Hari isnin yang lepas KM terpaksa MC sebab terlalu tak larat nak pergi kerja dek kerana muscle koyak malam tu all out berzumba. Ekkk...but its okay sebab KM sendiri dah plan lama nak pergi buat rawatan resdung dekat Sinar Permata ni.
Kalau korang pernah terbuka sinar FM korang pasti akan terdengar iklan Rawatan resdung dari Sinar Permata ni. How possible I bumped into that radio station? Apa ingat KM ni muda2 tak boleh nak layan sinar fm ke haha.
actually each time my mom and dad kalau naik kereta dengan KM, KM sendiri akan tune channel kepada Sinar FM dan time tu terdengar iklan tersebut. Google punya google dia ada outlet di Kuala Lumpur dan juga sekitar cheras.
So KM decide untuk berkunjung di area Setapak PV128.
ok KM tak sebenarnya time tu KM terlalu excited nak buat testing dan rawatan resdung ni, jadi pic di outlet memang takde la ye.
Jom kita tengok procedure dia.
sebelum staff yang in charge tu dia akan suruh kita untuk buat testing resdung.
cotton bud tu dia dah sapukan ubat kemudian letak di dalam kedua belah telingat untuk pengesanan hama.
Hama akan bertindak balas jika korang terdengar bunyi letupan kecil. Maksudnya telinga kita di penuhi dengan hama dan penyakit resdung.
selain dari itu, KM di suruh untuk sedut serbuk tersebut. Tak sampai seminit serbuk tersebut bertindak balas hingga membuatkan kita terasa seperti nak bersin.
Bila result positif menunjukkan KM ada resdung. Jadi KM tidak teragak untuk membuat rawatan mengeluarkan lendir di dalam hidung dan sekitar muka.
P/S: minta maaf yer untuk pemberitahuan picture di bawah ni sedikit menjijik kan ^_^
Untuk harga rawatan ni sekali service untuk mengeluarkan lendir resdung RM50.
Ada dua session untuk rawatan ni.
kemudian selepas dua session ni selesai korang akan di beri rawatan untuk rehatkan mata menggunakan service rawatan urutan mata.
atas nasihat staff tu, untuk mencegah ianya dari terus berterusan amat di galakkan untuk mengambil supplement ni. Sebab setakat nak buat service mengeluarkan lendir saja tidak memadai. Dengan bantuan pil ini akan dapat mengurangkan resdung dari terus merebak.
Tapi ini lah yang KM paling tak gemar sebab KM memang jenis yang tak consistent, jadi pembaziran tu memang sesuai lah dengan muka sendiri haha.
Apapun next month kalau berkesempatan KM sendiri nak pergi lagi untuk buat rawatan mengeluarkan resdung ni. Atas staff dari sinar permata ni banyak juga pantang larang dia untuk mengelakkan dari resdung ni merebak dengan teruknya. Contohnya tak boleh makan ikan yang tak bersisik, ayam dan daging, kopi dan sebagainya.
Muka yang bersih jangan di sangka tiada lendir resdung yang bertakung kat dalam rongga muka tu ye. kalau korang ada masa boleh jer pergi ke website official sinar permata dan google info selebihnya di sana ok.
Dulu mak saya resdung teruk, sampai mengadap doktor pakar. Dah cuba bermacam rawatan, telan macam-macam ubatan dan hampir nak kena operate. Alhamdulillah sekarang dah makin sihat dan jarang kena serangan resdung. Kalau tak kadang-kadang sampai kena ambil mc sebab sakit sangat.
ReplyDeleteassalamualaikum.. blh sy tahu ibu awak bt rawatan kt mna...
Delete