Dec 30, 2015

Dapatkan Permit mendaki Bukit Tabur di Pejabat Hutan Daerah Selangor.

credit: http://ramonfadli.com/
Hi uols,

InsyahAllah esok KM dan zuzu akan pergi menawan Bukit Tabur yang terletak di Taman Melawati Gombak. Ini semua plan yang last minute, sebab dah lama rasanya tak buat benda adventurous seperti ni. 

Sebelum pergi mendaki bukit tabur, research dan persediaan adalah amat penting. Kalau korang main terjah je bahaya dan maut menanti di hadapan ok. Jadi KM dan zuzu dah pun buat sedikit sebanyak research berkenaan dengan bukit tabur ni. 

Hasil dari pencarian weols, sekarang ni kalau nak mendaki bukit tabur uols kena ada permit. Tanpa permit korang tak boleh nak mendaki. Rasanya ada juga yang pergi mendaki secara haram, jadi semua ni di luar penguasaan ranger. Kepada mereka yang berani mati tu di nasihatkan untuk berhati2 ok. 
Tadaaaaa ini lah dia lampiran untuk Permit yang di perlukan dari setiap pendaki. Process untuk menunggu permit ni siap memang cepat, tapi semalam waktu KM pergi pegawai mereka dalam meeting. Jadi process nak dapatkan approval tu lambat jadi KM datang untuk collect keesokan harinya. 

Di Mana nak dapatkan Permit Memasuki Bukit Tabur:
korang boleh dapatkan di alamat seperti dibawah ni: 

Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah 
KM 11 (Batu 7), Jalan Cheras - Kajang, 
43200 Cheras, Kajang, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-9075 2885
Fax: 03-9075 6022
Setiap seorang di kehendaki untuk membayar yuran permit sebanyak RM5

korang boleh tengok kat bawah ni landmark untuk pergi ke Pejabat Hutan tersebut, 
kalau korang menuju ke Kajang, depan sikit dari Cheras Sentral selekoh masuk ke simpang petronas korang akan nampak gate kecil macam ni. Tempat tersembunyi sikit. Jadi harap korang boleh alert.
Tip persediaan yang KM dah sediakn untuk esok: 

1. Gloves
2. kasut yang bersesuain
3. mineral water / hundres plus
4. power bank (untuk power support nak berselfie :)

untuk info lanjut korang boleh layari facebook page mereka ni:  https://www.facebook.com/BukitTaburTreasure/posts/734751516653624

ok guys tunggu esok update dari KM ok....

Dec 24, 2015

Lets Cantik meletup di dalam Google Apps store

Hi uols, rindu kita tak? Rindu lah tu, maaflah buat semua yang tak kenal diri ini kita nak bagi tahu kat uols semua, yang Let’s cantik kini boleh di di download kat Google Store ok.
Kalau uols buta IT nak cantik tapi otak bodoh tak taw nak download Apps Let’s cantik uols boleh tengok screen kat bawah ni. Senang untuk panduan uols lepas ni nak cantik hanya di hujung jari. Apa kata orang tu beauty at your fingertips. Easy uols order esok terus product kecantikan dari Let’s cantik tiba di depan rumah atau kat office uols.

Tak sangka baru lepas Launching saja terus dah ada orang yang start purchase product Lets Cantik skincare ni. Terbaik uolssss!!!! #Thumbsup kepada yang masih belum beli jom terjah website official dari kami yang super cantik ni. Lets Cantik Official Website. 
Senarai Produk LET'S CANTIK SKINCARE TREATMENT
jangan lupa dapatkan full set lets cantik di official website kami atau dari stokis yang berdaftar sahaja.

Hah lepas ni kalau dah Berjaya download boleh lah uols labelkan diri uols sebagai beauty with brain!!! Tak begitu sajat!!! Jangan main2 ye lepas ni korang akan tengok apps ni akan menjadi topic perbualan hangat di hujung bibir adek2 akak2 sekalian.
letscantik google
hah tu dia, meletup ke tidak apps baru weols ni?

uols semua boleh direct download dekat link ok Lets Cantik Applicationkepada yang menggunakan Apple store tu mintak maaf bebanyak sebab setakat ini Lets Cantik fokus pada pengguna android sahaja. Uols semua doakan lah supaya nanti Application Lets Cantik ni ada terpapar di Apps Store ye.

Apa pun stay Cantiks uols....

Dec 13, 2015

Risau betul bila tengok kawan-kawan jatuh sakit

Hi Uols,

Semalam KM sepatutnya kalau event zumba orang yang KM akan cari confirm dua orang ni je, antara EJ dan Fahmy je yang gigih untuk join mana2 event zumba. Jadi event zumba tu KM dengan EJ berdua je. Bila EJ investigate kan baru dapat tahu yang Fahmy kena admitted dah 3 hari uols. Terus tertanya haiyooo macam mana kita terlepas pandang.

Settle je event zumba semalam KM dengan geng gojes buddies terus bergegas ke Sentosa Medical Center. Tapi sebelum kita orang bergegas ke Hospital kita orang sempat lagi mencekik kat Pelita next  to klcc tu, sebab pagi tu masih lagi awal jadi kenalah isi perut bagi kenyang uols.

Standard lah uols kalau dekat mamak ni confirm busy memanjang lepas tu, kita orang panggil tak dengar atau buat2 tak dengar. Harus lah kita orang menjerit ala2 pitch perfect. Baru sekor sekor nak datang amik order.
flawless structure muka bergantung pada filter yang digunakan haha. macam siot je

bila sampai tu housemate fahmy dah teman dia siap2 dari pagi lagi, jadi takde lah dia rasa bosan. Plus dah lah dia sorang je duduk dalam bilik tu. Kalau KM seram lah dibuatnya haha, 
Selfie is a must. Bila kau kata nak selfie, orang nazak pun boleh terus nampak ceria ok. Nampak tak kehebatan orang otai bila nak berselfie bagai ni.  

OK MASA NAK KENAKAN BUDAK SAKIT NI hahaha
cuba korang bayangkan, kalau lah gayung tu kita orang boleh keluarkan bersama dengan baldi dari dalam toilet. Cuba korang teka apa lagi kerja bodoh yang kita orang buat. Air suling tu kita orang tanggal kan, katil tu naik turun kita orang kerjakan. 
 ok kalau tadi kita berselfie, sekarang kita berdrama pula, dalam gambar semua nak baik je berlakon kan? 
 Doctor datang melihat keadaan si pesakit
 nurse lelaki menyuapkan pesakit.
 Doctor: Awak punya demam sudah kurang, petang ni boleh balik,
KM sendiri tengok pic semua ni, KM boleh terseyum apatah lagi hari tu kita orang kerja kan si budak sakit ni. Akak nurse tu pun tak boleh nak cegah bila kita buat onar kat dalam bilik. 

Tapi kan, memang sangat takut kan bila kita dengar bila orang yang kita kenal rapat admitted dekat hospital. Apa pun KM doakan semuanya dalam keadaan sihat2 sahaja hendaknya. 

To Fahmy, speedy recover dear. By the time aku released entry ni, apa yang KM tahu kau dah ada kat rumah sambil bersantai di depan TV. Tak sabar nak pergi berzuma bersama2.

Dec 7, 2015

Bahaya kereta bila tayar tiada DARA.

Hi uols,

Ok hari ni sedikit sentap, sebab tayar kereta aku kat depan tu dua2 dah bengkak. Macam mana lah selama ni aku tak perasan, nasib baik lah dia pancit dalam keadaan terkawal. Cuba korang bayangkan kalau tayar kat depan aku tu dua2 terus meletup while driving. Alahaiiii arwah lah aku jawapnya. 
Haha walaupun bff KM datang catwalk je tapi takpe. At least dorang teman kan KM malam tu. 
lepas tu KM nak wish thank you Adam @ mona sebab consult kita macam mana nak tukar tayar. Serius wei ini first time kena batang hidung sendiri. sungguh tak sangka mek ni berjiwa Cinderella tak kuat nak tukar tayar. Haha luckily ada sorang brader tu (Sumpah tak sempat nak tanya nama dia) sebab dia datang tolong kita orang macam sekejap je. 

Skru semua dah cabut tinggal tanggalkan tayar tu je, ya rabbi almost 15 min macam tu weols try cabut tapi dia still stuck, till datang brader PJ ni. Sekali je dia tarik terus tercabut tayar tu uols. Dah nama pun SADO uolssss...Thank abang SADO PJ. 
Insiden ni berlaku actually malam semalam taw. Kemudian esok nya baru tayar yang satu lagi. KM memang ada masalah dengan ingat tarikh dan masa. Aku baru tahu yang aku dah pakai kereta ni almost 2 year since then KM tak pernah tukar tayar. HAHAHA nampak tak diri ini takde self management yang stabil.
The good thing is, kalau ada problem relates to my kereta, I considered my self as lucky enough sebab dekat dengan workshop kereta. Before this pun pernah gak alami incident yang sama. Lepas tu kebetulan dekat dengan workshop yang selalu KM attend. 
 leng chai ni yang selalu attend kereta KM kalau ada problem. Cepat dia buat kerja. 
Lepas settle tu KM decide untuk check alignment sekali. Sebab dia advise ada paku @ skru yang perlu KM tukar, or else nanti pakai tayar emas sekali pun confirm akan botak cepat. So alamatnya nanti dah gaji terus minta tukar paku tu dulu. Sebijik RM35.

ok lepas ni KM akan pastikan untuk check alignment dan tayar sekerap yang mungkin. Tapi hujung bulan ni KM akan hantar kereta untuk service kat Perodua Ampang. jadi consider lebih selamat dan terjamin lah ye.

Kepada muah muah bucuk KM kat luar sana, sentiasa hati2 bawa kereta ok. walaupun member KM cakap KM bawa kereta macam langsuir tapi takpe yang penting vogue hahaha. CHOIIII tak nak lah terjadi apa2 kat kereta KM tu....Love you alls. 

Dec 6, 2015

OOTD Kifli Mally: Award untuk si lelaki kelabu

hi uols,

Baru-baru ni KM ada menghadiri satu event Digi WWWOW Awards 2015, bertempat di The Garden Grand Hote. By the KM just nak ucapkan kepada semua pemenang, dan siapa yang tak terpilih untuk tahun ni, sila cuba lagi untuk tahun hadapan ^_^

Walau apa pun KM tetap nak interframe. Feeling datang dengan kehadiran berkepak! Bertema Angel in GREY!!!

necklace: Black Queen
Grey Top Wing: Time Square
Belt: SEED
Pants: Brand Outlet
Shoes: Vincci
Clutch: Tak Ingat hahahahaa

Ni OOTD Video

Dec 5, 2015

Nak Cantik? sekarang bukan lagi penghalang. Jom cantik bersama NurSajat Beautician

Hi Uols,

Siapa sini nak cantik? haha soalan yang sangat meminta muka dicakar dengan pencakar rumput kan?. Bila mention je perkataan CANTIK!! apa yang terlintas pada fikiran kita buat pertama kali ialah memikirkan perkara yang SEMPURNA! perkara yang INDAH! SWEET dan sebagainya. Kebiasaannya dalam perihal kecantikan ni pasti kaum wanita adalah scope terbesar menyumbang di dalam statistik rawatan dan kecantikan diri tidak kira luar dan dalam. 
Oleh itu, KM nak share dengan sepantas kilat dengan readers semua. Let's Cantik Skincare ni merupakan salah satu product kecantikan yang  dikeluarkan oleh NurSajat Beautician adalah hasil teknologi terkini yang diformulasikan dengan penggunaan bahan-bahan semula jadi daripada Tea Tree, Ekstrak Papaya, Coconut Oil, Vit E Extract Piper Bettle, Stem Cell dan Microcitrus Australasisca Fruit Extract yang dipercayai mampu mengekalkan kecantikan kulit secara keseluruhan.
  • Georgeous BB Gream 15GM
    Melindungi kulit daripada sinaran matahari.memberi kelembapan pada kulit muka,Mengecilakn pori-pori.Mengembalikan keremajaan kulit, merawat kulit berminyak membantu mengurangkan jerawat.
  • Amazing Cleanser Gel 50ML
    Melembutkan, menghaluskan dan melicinkan kulit muka serta membantu menghilangkan jerawat dan kedutan kulit. Kulit lebih berseri dan bermaya.
  • Fabulous Night Serum
    Memberi kelembapan pada kulit muka, mengecilkan pori-pori, mengembalikan keremajaan kulit anti kedutan, mencerahkan kulit muka, membantu mengurangkan jerawat dan jeragat.
kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang product Lets Cantik Skin Care ni, korang boleh pergi ke website official mereka. Di situ korang pasti akan mendapat info yang lebih mendalam tentang produk tersebut. Selain itu kalau korang ada sebarang pertanyaan korang boleh suarakan di peti komen pada website mereka. "Kaunter Pertanyaa Di Sini"

Selain dari memperkenalkan produk kecantikan, Nursajat Beautician juga ada menawarkan khidmat rawatan seperti Rawatan Facial & Scrub, Injection IV Drip, Vitamin C, Filler (perfect touch), suntikan collagen serta banyak lagi. "Service LetCantik"
kepada mereka yang masih lagi terasa seperti kurang keyakinan terhadap produk Lets Cantik Skin care serta service mereka, KM sarankan untuk melihat pada IG official Nursajat Beautician. Korang akan nampak update setiap hari dimana outlet mereka di KL dan Johor Bharu tak henti menerima kunjungan dari para pelanggan tidak kira sama ada new customer atau returned customer. 
Sambutan bukan saja meriah di HQ KL tapi outlet di Johor juga begitu memberangsangkan,  perkhidmatan Lets Cantik juga kebiasaannya boleh di lakukan di luar outlet, bergantung kepada permintaan customer. Biasanya permintaan ini datang dari kalangan Selebriti dan Customer Corporate di mana mereka lebih selesa menerima rawatan di kediaman sendiri. KELASSSS ke tidak?? Lets Cantik memang menawarkan rawatan Ekslusif... (^_^)

Kesimpulannya, kepada mereka yang ingin cuba untuk menggunakan Product Lets Cantik Skincare ni korang boleh purchase menerusi website official dari mereka di http://letscantik.com.my/