hi uols,
Dulu tu aku selalu berfikir yang orang yang selalu pergi travel ni adalah orang yang mampu dari segi kewangan dan status ini lah yang selalu membuatkan aku berfikiran susah juga nak lawat negara orang kalau semua memerlukan kos yang tinggi, down kejap aku dibuatnya. Tapi kan, majority kalau korang tengok kawan korang sendiri pun boleh travel jauh-jauh. Dorang pun sama je macam aku wei, orang kebanyakan gitu haha.
Cuma yang membezakan aku dengan mereka yang kaki travel ni, mereka hebat dalam merancang percutian dengan baik, contoh terbaik bila mereka tahu tips untuk mendapatkan penerbangan murah.Jadi bila dah tahu tips-tips ni, pasti korang semua tidak akan terlepas untuk berkunjung kemana-mana destinasi pilihan korang sambil tambah pengalaman baru.
Ok!! ini beberapa tips yang aku boleh share dengan korang semua.
Pertama sekali, korang daftarkan diri sebagai ahli di Malaysia Airlines, Sebagai ahli baru, korang akan menerima kad Enrich Blue untuk tahap permulaan. Jika korang dah selalu travel dengan Malaysia Airlines dan syarikat penerbangan Oneworld, seterusnya korang boleh tukar kepada kad keahlian pelbagai tahap seperti Enrich Platinum, Enrich, Gold dan Enrich Silver. Ini akan memberikan lebih banyak manfaat kepada korang seperti peruntukan extra baggage, keutamaan check-in, keutamaan boarding dan banyak lagi. Selain dapat mengumpul mata ganjaran Enrich Miles, korang juga akan selalu dapat update tentang their ongoing promotions di e-mail dan SMS. Haaa, pasti seronok kan dapat jadi antara orang yang terawal tahu tentang promotions mereka dan boleh booking cheap flights to travel the world.
Tips seterusnya pula, korang kena sentiasa monitor harga tiket kapal terbang. Jangan hanya mengharapkan pada tawaran promotion saja sebab biasanya kalau ada promotion pasti akan beribu-ribu orang berebut untuk membeli tiket kan? Walaupun korang dapat newsletter dari Malaysia Airlines, namun kadang-kadang korang juga perlu berebut untuk mendapatkan tiket penerbangan murah yang ditawarkan tu. Boleh jadi, line sesak masa nak booking dan mungkin akan menyukarkan proses penempahan korang tu. Bila dah sesak confirm ianya akan memakan masa yang agak lama untuk membuat tempahan baru. Tambah lagi, korang kena pandai memilih hari yang sesuai utk fly seperti hari Selasa dan Khamis kerana kebiasaannya hari-hari ni dikatakan sebagai 'hari kurang sibuk' untuk booking system dan lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk berbanding waktu holidays atau weekends.
lain dari itu, korang kenalah alert dengan musim-musim perayaan besar seperti raya cina, raya puasa dan krismas. Nak-nak lagi musim cuti sekolah. Sebab kebiasaanya bila musim perasaan ini agar sukar untuk kita nak dapat tawaran harga murah sebab permintaan yang terlalu tinggi. Jadi untuk mengelakkan dari pada semua ni berlaku, di sarankan untuk membuat tempahan awal seboleh-boleh nya 21 hari lebih awal kerana ini oen of tips to get cheap flights. sebab kebanyakan airlines dah tetapkan dalam sistem berapa banyak jualan tiket yang boleh dijual dengan harga murah. Contohnya, penerbangan dari KuaLa Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal saja yang akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal.
Tips yang seterusnya mungkin ramai yang tak tahu iaitu korang kena clear-kan cookies pada computer, laptop dan smartphone korang jika korang dah pernah melewati laman web airlines ni 30 hari sebelum tu atau beberapa hari yang lalu tapi belum sempat untuk membuat tempahan lagi. Sebab melalui cookies ni, sistem tempahan airlines ni akan andaikan yang korang dah tengok laman web mereka berulang kali. Boleh jadi bila tiba masa yang sesuai untuk korang membuat tempahan, harga yang ditawarkan adalah lebih tinggi. Hmm, melepas sudah nak enjoy dengan penerbangan yang murah kan? Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu ya.
Sebenarnya kan? ada banyak lagi tips yang aku percaya korang ada, tapi ini adalah tips basic yang semua orang perlu tahu untuk dapatkan harga yang murah dan berbaloi. Untuk jadi seorang kaki travel yang tegar itu tidak lah susah cuma kena bijak merancang ya. Semoga dapat menembus awan biru! Hihi
No comments :
Post a Comment
Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni