Mar 26, 2017

Hanya kerana kau bergelar pelukis jalanan

aku tak tahu macam mana nak buat review dengan pilihan buku baru yang aku baca ni, Kisah tentang si Pelukis Jalan yang struggle untuk hidup di Kota London. Serious aku respect dengan kecekalan yang dia ada dan aku tak rasa semua manusia diberikan pengalaman yang sama kerana dengan pengalaman yang dia lalui, hanya dia saja yang faham dan mengerti betapa besarnya nikmat yang diberikan oleh Allah.

aku memang berkenan betul dengan buku non fiction @ seksyen bacaan umum yang terdapat di mana2 kedai buku yang aku kunjungi, hingga membolehkan aku untuk meniliti hasil karya anak tempatan kita satu demi satu. 

 time ni aku berkesempatan untuk berkunjung ke outlet MPH yang baru di lancarkan di Mytown Jalan Cochrane Cheras. 

aku akan habiskan masa hujugn minggu aku tiap hari ahad selepas kelas menari (di celebrity fitness) untuk bersantai seorang diri di Starbuck Midvalley, kalau tak sedar masa berjalan kadang tu boleh sampai pukul 10 malam aku lepak baca buku anak tempatan kita ni.

Ok berbalik kepada cerita si Pelukis Jalanan ni @ Teme Abdullah, dia berjaya menyentuh hati dan emosi aku sewaktu membaca bab demi bab, korang kena baca sendiri di mana Mak dia sanggup nak gadaikan rumah untuk biaya kos pembelajaran dia di London (RM 400,000) seingat aku. Time ni aku mengalirkan air mata. Dan aku gigih untuk teruskan pembacaan aku. kalau boleh malam ni aku akan cuba untuk habiskan semua bab. InsyahAllah

Tapi di sebabkan terlalu excited aku berhenti pada BAB : SABOTAJ, dan aku tak sabar nak tengok siapa yang sanggup back stab Teme Abdullah selama dia bertarung untuk di hidup di perantauan.

p/s: aku suka cara dia berdakwah melalui penulisan, sebab bagi aku tak berat dan aku boleh terima, tak seperti satu buku yang aku baca "Keldai dan Kitab" kandungan yang sangat padat dengan islamik dan Kerajaan. Maaf aku tidak berkenan untuk habiskan bacaan tersebut.

ok jom sambung baca kisah si #pelukisjalanan ni. Tunggu update dari aku yer.  

Nah untuk korang yang nak baca sinopsis cerita si teme abdullah ni. 

Mar 23, 2017

Best juga makan di Penang Road Famous Teochew Chendul @ Paradigm Mall

Yessss, akhirnya dapat juga aku lepaskan kempunan aku nak menjamah Penang Curry Mee minggu ni, sebab al kisah nya dari minggu lepas lagi aku hunt Penang Curry Mee ni. Dan nak di jadikan cerita aku pun gigih lah google. Dan aku terjumpa website ni Penang Curry Mee di area KL. 

kebetulan aku memang nak pergi ke Paradigm Mall minggu ni, dan rezeki untuk aku singgah untuk menjamah express di Penang Road Famous Teochew Chendul. 

Sudah sinonim kalau sebut je "Kari Mee" (Curry Mee) confirm korang akan terbayang mee kuning dan mee hoon yang kenyal tu ditambah pula dengan pelbagai bahan korang boleh tambah sebagai penambah selera. Sama juga lah seperti dekat Penang Road Famous Teochew Chendul korang akan terasa seperti buat Penang Curry Mee sendiri di rumah. LOL

Sebagai menu utama, Penang Curry Mee sudah semestinya menjadi pilihan utama untuk hari itu, dan satu lagi tambahan Pandan Nasi Lemak with chicken kunyit. Ko faham tak kat situ tetap nak ada concept kunyit haha.
Serious guys, ini super tempting. Dalam concept penang curry mee, sambal amat memainkan peranan sebab ianya kunci kepada rasa curry mee korang tu sama ada akan jadi sedap atau sebaliknya, bagi aku suka sebab tidak terlalu pedas dan masih ada rasa lemak dan manis pada sambal tersebut. 
Minuman dan Dessert aku pick, Ice Tea dan juga Original Ice Kacang.
Mereka cakap aku patut try original chendul, tapi aku tak beli sebab aku nak datang untuk kali kedua. :)
 
 
 
  
sekarang korang rasakan mengalir air liur kalian melihat gambar makanan aku post ni.

ok kalau korang nak tahu tentang menu dan harga korang boleh click pada gambar rajah di bawah ni, sure berbaloi punya lah. 



Di mana saya boleh cari Penang Road Famous Teochew Chendul?

secara umumnya, kalau korang berada di sekitar KL korang boleh tengok map lokasi di bawah, dan kepada korang yang duduk di area Selangor, Penang, Perak, dan Johor silah lah lihat pada LOKASI store mereka. 



Facebook Page: Penang Road Famous Teochew Chendul
Official Website: http://www.chendul.my/
General Contact Number: 04-261 8002
Email Address: franchising@chendul.my

Mar 21, 2017

Apabila kau sudah terlalu selesa.

Sebab kau dah terlalu selesa ke? hingga menyebabkan orang lain dengan sewenangnya menyangkal setiap keselesaan yang kau ada.

sebab kau dah terlalu selesa ke? hingga kau begitu yakin yakni kehidupan kau tidak perlu lagi menempuh segala pahit dan duka di hari esok.

sebab kau dah terlalu selesa ke? hingga kau tidak begitu kisah dengan hubungan yang kau ada sekarang ini,

sebab kau dah terlalu selesa ke? hingga kerja kau di office kau biarkan berantakan tanpa memperdulikan career kau pada masa akan datang.

SEBAB KAU DAH TERLALU SELESA KE? hingga kau memandang hina pada mereka yang hidup susah, pada mereka yang meminta sedekah dari meja ke meja bila kau menjamah makanan, pada mereka yang duduk merempat di lorong jalan setiap pagi hingga menyakitkan mata kau untuk melihatnya.

SELESA!!! SELESA!!! SELESA!!!

begitu lah pertanyaan dari si dia kepada aku, adakah aku sudah cukup selesa dengan perhubungan ini hinggakan aku sendiri memandang enteng dari segenap perkara. Adakah kerana kau sudah cukup selesa? yang kini menjadikan dirimu semakin segak sekaligus dapat mencuri tumpuan orang ramai untuk melihat serta berbicara tentang diri mu. Orang cakap kalau campak dalam "market" boleh jual lah.

adakalanya niat kita tidak bergerak seiring dengan perbuatan, contohnya niat kau seakan suci, manakala perbuatan dan tingkah laku kau amat menjengkel kan di mata orang lain. Jadi apa pilihan kau yang kau ada??? 

berasa selesa itu sebenarnya tidak lah menjadi isu yang besar, tapi jangan lah terlalu selesa hinggakan mencuri perhatian orang di sekeliling kita, korang pun faham lah manusia di sekeliling kita ni bukan boleh melihat orang lain selesa...

Mar 17, 2017

dunia ini bulat dan bila kau berada di bawah

dulu kita selalu dengar kata orang dulu-dulu kala, yang dunia ini bulat, kadang tu kita berada di atas dan kadang tu juga kita akan berada di bawah. 
dan bila kau berada di atas, mula lah kau berasa bongkak, angkuh dan sombong. Dan memang betul kan? kata orang bila dah senang tu semua kau akan lupakan. Dan bila kau berada di bawah baru lah kau mendongak ke langit penuh dengan tanda penyesalan.

Begitu juga lah apa yang terkena dengan batang hidung aku sendiri. Serious aku tak pernah rasa seteruk ini. Bila dah terkena tu barulah aku dapat rasakan apa yang orang lain pernah lalui sebelum ini. Aku selalu menyangkan bahawa segala kesenangan yang aku lalui ini mana mungkin di tukar dengan kesedihan mahupun khabar yang tidak menyenangkan.

NAMPAKNYA AKU TERSILAP....

pengajaran yang amat besar yang pernah aku lalui untuk 2017 ini. Terima kasih untuk sentiasa memberitahu aku agar untuk terus lebih berwaspada dengan persekitarana aku pada kini dan pada masa hadapan. 

terima kasih kepada si dia (pengirim adalah rahsia) yang memberikan bunga itu kepada kami semua. Walaupun berduka aku masih mampu untuk terseyum kerana apa? kerana masih lagi ada orang seperti kamu yang ingin melihat orang di sekeliling nya untuk terus tersenyum...Sekali lagi Terima Kasih... ^_^

Mar 8, 2017

Review: GT Mobile Smart Phone GT-888

Hi uols,

Jom hari ni kita review smartphone terkini keluaran GT Mobile, bagi siapa yang tak tahu amatlah molek kiranya aku buat review ni untuk korang semua. 

Smartphone keluaran Singapore? kalian pernah dengar?

serius gadget canggih ni merupakan keluaran dari Singapore. Jadi seiring dengan negara yang pesat dengan teknologi terkini, mereka juga tak melepaskan peluang untuk menghasilkan Telefon Pintar milik mereka. Jom tengok review yang lebih kat bawah ni

Ok meh layan video UN-BOXING GT888 ni ek




Kebetulan terjumpa pula video GT mobile GT -888 unboxing. wohooo beruntung kalian dapat melihat dengan lebih jelas phone ni.


Dengan skrin senipis 5.5 inchi, saiz RAM 2GB, terdapat juga dalam saiz RAM 1GB, berat 160 gram, ROM 16GB dan OS Android 5.1 Lollipop.
Dengan spesifikasi untuk gambar dari hadapan (front) 5MP dan belakang (rear) 8MP ianya sudah memadai untuk hasil gambar yang menarik.

Boleh guna dua sim kad, so tak payah nak bawa 2 phone ke hulu ke hilir dalam poket kan. Senang je


Ok aku share sedikit mengenai speksifikasi GT-888 ni ek









Bagi mereka yang tengah mencari idea atau gadget yang baru, korang sendiri boleh beli telefon pintar ni, selaind dari feature dia yang super friendly ianya juga item mampu milik. 


Apa yang pasti segala speksifikasi yang di nyatakan di dalam smartphone ni memang memberi kepuasan kepada pengguna. Cubalah GT Mobile GT-888