Dec 21, 2016

Malam ini dia menangis di bahu kiri ku.

Entah lah apa yang membuatkan aku teringin nak update satu entry untuk malam ni. Mungkin sebab terlalu banyak perkara yang terjadi dalam hidup lately ni.
contohnya seperti malam ni, dalam perjalanan balik aku teringat kat seorang member ni, bila aku text untuk bertanyakan khabar.

"U kat mana? sihat?"
"U boleh tolong ambil i tak kat McDonald Taman Tenaga?" sedikit rush kedengaran.
"Ok U tunggu situ i datang pick you"

tanpa memikirkan apa2 aku terus pecut ke lokasi. Sampai je parking McDonald tu dalam selang beberapa minit dia terus melulu masuk sambil menangis teresak-esak. 

"Kenapa Ni?"
"Aku malu lah wei?, aku just nak berkawan je, tapi lain pula yang terjadi!"
"Cuba cerita apa yang telah terjadi?"

sepanjang dalam perjalanan balik tu aku pun dengar luahan isi hati member aku sorang ni di susuli dengan tangisan.Cerita nya macam ni, dia kenal dengan sorang chatter ni di laman social. Kemudian mamat ni minta dia temankan dinner sambil nak buat slide presentation dekat McDonald taman tenaga tu.

Bila sampai di McDonald budak ni paksa kawan aku ni treat dia dinner, bukan tak nak belanja tapi member aku ni terlupa nak bawa wallet. Niat member aku ni nak temankan dia untuk siapkan kerja. Tapi end up dia di malukan depan orang ramai. Member aku di tengking plus dengan handphone dia di campak ke lantai. 

OH MY GOD!!! lucky i bertanyakan khabar, if tak? tak sia2 menanggung malu di layan dek orang yang berhati binatang seperti mamat ni. 
 haha habis basah bahu kiri kita dengan linangan air mata + hingus member aku ni. 

aku pun bukan lah sehebat mana di dalam memberi nasihat, tapi aku pun pernah alamai perasaan suka dan duka ni, jadi siapa tahu nasihat aku ni sedikit sebanyak dapat meredakan hati member aku yang tengah melara tu.

bila kita bersungguh untuk jadi yang terbaik, pasti kita di uji dengan ragam manusia yang berbagai ni. bila orang tu ikhlas dan ada hati yang baik, tapi kenapa sering berjumpa dengan manusia yang berhati binatang??

Jika ada yang baik pasti akan ada yang jahat.
begitu juga hitam dan putih
Yin dan Yang.

Siapa member aku tu? biarlah rahsia. 
selamat malam and signing off from me Kifli Mally & Kyuubi.

Nov 15, 2016

Mengidam Masakan Asam Pedas ala Melaka? Jom ke Restoran Asam Pedas Sungai Buloh.

Hi korang,


Memang sah aku ni merupakan salah satu peminat tegar asam pedas claypot, dan kali ni aku nak bawa korang pergi makan dekat Restoran Asam Pedas bertempat di sungai Buloh. 



Aku sampai di restoran ni lebih kurang pukul 3 dan time tu hujan renyai, perghhh ini menambahkan lagi selera aku untuk makan Asam pedas terbaik dari melaka ni. 


menu hardcore dekat sini dari pagi sampai ke malam korang boleh order asam pedas, tapi belah malam tu Restorang Asam Pedas SB juga ada masakan panas dan goreng-goreng. Jadi tak menjadi masalah kalau korang nak makan asam pedas pada belah malam beb.
Asam pedas ayam harga dia memang fixed dah hanya RM10, tetapi kepada asam pedas jenis ikan bergantung pada saiz ikan tersebut. So far aku memang tergilakan asam pedas pari dan ayam. Slurpppppppp
Kemudia ada special menu yang diberikan oleh tuan kedai. Ini adalah salah satu signature yang memang ramai orang order selain dari asam pedas. 
Signature drinks di Restoran Asam Pedas.

selain dari itu korang korang boleh juga beli pelbagai jenis product kesihatan serta makanan tambahan dari bumiputera kita sendiri.

Waktu Operasi : 10pg-11malam

Buka - Selasa hingga Ahad
Cuti - Isnin

dari tepi jalan korang boleh nampak signboard dia sebesar alam. Senang nak nampak sebab kombinasi Merah Dan Hitam menyala gitu.


Alamat: 
Restoran Asam Pedas Sungai Buloh

No.89-G Jln Nautika AU 20/A,, Sungai Buluh, Malaysia
Facebook official: https://www.facebook.com/seleraasampedas/

Call untuk tempahan: 03-6143 5260

Oct 25, 2016

Berita Baik untuk semua. Watsons! Tukar dan Jimat (Switch & Save)

Lately ni banyak betul kempen yang di berikan oleh Watsons kan?
Dan kali ni korang boleh mendapatkan promotion yang lagi banyak dan berbaloi bersama dengan Watson Kempen yang baru ni Tukar dan Jimat (Switch & Save).

Apa tujuan kempen Switch & Save ni?
sebenarnya kempen ni bertujuan untuk mengetengahkan product yang di keluarkan oleh Watsons sendiri, dari segala jenis product kecantikan dan kesihatan. Kualiti product keluaran watsons mempunyai kualiti yang sama dengan product berjenama yang lain.
Tak percaya? aku sendiri dah cuba dengan membandingkan product ni, seakan sama dan kadang tu jauh lebih baik dari segi kualiti dan teksturnya. Bertempat di Paradigm Shopping Mall Center semua orang termasuk lah para tetamu yang hadir diberikan peluang untuk meneka sendiri kehebatan product watsons ni.

ada 10 Brand Watsons yang utama, jadi korang boleh pilih dan bandingkan sendiri ok.
dan aku memilih vitamin mereka, semasa pengambilan aku yang pertama, vitamin soluble ni memang sesuai dengan aku. Sedap pun sedap. :) Thumbs up
Tengok lah di setiap station test product tu, mereka bukan membandingkan cuma Watsons sendiri ingin memberitahu product keluaran jenara sendiri juga berkualiti tinggi.
Jom tengok video clip Duta-Duta watsons ni :)
layari untuk info lebih lanjut:

Oct 24, 2016

50% discount: Buffet RM 29.00 di International hotel KL hingga hujung tahun.

Hi Korang,

amboi bulan october ni entry asyik makan je kan?
dah alang-alang cerita pasal makan mari aku share dekat korang semua makan buffet terbaik punya di Hotel International Kuala Lumpur.

Korang tahu tak? Sekarang ni (KLIH) bagi 50% peratus kepada semua tetamu yang hadir. Serius korang pasti terperanjat dengan discount yang diberikan. Dari harga asal RM 58.00 hingga RM 29.00
Jadi siapa yang nak makan tengah hari KLIH adalah tempat yang paling strategik korang nak makan start dari 07 Oktober sampai lah hujung tahun ni. Tapi promotion ni tidak tertakluk pada hari Ahad & Cuti Umum ok. Start hidangan dari Jam 12-3 petang.

Ok baru sekarang aku cerita pasal menu dia pula. Aku nak highlight kan Rendang Tok Wan dan bersama dengan masakan enak tradisional. 

ini baru sebahagian menu yang di hidangkan, kalau korang tahu kenalah datang untuk rasa sendiri. Antara juadah yang akan disajikan adalah sotong masak hitam, masak lemak
cili api udang pegaga, telur itik masak lemak kuning, daging kuzi, kari kepala
ikan, paceri nenas, ikan singgang, rendang ayam, kari kambing,rendang tok,
ulam-ulaman, pelbagai sambal, mee bandung, rojak buah, serta pelbagai
jenis pencuci mulut
kalau nak tengok info lebih lanjut, roger jer kat bawah ni ok:
Facebook @klihotel,
talian tetap 03-26978833 atau 016-2018831 juga email
enquiry@klitel.com.my.

Oct 23, 2016

Food Review: Little Rara Thai Noodle House KL. 4.5 bintang lah aku bagi

Hi korang,

kalau korang tengok entry yang lepas aku ada buat entry makan kencang di MELAKA FOOD TOUR, memang puas wei makan kat melaka, insyahAllah nanti ada masa n rezeki pasti aku akan repeat. 
lepas tu kan RM500 bajet untuk makan 5 orang, lepas tu ada balance kita orang proceed makan di Little Rara KL. Tu dia cuisine thai food, ala noodle boat tapi lebih sedap. Nak tahu sedap ke tak mari tengok review makan aku kat bawah ni:
tapi sebelum tu korang tengok dulu menu dia? murah pun murah kan?
Bagi aku memang murah untuk area makan kat tengah bandar KL ni. 
Speed Boat Noodle Beef dan Chicken. 
Real Beed BBQ
Pulut Mangga
Pad Kra Praw
Kai Thoad Patong - Ayam goreng dengan nasi pulut
Naa Tieaw Coconut Ice Cream.

Jadi Total makan di atas ni semuanya RM130+
Macam mana boleh di panggil little Rara, sebab ada budak tu nama anak owner dia, sebab time kami makan kami terdengar nama dia RARA. :) comel je budak nya.

eh btw makan kat sini aku bagi 4.5 bintang. Dan aku akan repeat makan dengan seseorang yang special. Woot woot haha

kalau korang nak makan google sajo 
"Little Rara Thai Noodle House" atau korang boleh pergi refer address kat bawah ni:
AddressMenara HLA, 3, Jalan Kia Peng, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia