Ok kegigihan aku untuk nak buat DIY wet cat food ni memang tak boleh nak di bendung lagi, semangat tu siap pergi NSK hypermarket semata untuk nak cari barang basah, ni semua sebab info yang aku tak sengaja terscroll di facebook page, lepas tu entah siapa yang pergi tag nama aku konon nya dengan harapan aku boleh hasil wet cat food version aku sendiri.
Version aku kali ni GAGAL ye, di ulang GAGAL. Sebab mungkin terlalu ghairah kot semua ikan tu tak nak jadi makanan kucing sebaliknya semua di buang dalam tong sampah.
Walaupun gagal aku tetap gigih nak bagi tunjuk step dan bahan yang di perlukan untuk membuat Wet Cat Food ni.
Bahan-bahan yang korang perlukan ialah:
1. Ikan Sardin (ikut citarasa memasing)
2. Sayur Bayam (Kuantiti sedikit)
3. Lobak (optional)
4. Agar-Agar (Base yang sangat penting)
5. Tidbits (Sebagai Reward)
6. Beberapa titis minyak Zaiton(optional)
lobak lagi
Sekarang korang hanya perlu ikut beberapa langkah yang mudah seperti di bawah ni:
1. langkah pertama apa yang korang perlu lakukan ialah rebus ikan yang korang dah bersihkan tu selama beberapa minit. Bila agak-agak dah masak isi ikan tu, korang boleh start untuk asing tulang dan isi ikan tersebut.
2. Bersih lobak dan sayur bayam tadi. Kuantiti sayur yang di sarankan adalah minima ini kerana korang pun tahu kan kucing tak makan sayur haha. Tak nak sayur tu menguasai bau ikan tu nnti ok
3. Blender Ikan tersebut tapi pastikan ianya tidak hancur sepenuhnya ini kerana nanti kucing uols tak nak makan pula sebab tak nampak bentuk ikan? hahah just kidding.
4. Masukkan sahur seperti bayam dan lobak dan blender ikan tersebut.
5. Gaulkan hingga sebati bersama beberapa titisan minyak zaiton.
6. Bila semua dah sebati korang boleh start untuk masak semula ikan tersebut bersama dengan bahan campuran tu tadi. Kemudian korang boleh masukkan base / serbuk agar-agar tersebut. Ini penting supaya hasil nya nanti korang akan nampak ikan tersebut terhasil dalam bentuk pepejal.
7. Time ni korang boleh letak kan tidbits atau reward pada atas makan kucing, sebagai hiasan pada wet food tadi. Ataupun pada step 5 di atas korang boleh dah sebatikan semua bahan-bahan tu tadi.
ko tengok lah aku nak blender untuk 10 keturunan kucing aku ke? memang tak beragak....
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa simple kan step dia? tak sampai berapa minit je korang dah boleh hasilkan DIY Wet Cat Food korang sendiri, dan apa yang Penting jimat ok. Serius ianya jimat, sebab stock makanan ni korang boleh gunakan dalam masa yang agak lama gak. Selamat menggemukkan kucing uols semua ok....
No comments :
Post a Comment
Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni