Oct 19, 2015

OOTD Kifli Mally: Sempena Kempen MAKNA

 OOTD Petang tadi sangat simple dan santai di mana lepas je habis Event #AirAsiaMakna di Fahrenheit** Bukit Bintang Kuala Lumpur, KM decide nak lepak kat Pavilion since dah lama tak melawat kawasan so agak lama juga kita orang lepak kat Starbuck Pavilion tadi. 

Ok slot untuk mencanangkan gossip itu akan di buat pada entry yang akan datang ok, which is mungkin tunggu KM dah jadi mumia lah kot haha. Serius tahun ni adalah tahun yang paling merosot KM nak update blog. Entah lah mungkin dah tiba masanya untuk bersara kot!!!
 
 
 Hehe KM nak bersara dari dunia blog? Itu adalah mustahil, sebab kalau KM give up better lupakan je lah semangat untuk jadi seorang blogger yang gigih betul tak? Tak per biarlah KM kayuh perlahan2 blog ni. Kalau ada story KM akan ceritakan dengan korang semua, kalau takde updates tu? maksudnya hidup KM pun sendu la juga haha.
 korang percaya tak baju yang KM pakai ni adalah hasil dari rekaan KM sendiri? Kalau tak silap ini adalah dinamakan sebagai The Imperial - The Known by KM

korang klik sini kalau nak tengok koleksi selebihnya. https://instagram.com/bykiflimally/