kasih seorang insan yang bergelar ibu memang tiada tolok banding nya, Ibu adalah permata hati dan ibu jugalah ratu di hati. Sudah sinonim dengan masakan seorang ibu yang boleh membuat satu kampung kenyang dengan resepi masakan kasih sayang mereka.
Percaya atau tidak sempena dengan sambutan Hari Ibu yang bakal kita sambut pada 14 Mei ini seiring dengan itu Hotel Puri Pujangga membolehkan korang di luar sana untuk menyemarak kan lagi hari sambutan ibu nanti. Dengan bertemakan "Mom In Wonderland" menyediakan hidangan makanan ala barat seperti Paella Vallenciana Rice, Grilled Minute Steak
With Peppercorn Sauce, Sauteed Lyonnaise Potato With Paprika, Grilled Chicken Teriyaki
Fetuchini, Italian Mini Pizza, Pasta Aglio e Olio dan pelbagai jenis manisan seperti Kek Red
Velvet Chocolate Fondue, Cream Caramel, Fruit Tartlet dan lain-lain.
Pelbagai jenis aktiviti telah diatur untuk diraikan bersama ibu serta keluarga tersayang.
Kehadiran ibu-ibu akan disambut dengan minuman yang ditaja oleh Pop, The Soda! serta
pemberian cenderahati istimewa. Ibu-ibu akan dimanjakan dengan Rawatan spa oleh La Facia
Beauty Queen Spa & Hair Salon. Bagi merakamkan saat indah di hari yang istimewa tersebut,
satu sesi fotografi bersama keluarga juga akan diadakan. Anak-anak kecil juga akan diisi
aktiviti dengan pertandingan mewarna, sudut menonton mini wayang serta Mini Zoo. Satu sesi
cabutan bertuah juga akan diadakan bagi memeriahkan acara pada hari tersebut. Ibu-ibu juga
akan diberi Hadiah istimewa jika menepati tema melalui ‘Best Dressed Wonderland Mom’. Ini
pasti memeriahkan lagi sambutan Hari Ibu.
Sambutan Hari Ibu di Hotel Puri Pujangga akan diadakan pada 14 Mei 2017 (Ahad) dari jam
12.00 tengah hari hingga jam 4.00 petang di Begonia Coffee House. Baucar Hi-Tea Buffet
dijual dengan harga RM55.00 nett seorang untuk dewasa dan RM30.00 nett seorang untuk
kanak-kanak (6-12 tahun).
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi: Khaila Khalid Pengurus Operasi HOTEL PURI PUJANGGA Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan Tel : +603 8922 2891 / 8927 4128 / 8926 2443 Mobile : +6017 699 2437 Faks : +603 8922 2890 Email : khaila@puripujangga.com.my Website: www.puripujangga.com.my
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi: Khaila Khalid Pengurus Operasi HOTEL PURI PUJANGGA Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan Tel : +603 8922 2891 / 8927 4128 / 8926 2443 Mobile : +6017 699 2437 Faks : +603 8922 2890 Email : khaila@puripujangga.com.my Website: www.puripujangga.com.my
No comments :
Post a Comment