May 22, 2017

Boleh tahan seramnya di Istana Kellie (Kellie’s Castle) @ Batu Gajah, Perak

Wei kali ni siapa sangka aku boleh berjalan sampai ke Perak, kali ni perjalanan ni pun bersebab, nak attend wedding adik member aku si +Adyba Jee. Settle je acara +Zurimie Mohammed  terus ajak berposing sakan di Kellie's Castle (Istana Kellie) 

Asalnya kita orang nak pergi ke Gunung Lang Recreational Park, tapi memandangkan perjalanan sehala dah menuju ke arah Kellie's Castle jadi nak uturn tu memakan masa. Jadi hari pun semakin lewat wei, lepas tu aku tak nak lah gerak malam dari Perak. Sebab aku tak prefer drive belah malam. 
Parking space di kenakan bayaran sebanyak RM 2
time aku datang ni crowd biasa dan masih terkawal, sebab tu aku dapat jumpa parking space. 
Yuran untuk masuk ke Kellie's Castle di kenakan seorang RM 5 (harga tertakluk kepada semua pengunjung takde harga student) Kad pengenalan kena tunjuk semasa purchase ticket tu kalau tiada ID korang dikenakan bayaran sebanyak RM 10. ada faham?






















OOTD adalah kewajipan bagi aku. LOL
 
sebelum naik ke Castle korang akan nampak sign board ni. haha padahal kat belakang aku tu besar terpampang Istana si kellie ni.
ini adalah structure bangunan dari pandangan belakang Kellie's Castle. 
 
 
 
Dan terdapat satu taman atau walkway dari belakang castle ini.
Tempat yang nice, redup je cuaca petang tu.

 Helipad di puncak Kellie's Castle.
 
 

 Sedikit info mengenai Kellie's Castle.
  • Owner castle ni bermama William Kellie Smith 
  • William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland
  • terletak di Jalan Gopeng Batu Gajah Perak.
  • kediaman ini telah berusia 112 tahun
  • di bina sejak 1910
  • Hasil rekaan istana ini untuk mempamerkan rasa kasih dan sayang si suami kepada si isteri
  • Sumber Lebih disini


kalau korang nak pergi ke sini senang je, hanya perlu waze "Kellie's Castle"

have fun guys. 

ouh tentang tahap seram dia tu, memang boleh tahan lah, sebab dekat Istana ni sendiri dah mention pada level 1 beranda tu memang berhantu, di katakan "penjaga" di situ muncul sepanjang beranda bila malam tiba.

Kalau korang ada masa, boleh lah try sendiri pengalaman ni ok.

May 17, 2017

Kita tawan Gunung Datuk, Rembau @ Negeri Sembilan

hi uols,

Kali ni rasanya nak pergi tawan Gunung Datuk di Rembau pula, Tapi apa yang bestnya bila semua plan last minit ni memang menjadi kan. Boleh katakan smooth je perjalanan tu Alhamdulillah mujur ada pamoga. haha

Untuk pengetahuan korang semua, Gunung Datuk ni terletak kat Rembau, Negeri Sembilan, dan ketinggian gunung ni setinggi 885 meter (2,900 kaki) dari permukaan laut. Jadi kepada mereka yang nak try tawan gunung datuk ni haruslah ada stamina yang kuat ok.

kalau nenek tahap 60 pun mampu takkan lah korang tak boleh kan? Percaya atau tak, aku dengan kawan aku sorang ni amik masa 50 min untuk sampai ke puncak. wohoooo 

kalau korang pergi during peak hour, atau holiday season sure parking space tu memang tipis nak dapat dekat proper space. Jadi most of them yang datang dalam sekitar pukul 9 pagi dah kena park tepi jalan berbukit.
sebelum korang memulakan ekspedisi mendaki gunung ni, fees sebanyak RM 5 akan di kenakan setiap kepala. Kemudian korang kena register nama korang sebagai check in dan check out. 

bagus juga sistem yang di buat ni, so mana yang tak check out tu confirm sesat kat atas. CHOiiiiiiii...
signage kuning ni salah satu mark untuk korang teruskan pendakian korang ke jalan yang lurus dan di redhai. Aku tiap kali ternampak mark ni semangat aku membuak2 nak teruskan mendaki. 
ok sikit lagi nak sampai tu, time ni excited sesangat sebab batu besar berada di atas aku. Serius besar wei. 
sebelum korang sampai ke puncak teratas untuk melihat view yang cantik, korang kena naik dua stage batu ni. Gayat tu memang gayat tapi korang kenalah sentiasa berjaga dan berwaspada ok. 
bila korang dapat naik batu pertama, nanti korang akan jumpa batu di salut lumut warna background ni, serius cantik :)
Cuaca tidak menentu tengah hari tu sebab kabus terlalu tebal, kejap clear dan kejap berkabus balik. Dan yang paling tak boleh move on tu bila angin kuat menandakan hujan lebat. Perghhhh semua orang kesejukan kat puncak time tu sebab hujan lebat sesangat. 
di kawasan ketibaan ni ramai hikers yang bermalam khemah bersepah, hurm aku memang tak ready lagi kalau nak bermalam kat hutan haha. Mungkin aku akan pertimbangkan satu masa nanti. Buat masa sekarang ni aku prefer untuk pergi balik hari je.
Di kesempatan ni, aku nk wish kat korang semua Selamat Menyambut Bulan Ramadhan ye.

Sorry guys, ni entry pertama aku untuk aktiviti outdoor macam ni, so next time aku akan cerita dengan lebih details lagi ok. Haha excited sangat nak share dengan korang pengalaman aku tawan gunung datuk ni. ok next bukit ialah BUKIT CONDONG.... wohoooo just can't wait guys. 

May 15, 2017

Semangat Melompat di Pantai Cermin, Pulau Sasaran @ Kuala Selangor.

Hi Uols,

During weekend ni atau cuti panjang, korang ada plan nak pergi bercuti dekat mana2 tak? kalau takde apa kata korang pergi sahut cabaran ni untuk lawat pantai cermin, pulau sasaran @ kuala selangor. Confirm korang semua akan rasa teruja. Percayalah!!!

Siapa yang pernah makan Aroma Ikan Bakar Pantai Jeram Kuala Selangor tu, korang sudah dekat dengan jetty ke pantai cermin tu. 
ini adalah Jeti untuk korang di angkut ke pulau sasaran.


Organizer yang handle kita orang hari tu adalah Uncle Lim, dia yang uruskan dari segi pengangkutan "Boat" pergi dan balik, dari jetty ke pantai cermin tu.

Berapa Bayaran di kenakan setiap orang?
Seorang di kenakan RM 75/kepala termasuk dengan insurance.
Pakej photographer pro yang berpengalaman 
lebih kurang 2 jam masa yang di peruntukan untuk berada di pantai cermin 
aktiviti bebas (bergambar Semata)

JADUAL PERJALANAN TRIP KAMI
Package : Half day trip
11.00 am – Starting journey point. Please waze "Burger King Jeram" depends where the organize want to assemble.  
12.30 pm – Depart from temporary jetty, a tour leader to accompany you throughput the trip.
1.00 pm – Arrive at the “Sky Mirror”, black sand beach.
2.30 pm – Tour around “Pulau jeram” & the nearby ocean.
2:45 pm – Back to temporary jetty; shop for freshly captured seafood near the jetty.
3:00 pm – Lunch at Sasaran (self-paid)
3:30 pm – Tour leader to arrange for visit to Sasaran Art Park and murals viewing. 
End of the trip.

TIPS dan PERINGATAN
Reminder: Remember equipped with sunscreen, sandals, umbrella, hat, camera, backpack, VCR, prop island to play, it is best to wear shorts and long-sleeved clothes to avoid sunburn, and down the ship is also convenient, on the beach will definitely dirty clothes can also be a set of clothes ready to go back for replacement. Last but not least, all of you are require to wear bright color shirts in order to make the photo be more attractive:) See U

Aku menyaran kan untuk korang semua pergi pada pukul 12 tengah hari, confirm di antara kalian rasa taknak berkorban menjadi sotong salai di bawah terik matahari kan? Tapi jangan risau kerana keadaan 12 tengah hari di sana berangin dan sewaktu team kami ke sana, ianya mendung dan sejuk. Waktu ini adalah yang terbaik untuk dapatkan shoot gambar menarik. 

Perjalan dari Jeti ke pantai cermin memakan masa selama 1/2 jam. Dan korang akan melewati dua pulau seperti dibawah. Di ingatkan untuk bawa bekal makanan sendiri kerana di sana tiada service untuk menjual makan dan minum.
pulau angsa
pulau ketam

OK NOW ENJOY SEMUA KOLEKSI GAMBAR KAMI DI SANA YEAH!!!!!!
sebelum air surut dengan penuh. Time ni paras masih di buku lali.
 
 
 after editing 
Sebelum air surut 
 
Untuk info yang lebih korang boleh gunakan khidmat dari 
Uncle Lim : +6019-266 6665
Selamat melompat di pantai cermin!!!