenan nak sewa kat tapak baru ni, tapi mungkin future plan kan? Siapa tahu? doa-doakan lah ye,
 
dan sebenarnya, boleh di katakan main course semuanya dah siap dan ready untuk di jamah je. Jadi kedatangan aku hanya lah untuk mengisi tong perut aku yang sentiasa kosong ni haha.
di sebalik tabir, aku dengan Agie sediakan bahan untuk rojak.
Kalau korang nampak bihun kat atas tu Agie ni lah yang masak. Boleh tahan juga masakan dia. 
siapa nak rasa masakan si Agie ni, korang DM lah dia ok. 
haha memang aku jual kau dalam blog ni.

Dan secara official nya Open House si Ryan ni start dari pukul 8.30malam.
meriah memang meriah, tak di nafikan kedatangan para tetamu memecahkan suasana hening malam tu. Gitu ayat baku kekdahnya haha.

maaf gambar aku tak nak post gambar beramai-ramai demi menghormati privacy para tetamu, haha feeling betul guest si Ryan ni kan. feeling sekeping semuanya haha. 
 Tadaaaaa aku sempat lah grab jubah untuk mengikut tema raya kali ni.
Walaupun terkena lemak rendang, gigih juga sambung makan 5 kali haha.

#RayakanSebulan.

Jul 23, 2017

AXA Broking Open House 2017 @ Rebung #BolehTahan

akhirnya aku boleh start update blog dengan pelbagai aktiviti dan event yang aku lakukan. haha ayat nak skema sangat ikut buku panduan katanya.

ok update kali ni department aku ada buat makan2 sempena dengan hari raya. Open house ni untuk treat semua broker yang bernaung di bawah company kita orang. 
malas nak cerita panjang lebar, korang boleh tengok update kami kat bawah ni.
Tapi sebelum tu nak tarik nafas lega, sebab event yang kita orang plan ni berjalan dengan jayanya. Yesss semua nya berjalan dengan jayanya tanpa ada hiccups :) #ThankGod

Thanks too Restoran Rebung juga sebab sanggup layan karenah dan permintaan kita orang yang super high demand. Haha terpaksa uols demi kepuasan hati client kita orang. :) well team rebung served kita orang dengan makanan yang sedap dengan venue yang super comfy.
 
actually aku suggest dan memilih rebung sebagai preferred venue kita orang sebab senang nak deal dengan dorang ni, Especially korang ada kenalan di sini. Kenalkan En Firdaus, tapi aku lebinh senang menggelar dia sebagai rebung haha :)

dan tak lupa juga kepada Khairool dan Atiqah yang bersusah payah memberi layanan yang superb :) #Thankyouguys
haha cino-cino yang datang makan kat sini tak henti sebut nasi lemak dia sedap. Sememang nya di akui nasi lemak tu sedap. #notbad
Bersama dengan orang kuat Team SME :)
 
seperti biasa, thanks to all my team members for putting this thru.
tanpa uols kita orang semua tak akan ada moment seperti ini  :)
LOVE ALL

Jul 16, 2017

Nasi Lemak "Ketagih" downtown cheras, percubaan kali ke 2

wei teman aku pergi makan nasi lemak "Ketagih" kat downtown cheras yang lama tu.

itu ayat pertama yang keluar dari mulut aku selepas selesai mandi malam, tapi entah kenapa aku terasa seperti nak makan nasi lemaka aku tu lagi sekali, mungkin ni sumpahan atau saka nasi lemak dia membuatkan aku seolah2 "ketagih" nak makan.
waktu "pestime" datang melawat tempat ni, aku saja usha nasi lemak akak tu, lepas baca sign nasi lemak tu, aku terkucil sendiri. Then akak tu bersuara, adik jangan gelak ramai dah yang datang balik cari nasi lemak akak ni lepas gelakkan nama dia. Time tu aku langsung tak amik peduli, hahaha
well untuk kali pertama tu rasa dia memang boleh tahan lah mungkin sebab keterujaan aku kot, tapi for the second time ni pula aku rasa biasa je. YESSSS mungkin lepas ni aku tak ketagih. Urghhh self-psycho haha
mungkin yang membuatkan aku rasa suka dengan nasi lemak ni sebab ayam seringgit seketul yang dia jual tu.
 and oh yer, lupa nak mention, actually kat takapk downtown cheras yang lama ni highlight dia adalah steamboat @ cucuk-cucuk.  
Ok dah lapar ni, K BAI!