Oct 2, 2015

Pengalaman join Electric Run buat pertama kali di Malaysia

 
  Phewww!!! tarik nafas lega bila KM berjaya settlekan larian sejauh 5KM pada malam tu, Electric Run ni memang meriah sangat malam tu dengan crowd dari peserta yang sangat ramai.

Apa pun KM nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Tune Protect sebab sudi jemput KM untuk turut bersama memeriahkan Electric Run ni. Serius KM sangat tertarik dengan decoration dia pada malam tu, sangat cantik seperti berada di alam Fantasy.

Tune Protect merupakan Partner Insurance untuk event official untuk Electric Run, boleh dikatakan malam tu pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh Tune Protect. 
 sempat lagi shoot untuk OOTD semasa event Electric Run ni.

haha the look bila KM tersangat excited plus surprised ^_^
 the event sebelum start berlari, actually KM tak berlari pun sepanjang track tu sebab KM cuba untuk mengamati semua theme yang di hiaskan pada setiap platform Track.

 
  Ok ini a bit funny sebab KM baru 500meter berlari dari release line dah snap gambar and the rest check point tu kita orang dah tak larat
Sebelum kita orang di beri pelepasan untuk memulakan larian, kita orang semua sibuk berdansa beramai2, tak sangka malam tu event ni memang happening sangat. Semua orang turut sama merasakan kehangatan event ni dan bersama2 tak sabar nak berlari sampai ke penghujung garisan.  
ni salah satu aktiviti yang di adakan di booth Tune Protect ada dice game, uv photobooth, pop kuiz dan banyak lagi.  
 YEAH finally KM berjaya habis kan sepanjang track tu dengan jayanya. Siap dapat Medal lagi, ini memang best. Di atas kesempatan ni KM nak ucapkan ribuan terima kasih sebab sudi menjemput KM untuk bersama sama menjayakan event ni. Kalau next ada sila lah jemput KM lagi ok ^_^ hehe

KM tak akan berada di sini kalau bukan atas invitation dari Tune Protect.
Tune Protect sebenarnya adalah rebranding daripada Tune Insurance – di mana produk-produk mereka menjadi lebih straightforward dan simple. Tengok lah video di bawah ni, memang lagi susah peserta di dalam video ni buat challenge..
 

Salah satu product baru yang diperkenalkan oleh Tune Protect adalah Tune TrIP Travel Insurance:
Kalau korang travel, boleh consider ambil insurance ni! Harganya juga berpatutan, hanya RM9 setiap perjalanan – disamping itu, korang juga boleh pilih plan Annual atau Family! Banyak yang insurance ni cover, so korang boleh check it out dekat laman web rasmi mereka ok?
 
Follow social mereka di bawah ni

1 comment :

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni