May 12, 2017

Food Review: Citarasa Ramadhan Buffet @ Hotel Istana Kuala Lumpur


Bersempena dengan bulan ramadhan 2017 yang bakal menjelang ini, kebiasaan untuk berbuka di hotel dan di restoran bersama keluarga serta sahabat handai sudah menjadi kepastian. Ada di antara mereka tu boleh di katakan setiap hari berbuka di majlis seperti ini.

Jadi mereka di Hotel Istana Kuala Lumpur juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menawarkan service dan makanan yang beraneka jensi. Antara kegemaran ialah Buffet. Boleh digelarkan sebagai syurga makanan :)

Ketua Chef yang di kenali sebagai Chef Al Fitri Al Bakri telah menyediakan lebih dari 100 menu untuk bakal di santapkan pada para tetamu.
Pelbagai jenis makanan western dan local turut di hidangkan, Kepada korang yang suka kan grill dan BBQ hotel istana juga turut tersedia. 
apa yang menariknya di sini, keunikan mereka terletak pada durian dan juga kerabu. Korang tengok lah jenis2 kerabu mereka seperti kerabu Isi Ketam, kerabu Betik, Kerabu Udang, kerabu Daging Tomato, Kerabu Ayam Pegaga dan banyak lagi.
Menu tidak berhenti di setakat disini, malah stall local mereka juga turut menyediakan  makanan signature seperti Chay Kuey Teow, Lemang dan kuah, Murtabak dan semestinya kambing golek.
Pencuci mulut yang cukup membuatkan korang tersenyum lebar dengan pulut bersama Serawa Durian, dodol durian, cendol Durian dan ABC
pelbagai jenis kuih muih seperti Onde-onde, cucur badak, Bingka Ubi, Tepung Talam, Kuih Lapis, Putu piring dan banyak lagi. 
kemudahan untuk mereka yang ingin mengerjakan solat terawih bilik khas di sediakan. 
ok harga yang di kenakan oleh Hotel Istana seperti dibawah ni. 

RM 169 nett untuk dewasa
RM 75 untuk kanak-kanak dari 4-11 tahun

info lanjut boleh hubungi 
Sharon Lim - Eksekutif pemasaran Hotel Istana KL
Tel: 03 21495670
Email: sharon.lim@hotelistana.com.my


1 comment :

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni