May 22, 2017

Boleh tahan seramnya di Istana Kellie (Kellie’s Castle) @ Batu Gajah, Perak

Wei kali ni siapa sangka aku boleh berjalan sampai ke Perak, kali ni perjalanan ni pun bersebab, nak attend wedding adik member aku si +Adyba Jee. Settle je acara +Zurimie Mohammed  terus ajak berposing sakan di Kellie's Castle (Istana Kellie) 

Asalnya kita orang nak pergi ke Gunung Lang Recreational Park, tapi memandangkan perjalanan sehala dah menuju ke arah Kellie's Castle jadi nak uturn tu memakan masa. Jadi hari pun semakin lewat wei, lepas tu aku tak nak lah gerak malam dari Perak. Sebab aku tak prefer drive belah malam. 
Parking space di kenakan bayaran sebanyak RM 2
time aku datang ni crowd biasa dan masih terkawal, sebab tu aku dapat jumpa parking space. 
Yuran untuk masuk ke Kellie's Castle di kenakan seorang RM 5 (harga tertakluk kepada semua pengunjung takde harga student) Kad pengenalan kena tunjuk semasa purchase ticket tu kalau tiada ID korang dikenakan bayaran sebanyak RM 10. ada faham?






















OOTD adalah kewajipan bagi aku. LOL
 
sebelum naik ke Castle korang akan nampak sign board ni. haha padahal kat belakang aku tu besar terpampang Istana si kellie ni.
ini adalah structure bangunan dari pandangan belakang Kellie's Castle. 
 
 
 
Dan terdapat satu taman atau walkway dari belakang castle ini.
Tempat yang nice, redup je cuaca petang tu.

 Helipad di puncak Kellie's Castle.
 
 

 Sedikit info mengenai Kellie's Castle.
  • Owner castle ni bermama William Kellie Smith 
  • William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland
  • terletak di Jalan Gopeng Batu Gajah Perak.
  • kediaman ini telah berusia 112 tahun
  • di bina sejak 1910
  • Hasil rekaan istana ini untuk mempamerkan rasa kasih dan sayang si suami kepada si isteri
  • Sumber Lebih disini


kalau korang nak pergi ke sini senang je, hanya perlu waze "Kellie's Castle"

have fun guys. 

ouh tentang tahap seram dia tu, memang boleh tahan lah, sebab dekat Istana ni sendiri dah mention pada level 1 beranda tu memang berhantu, di katakan "penjaga" di situ muncul sepanjang beranda bila malam tiba.

Kalau korang ada masa, boleh lah try sendiri pengalaman ni ok.