hi korang, aku pun terasa seperti serba salah sekarang ni, korang tahu tak kenapa? sebab tradisi dan adat istiadat orang bugis bakal lenyap dalam masa beberapa tahun dari sekarang. Dalam keluarga aku sendiri boleh dikatakan tiada siapa yang dapat mengambil ahli adat istiadat kami sebagai kaum bugis.
ok nak di jadikan cerita, satu hari selang beberapa hari sebelum raya aku ada tolong dalam penyediaan menu tradisi orang bugis iaitu Burasak dan Burasak Tumbuk. Di dalam aku tengah membalut burasak tu, tiba-tiba mak aku bersuara "Nanti kalau kami mak ayah dah takde, mesti korang dah tak buat burasak kan?" ya Allah terkedu nya aku umpama tiada ungkapan yang kukuh untuk aku balas balik soalan mak aku tu.
Dan memang aku akui di mana antara kami 4 adik beradik memang takde sorang pun yang expert di dalam membuat juadah orang bugis. Jadi rasa terkilan tu semestinya berada di pihak aku lah kan?
adakah acap kali nya tiba perayaan aku dan adik beradik yang lain akan bertandang ke rumah sanak saudara yang terdekat semata untuk merasakan suasana orang bugis untuk meraikan perayaan di hari raya.
ok just incase kepada korang yang tertanya kenapa ada makana terhidang di dalam talam, ok ini yang aku dapat tahu adalah untuk memberi sedekah kepada arwah yang dah lama pergi. Ini consider sebagai penghormatan yang kita masih lagi mengingati mereka untuk bertahun lama nya. Selain dari itu tradisi orang bugis seperti ini juga adalah untuk doa selamat di mana bagi meraikan sebarang kejayaan dan perayaan yang di kecapi. Bila dah ada makanan yang sedap untuk di hidang sudah semestinya orang ramai yang datang juga turut meriah, jadi korang cuba bayangkan kalau mereka adakan majlis doa selamat/kesyukuran di kampuang. Perghhh meriah beb!!!
ok ini pakcik aku yang tengah membaca di iringi dengan ayat suci alquran, kalau adat tradisi orang bugis terdahulu penggunaan kemenyan adalah untuk sumber penghayatan gitu. Maaflah sebab fakta yang aku dapat ni pun berdasarkan dengan hasil penelitian aku selama bertahun.
Jadi kesimpulan nya, adat istiadat ni memang tiada nilainya, apatah lagi kalau ianya perlu berkekalan dari satu ke satu generasi yang lain. Bagi kita yang belia muda ni seharusnya bersiap sedia untuk meneruskan legasi ke sampai bila-bila
1 comment :
tak pernah rasa burasak..tp selalu dengar..
Post a Comment