May 8, 2016

@Tokobugis: Warung Online Kifli Mally

Hi Uols,

dulu kan matlamat utama KM untuk create account social seperti instagram FB dan juga blogpost ni sebab nak buat jualan online. Pada awalnya semuanya berjalan dengan lancar, biasalah tu dugaan kecil memang kita tak boleh nak elak dan predict. Dugaan kecil seperti inilah yang membuatkan kita terus mara ke depan dan bangkit dengan pengalaman di dalam dunia perniagaan ni.

Ok jom tengok stage perniagaan yang KM lakukan dari tahun ke tahun,

pada awalnya tu KM lebih tertarik kepada accessories dan juga handbag mudah alih iaitu Clutch. Kemana saja KM bawa ianya berjalan kesana kemari. Dan waktu itu KM terfikir why not kalau KM cuba promote dekat IG dan share kepada semua orang kan. End up benda ni orang ramai beli ada a few yang dah buat review lagi. Cuma accessories seperti rantai dan gelang tak berapa nak IN. Tapi dari segi handbag dan clutch yesssss tak di nafikan.
korang boleh tengok lah beberapa jenis clutch yang KM promote di IG KM.

Tak lama selepas itu, tahun berikutnya pula KM tertarik untuk mencebur kan diri dalam perniagaan design batik pada tshirt. Di mana tshirt KM di beri brand "THE KNOWN BY KM". Fuhhhh serius yang ni tak payah nak cakap lah, sambutan memang menggalak kan dari member dan juga customer yang sedia ada. Cuma akibat dari commitment kerja KM tak boleh nak fokus lebih kepada perniagaan ni. Kalau nak di ikutkan setiap helai baju ini dapat kami pasarkan dan siap ada yang nak buat tempahan batik lagi. Apakan daya KM tak boleh nak teruskan atas sebab-sebab tertentu. Siap ada seorang customer dari jauh ni dia plan nak hadiahkan kepada ayahanda nya, tapi apa kan daya time tu stock dah clean out, jadi KM terpaksa refund semula kepada customer tersebut.

jom korang usha first edisi dari koleksi "THE KNOWN BY KM"
selain dari itu orang yang berusaha keras yang selalu support dan tolong kerahkan kudrat adalah teman sehidup semati ZUZU haha. Semua lah dia yang tolong settlekan. Bertekak dengan budak ni memang tak sah.

Jadi itu dua tahun berikut punya trend business jadi tahun ni KM nak buat business apa pula???
soalan ni memang sering menjadi tanda soal kepada KM sendiri. Apa yang KM perasaan dari segi passion dan minta KM lebih cenderung ke arah Pakaian sebab itu KM tak kira masa asyik nak berootd sahaja (Outfit Of The Day) korang pergi tengok hashtag ni atau googla saja #OOTDKM atau Google: OOTD Kifli Mally. 

KM dah bangkit denagn nama brand tersendiri tahun ni, Jadi KM decide nak namakan ianya sebagai Toko Bugis. Tapi kenapa TOKO BUGIS??
entahlah KM sendiri pun tiada jawapan yang sesuai untuk soalan tu, cuma apa yang KM rasakan, KM perlu mengikat balik dengan asal usul KM sebagai darah orang BUGIS dari asal usul Indonesia. InsyahAllah korang semua yang terbaca post ni tolong lah doakan ye semoga tahun ni KM consistence untuk jalankan business online ni kembali. Sayang rasanya bila KM sendiri ada minat tapi kudrat dan beberapa halangan kecil membuatkan KM berhenti separuh jalan. Jadi KM harap korang semua singgalah menjenguk IG online KM baru ok. 

@TokoBugis
@TokoBugis
@TokoBugis

1 comment :

Raya Resmana said...

Take every chance you get in life, because some things only happen once
Kisaran Biaya Untuk Operasi Usus Buntu Di Indonesia Terbaru