Jun 18, 2016

Ramadhan Review - Daging Bakar sedap di Caprilicious @ Capri By Fraser Kuala Lumpur

Yahoooooooo bulan Ramadhan tiba lagi. So far macam mana dengan Ramadhan di tahun 2016 ni? harap semua ok saja. Sudah semestinya semua pembaca KM juga turut merasakan nikmat ramadhan ni kan? Jerit bersama kegirangan..

Seperti yang korang tahu, KM kalau menjelang ramadhan ni for sure akan list kan beberapa Hotel/Restaurant/Cafe/Warung dan seumpamanya untuk di review. Bak kata orang kalau ada rezeki boleh lah berkunjung ke salah satu Review yang tersenarai di blog KifliMally.com ini ye ^_^

Minggu ni KM nak review Hotel Restauran di Caprilicious at Capri By Fraser KL. Dengan bertemakan Warisan Desa Caprilicious menyediakan lebih dari 70 jenis hidangan berbuka puasa nanti. Korang cuba membayangkan ada 70 jenis menu dan juadah untuk berbuka, sudah semestinya meriah. Kalau KM nak senaraikan semuanya memang panjang lah entry kali ni. Jadi KM akan highlight pada gambar menu di bawah dan juga the Most Recommended by KM.

RM90 untuk harga Normal bagi setiap pengunjung. Ok sekarang ni kita run through dulu gambar makanan ni semua kemudian baru KM mention apa kegemaran KM sewaktu menjamah hidangan di sini ye. 

di Caprilicious mereka bahagikan menu kepada dua station iaitu main course station dan juga live station yang terletak pada bahagian luar cafe.

Main Course Station
kerabu pelbagai hidangan, kerabu Ayam, kerabu mangg, kerabu sotong dan Kerabu udang
Ayam Opor
Rebung Masak Lemak
Ikan Keli Goreng Berlada
Asam Pedas Ekor Lembu
Gulai Daging Kawah
Ketam Goreng Berempah
Pajeri Kedondong
Masak Lemak Pucuk Ubi udang
Sambal Jawa
Ikan Tenggiri Masak Lemak dengan Belimbing besi 
Kam Heong Lala
Roasted Chicken With Mushroom Sauce
Kambing Masala
Dessert Section
Buah Buahan

Ok part yang paling KM suka ialah Live Station di mana Caprilious juga turut menyediakan Murtabak, satay, kambing golek (obviously), Asam Laksa dan juga Ikan Bakar. 
dan dalam korang nak tahu tak menu yang paling KM berkenan adalah menu daging Bakar, bukan terletak kambing golek taw, ini daging bakar official yang di masak live oleh chef yang bertugas pada hari tersebut.
Selaras dengan bertemakan Warisan Desa mereka kenakan harga serendah RM90 untuk hari biasa. 
Manakala kanank-kanak di bawah umur 4 tahun boleh makan percuma, adik2 5-12 tahun ke atas dikenakan 50% dari harga asal. Berbaloi memang berbaloi dengan beraneka pilihan makanan disini. 

Untuk tempahan dan pertanyaan jangan segan2 untuk hubungi mereka di talian 03 2386 0888

Selamat Berpuasa dan Selamat menyambut Ramadhan yang mulia ini uols.

Jun 16, 2016

Ramadhan Review: 9Kedondong menyediakan Buffet Ramadhan berkonsepkan hiasan dalaman.


Hello, khamis lepas KM menghadirkan diri ke Ramadhan Review yang di jemput dari 9Kedondong. Suka dengan nama dia ni catchy kan? Tapi kenapa dengan menggunakan nama kedondong, ouh rupanya tempat dia terletak di jalan kedondong, Ampang Hilir.

Tempat yang strategik dan juga private.Kepada mereka yang sering kali datang untuk bersenam di Tasik Ampang Hilir ni memang tahu sangat sebab tempat dia terletak sebelah Tasek & Taman Riadah tu je.
Pertama kali tiba di kediaman 9Kedondong, KM suka dengan walkway dia menuju ke meja makan utama, di mana mereka hiasi dengan berkonsepkan taman modern, dan kombinasi warna hijau dan putih. 

Hidangan Utama terleatak pada belah kanan dewan. Ok Jom KM perkenalkan korang hidangan utama pada hari tu.
Hidangan tidak akan lengkap andai tiada Kambing Golek.
di datangkan dengan Sos Lada Hitam & Sos Cendawan. dan juga Salad.
Ikan Asam Pedas + Lobak Asin
Ayam Opor
Daging Masak Lemak Minang
Ikan Kembong Bercili
Sambal Telur Puyuh
Siput Masak Lemak Keladi

Ok apa yang KM senaraikan di atas adalah Menu Utama, tapi bukan semua yer nanti Senarai penuh KM list kan kat hujung entry ni. Selain dari itu juga mereka ada 9 Stall kesemuanya. Sememang nya mewah juadah berbuka di sini, kerapa dewan makan yang luas ni boleh menampung bilangan pengunjung yang ramai pada satu masa. 

Korang boleh tengok pilihan makanan yang di sediakan sepanjang Bulan Ramadhan ni.
 Untuk berbuka di 9Kedondong ni korang kena buat tempahan terlebih dahulu, ini amat penting kerana mereka di 9Kedondong perlu membuat percaturan makanan agar para tetamu yang bersantap di sini menikmati setiap juadah yang di sediakan.

RM 55.00 per adult / RM 28 per child (7 - 12 yo)
Buy 10 Free 1
For Booking : 017-2250705 / 016-8868311
Salah satu kelebihan berbuka disini, kemudahan untuk solat memang disediakan. Selepas korang solat terawih nak sambung makan boleh je, takde masalah. Terpulang kalau korang boleh makan dengan banyak hehe. 


Jun 5, 2016

Food Review: Istimewa Ramadhan di Me'nate, mandi daging di sini.

Seperti yang di janjikan oleh KM sendiri di dalam IG @kiflimally, baru malam ini ada masa untuk update Review di Me'nate area Setapak, off Jalan Genting Klang,

ok sebelum kita start buat review ni, Km nak tanya satu soalan cepu emas,
apa pandangan korang bila sebut saja restoran Me'nate ni?
bagi KM pula dulu sebelum sedar akan kewujudan Restoran Me'nate ni kan pernah heboh dengan harga yang di tetapkan pada setiap menu adalah amat mahal hingga memusnahkan harapan orang-orang marhaen seperti KM ni haha.
Sebenarnya itu tidak benar yer, kalau tak percaya korang boleh datang dan rasakan sendiri pengalaman baru berbuak puasa di Restoran Me'nate. 

ok rasanya cukup saja intro di atas JOM KITA REVIEW!
di dalam promotion ISTIMEWA RAMADHAN BERSAMA ME'NATE, mereka menyediakan 3 kategori hidangan 

1. Heavenly Beef
Wagyu Spare Ribs
Short ribs

2.Heavenly Lamb
Lamb Shoulder 
Lamk Shank

3. Heavenly Chicken 
Nasi Me'nate dan ayam.

4, Group Steak.
SOS
Salad
Coleslow & Mashed Potato
Aglio E Olio
Nasi Me'nate 
RM 80 4 pax

Percuma Khas Ramadhan 
1. Bubur Lambuk Me'nate
2. Buah-Buahan
3. Kurma
4. Air "Free Flow"
kalau nak di ikutkan nafsu memang semua tu KM nak settlekan, haha tapi apakan daya orang yang kuat makan seperti KM ni pun boleh give up. So ada baiknya kalau kita share dengan orang yang tersayang. Ayat nak manisss je. 
korang tengok lah tak ke ini cukup menggoyangkan iman korang ketika menunggu berbuka puasa nanti. Tapi apa pun KM akan datang untuk repeat makan di sini kerana daging dia memang berbaloi. Kambing tu harus berwaspada kepada mereka yang ada migraine atau darah tinggi. haha KM seharian esok harinya kepala ni berdenyut2 je. Pening memanjang, tu semua aibat penangan daging kambing menate haha.

untuk tempahan dan sebarang pertanyaan semasa promosi di Me'nate boleh leh hubungi number di bawah ni ok,
019-3911047
019-4771047
019-2611047 

Selamat menyambut Hari Ramadhan yang penuh bermakna ini uols :)