Mar 1, 2016

Rasuah Seks merupaka salah satu gejala di malaysia.

Bukan saja di malaysia KM pasti gejala seperti Gangguan Sexual di tempat kerja berlaku di setiap pelusuk dunia. Cuma yang membezakan kita dengan pekerja lain yang mengalami keadaan begini memang membimbangkan kalau gejala ini tidak dibendung. 

Selain dari itu juga, KM dapat pendedahan dan informasi lebih lanjut di https://asklegal.my/ apa yang membuatkan KM tertarik untuk baca artikel ni berkenaan dengan isu Rasuah Seks. Yes apa itu Rasuah Seks? 

pada awalnya KM ingat masalah ni adalah perkara baru yang di hadapi di office, bila KM teliti dan amati, rupanya perkara ini bukan lah perkara baru. Rasuah Seks sebenarnya dah lama menular di kalangan kita terutama di tempat kerja dan kawasan luar dari tempat kerja. Rasuah Seks ni tak mengira jantina dan status seseorang dan Rasuah Seks ni boleh berlaku dalam pelbagai cara di mana niat mereka adalah untuk mendapatkan hubungan intim (sex). Kebiasaan Rasuah Seks terjadi kepada mereka yang terdesak untuk mendapatkan sesuatu.
Contoh situasi ye. Isu dari petikan akhbar.

Dimana seorang pegawai kerajaan yang berstatus tinggi, berkerja di sebuah sektor pembangunan dan pinjaman, pegawai tersebut telah menyalah gunakan kuasa di bawah nya untuk memaklumkan kepada mana mana wanita yang apply Loan Rumah dan seumpanya. Dengan menggunakan kuasa dan pengaruh untuk membolehkan dia "meluluskan" pinjaman dari pemohon dengan segera tanpa melalui sebarang prosedur, mengadakan hubungan seks merupakan ganjaran. 

Korang nampak tak? permainan di sini. Dimana kebanyakan mereka di luar sana yang terdesak adalah mangsa kepada situasi Rasuah Seks ini. Menurut lagi artikel https://asklegal.my/ Rasuah Seks ni terbahagi kepada dua jenis.

(a) “Quid Pro Quo Harassment” apabila gangguan seksual di tempat kerja ini melibatkan ancaman seks atau rasuah seks yang dijadikan syarat bagi mendapatkan keistimewaan layanan berkaitan pekerjaan atau digunakan sebagai asas dalam membuat sesuatu keputusan dalam organisasi, dan

(b) “Hostile Environment Harassment” pula merujuk kepada tingkah laku seperti jenaka seksual, komen yang menyentuh dan menganggu keupayaan seseorang individu untuk melakukan kerjanya sehingga boleh menimbulkan ketakutan, prmusuhan atau menyinggung kepada persekitaran kerja. 

Apa kesan dan masalah yang di hadapi kepada mereka yang merupakan mangsa "Rasuah Seks"? 
Kebiasaannya kalau kita sendiri mengalami situasi sedemikian sudah pasti emosi dan tekanan serta beban yang berat akan di pikul kepada si mangsa, ini kerana si mangsa akan sentiasa berasa tertekan dan malu untuk berhadapan dengan si pelaku Rasuah Seks ini. Dan tiada kemungkinan kepada si mangsa untuk mengalami gangguan mental dan emosi. Gejala ini amat berbahaya kerana mampu menjejaskan ekonomi negara pada masa yang sama. 

untuk mengelakkan gejala ini dari terus menular pastikan akan sentiasa mendapat consult dan bersedia untuk melaporkan aktiviti tidak bermoral ini. untuk info yang lebih lanjut korang boleh baca di sini "KLIK SINI UNTUK ARTIKEL RASUAH SEKS"

bukan itu saja malah di AskLegal ada banyak lagi informasi tentang masalah yang kita hadapi. Selamat menambah ilmu....