May 27, 2016

Review Qalaf Signature by Kifli Mally

Bagi mereka yang masih lagi runsing untuk memikirkan tema raya tahun ni, atau takut dek kerana tidak cukup masa untuk menghantar tempahan kepada tailor. Tahun lepas jubah yang KM sendiri tempah mengambil masa lebih dari 2 minggu kerana nak menyiapkan satu jubah dari Kifli Mally

So tahun ni Qalaf Signature muncul di dalam industri fashion sambil menengahkan concept baju melayu modern. Tapi apa yang membuatkan KM teruja kerana ianya seakan berkonsepkan Kurta Modern dengan printing/Corak yang sangat unik. Kombinasi warna dan pemilihan corak bersesuaian dengan character masing2.

Setahu KM Qalaf Signature boleh di dapati dalam 4 pilihan warna dan corak. 
utuk review korang boleh tengok kat bawah ni:

berkenaan dengan harga pasaran bersempena dengan Raya yang bakal tiba ni, sepasang korang boleh dapati dengan harga RM180. Hari tu KM ada memakai warna hitam putih. Boleh di katakan dapat mendapat sambutan dari wanita  khususnya sebab mereka nak belikan untuk pasangan mereka. #SweetGiler.

Kepada korang nak tahu promosi atau update selebihnya korang boleh ikuti perkembangan mereka ni instagram @QalafSignature. 

May 21, 2016

Opening Cafe & Cat Garden @ Seri kembangan, Usahawan anak muda tempatan

Hari ni KM berkunjung ke not so called opening Cafe & Cat Garden di Seri Kembangan milik dua anak muda ni. Suka dengan kesungguhan mereka di dalam meminati kucing dan pada masa yang sama ingin mencuba sesuatu perkara yang Fresh di dalam industry cafe.
Di malaysia umumnya kehadiran Cafe Kucing ini tidak begitu meluas, dan bilangan kedai cafe kucing ini boleh di bilang dengan jari, oleh itu peluang ini dapat di lihat dan di kembangkan oleh dua orang anak muda iaitu Zul dan Aziz. Mereka berdua juga merupakan pemilik kepada Pet Store (Seri Kembangan & Pet Hotel (Kinrara). 

Bukan mudah bagi mereka untuk membuka Cafe & Cat Garden ni, namun apa yang pasti dengan soft launch yang di adakan hari ini mungkin membawa satu kelainan dari cafe cat yang sedia ada
 Menurut dari Pemilik Cafe & Cat Garden ni, sewaktu ramadhan menjelang mereka akan membuat Bajet Buffet di mana satu malaysia mampu makan disini. Apa yang menarik lagi sepanjang ramadhan tu juadah mereka akan bertukar2 pada setiap hari bagi mengelak kan orang jemu untuk merasa makana yang berulang apda setiap hari. 

Zul dan Azizi merupakan pemilik yang berasal dari negeri pantai timur, jadi kepada korang yang nak merasa nasi kerabu di area seri kembangan ni memang sesuai sangat. KM pun suka ^_^
 Setibanya kami di sana, para pengunjung juga sudah mula memenuhi segenap tempat. Malah ada juga yang tengah 'sibuk' bersantai di dalam bilik kaca bersama si budak gebu (kucing). 
Sebelum masuk ke dalam bilik kaca tu, adalah molek kiranya korang ambil seminit untuk baca segala peraturan simple yang telah di tetap kan oleh pimilik kedai. Terutama kepada anak anak kecil yang memerlukan pengawasan orang dewasa, dan camera bercahaya (flash camera) amatlah tidak di galak kan sewaktu mengambil gambar kucing. 
KM juga tak melepaskan peluang untuk bersapa mesra dengan si budak gebu ni. Tapi apa yang KM dapat lihat dari tinjauan di situ, ada sebilangan kucing yang kurang selesa dengan kehadiran pengunjung membanjiri kediaman mereka. Mungkin kucing ini tidak begitu 'mesra alam' dengan orang ramai. 
 contohnya budak dua ekor ni, dari ekspresi wajah mereka saja kita dapat melihat betapa stressnya dengan karenah budak2. 
Kalau korang lihat pintu petak di atas tu, itulah pintu untuk tembus ke bilik sebelah di mana makanan dan kemudahan lain untuk mereka. Sewaktu KM berada di dalam bilik kaca tu, memang tiada bau yang kurang menyenangkan. Dari segi hygiene dan bau memang terjaga.
kata si budak gebu ni, sebelum keluar tu sila lah bersihkan diri dari bulu mereka jika terlekat pad baju anda. 
Ok nanti kalau KM datang berkunjung untuk review seterusnya KM akan post lagi ok.
Nak tahu lebih lanjut tentang promosi mereka click di bawah
http://cafecatgarden.my/

May 20, 2016

Haters si hati busuk dan kegunaan.

Hi Uols,

Haters KM memang jarang ada, siap boleh di kira dengan jari je uols, tapi kalau ada memang jenis tak boleh nak duduk diam, semua post KM dia akan spam. Alaaaa biasalah haters ni fungsi dia ni hanya satu je, iaitu untuk down kan hidup uols penuh dengan comment negativity. Tapi bagi KM tu semua kuman halus je, tak beri impak yang besar pun.

Kadang tu ada yang bertanya, kenapa KM tak remove atau block dorang tu. Haha sebab bagi KM kenapa bother? kenapa perlu nak amik port. Sebab KM suka tengok kebodohan masing2 bila bersuara seolah2 macam dekat rumah tu takde cermin haha. Sedihkannnnn...

Orang haters ni nama dia Akim, sempat juga lah KM print screen IG dia haha biarlah korang nampak mungkn dia dahagakan perhatian kot.

Comment dia jarang muncul dekat IG KM, tapi kalau dia comment tu hanya satu je lah ayat dia keluar "PONDAN" hahaha so what? Aku yang Pondan ko yang Panas hahaha. Masalahnya sepondan2 aku ni tak pernah pun nak menyusahkan orang.Tak pernah pun nak pergi minta beras sebijik kat MAK BAPAK kau kan? pernah ke?

Bila haters ni comment KM pun akan reply dengan ayat yang berbunga macam sweet gitu. Sebab KM tak suka nak reply menggunakan kekerasan nanti dorang lagi meroyan haha.

Akhir kata, kepada korang yang berada di luar tu kalau ada Haters please sayangi mereka sebab mereka lah nama uols makin naik. Yang paling best tu bila ada followers lain yang akan tolong backup kan kita. Terasa secure gila macam feeling anak di raja di kelilingi body guard. haha

To all my HATERS, kalau nak benci KM fikir dulu masak-masak sebab apa yang orang dapat dengan meletakkan comment yang hodoh seperti tu kat wall KM? nothing end up orang nampak kau seperti orang bodoh jer.

KM selalu ingat Phrase dari TMJ ni, "Selepas melihat keadaan Keyboard Warrior/Haters ni, saya tidak lagi berkecil hati dengan kata2 mereka, baru lah saya faham kenapa mereka ni jadi haters dan tiada kerja lain selain menyakitkan hati orang. Kalau saya berada di tempat mereka saya juga pasti akan membenci dunia." haha #Deep #Win


May 8, 2016

@Tokobugis: Warung Online Kifli Mally

Hi Uols,

dulu kan matlamat utama KM untuk create account social seperti instagram FB dan juga blogpost ni sebab nak buat jualan online. Pada awalnya semuanya berjalan dengan lancar, biasalah tu dugaan kecil memang kita tak boleh nak elak dan predict. Dugaan kecil seperti inilah yang membuatkan kita terus mara ke depan dan bangkit dengan pengalaman di dalam dunia perniagaan ni.

Ok jom tengok stage perniagaan yang KM lakukan dari tahun ke tahun,

pada awalnya tu KM lebih tertarik kepada accessories dan juga handbag mudah alih iaitu Clutch. Kemana saja KM bawa ianya berjalan kesana kemari. Dan waktu itu KM terfikir why not kalau KM cuba promote dekat IG dan share kepada semua orang kan. End up benda ni orang ramai beli ada a few yang dah buat review lagi. Cuma accessories seperti rantai dan gelang tak berapa nak IN. Tapi dari segi handbag dan clutch yesssss tak di nafikan.
korang boleh tengok lah beberapa jenis clutch yang KM promote di IG KM.

Tak lama selepas itu, tahun berikutnya pula KM tertarik untuk mencebur kan diri dalam perniagaan design batik pada tshirt. Di mana tshirt KM di beri brand "THE KNOWN BY KM". Fuhhhh serius yang ni tak payah nak cakap lah, sambutan memang menggalak kan dari member dan juga customer yang sedia ada. Cuma akibat dari commitment kerja KM tak boleh nak fokus lebih kepada perniagaan ni. Kalau nak di ikutkan setiap helai baju ini dapat kami pasarkan dan siap ada yang nak buat tempahan batik lagi. Apakan daya KM tak boleh nak teruskan atas sebab-sebab tertentu. Siap ada seorang customer dari jauh ni dia plan nak hadiahkan kepada ayahanda nya, tapi apa kan daya time tu stock dah clean out, jadi KM terpaksa refund semula kepada customer tersebut.

jom korang usha first edisi dari koleksi "THE KNOWN BY KM"
selain dari itu orang yang berusaha keras yang selalu support dan tolong kerahkan kudrat adalah teman sehidup semati ZUZU haha. Semua lah dia yang tolong settlekan. Bertekak dengan budak ni memang tak sah.

Jadi itu dua tahun berikut punya trend business jadi tahun ni KM nak buat business apa pula???
soalan ni memang sering menjadi tanda soal kepada KM sendiri. Apa yang KM perasaan dari segi passion dan minta KM lebih cenderung ke arah Pakaian sebab itu KM tak kira masa asyik nak berootd sahaja (Outfit Of The Day) korang pergi tengok hashtag ni atau googla saja #OOTDKM atau Google: OOTD Kifli Mally. 

KM dah bangkit denagn nama brand tersendiri tahun ni, Jadi KM decide nak namakan ianya sebagai Toko Bugis. Tapi kenapa TOKO BUGIS??
entahlah KM sendiri pun tiada jawapan yang sesuai untuk soalan tu, cuma apa yang KM rasakan, KM perlu mengikat balik dengan asal usul KM sebagai darah orang BUGIS dari asal usul Indonesia. InsyahAllah korang semua yang terbaca post ni tolong lah doakan ye semoga tahun ni KM consistence untuk jalankan business online ni kembali. Sayang rasanya bila KM sendiri ada minat tapi kudrat dan beberapa halangan kecil membuatkan KM berhenti separuh jalan. Jadi KM harap korang semua singgalah menjenguk IG online KM baru ok. 

@TokoBugis
@TokoBugis
@TokoBugis

May 5, 2016

OOTD Kifli Mally: Pure and White like Snow

for those colors which you wish to be beautiful, always first prepare a pure WHITE ground.
How can love hurt when so innocent and Pure
patience is not the ability to wait but the ability to keep a good attitude while waiting