Hurm macam mana nak start cerita ni ye. Ok lah macam ni, sewaktu KM kecil lagi km ni jenis nakal budaknya. Semua barang dekat rumah tu kalau boleh nak di pecahkan. Apatah lagi nak dengar cakapn ibu bapa.
Nak dijadikan cerita KM ingat lagi peristiwa pahit yang terjadi kat km semasa berada di kampung atuk n nenek.
Di satu petang tu KM berada di bawah rumah tengah berehat. Biasanya kalau kat kampung kat bawah kolong rumah tu mereka akan buat satu anjung yang tinggi untuk berehat. Agak tinggi juga anjung tu. Anjung tu bersaiz empat segi dan mak KM datang dengan membawa makanan tengah hari. Biasalah budak budak ni mana nak makan sangat kan asyik nak main je.
Mak KM pun naik ke anjung tu sebab nak suapkan kita nasi. Mak maju setapak kehadapan kita KM pula mengundur satu tempat ke belakang.
Mak maju lagi KM mundur lagi. Lepas tu KM mundur ke belakang tanpa sedar yang KM dah sampai ke penghujung.
Prak!!!! Huarghhhhhh!!!!!!
KM jatuh tersungkur ke tanah. Disebabkan anjung tu tersangat tinggi tangan belah kiri KM patah. Bukan terseliuh taw tapi patah tulang siku KM terkeluar. Korang bayangkan time tu KM kecil lagi dan tanpa berfikir panjang my dad n mom terus bawa balik ke sabah sebab rawatan dan hospital kat kampung di indonesia tak cukup untuk menampung beban yang di tanggung oleh KM.
KM pengsannnnnn akibat terlalu sakit. Dan apa yang pasti bila KM celik mata je KM dah ada kat hospital sandakan sabah. Saat itu memang KM tak boleh nak lupakan sebab dari situ lah pengalaman sebagai seorang budak yang patah tangan bermula.
KM berasa segan apabila nak keluar sebab KM tahu tangan KM belah kiri ni walaupun dah elok tapi tak sesempurna tangan orang normal sebab tangan KM ni di masukkan besi untuk tampung tulang yang patah tu. Bila KM nak luruskan tangan tak selurus orang normal. Dan ianya akan nampak seperti bengkok dan janggal. KM time tu sangat stress sebab KM akan berpendapat bahawa KM sorang je kat dunia ni berasa tak sempurna. Senang cerita cacat lahhhh
Tapi itu dulu sewaktu kita kecil, terlalu banyak sangat yang difikirkan. Bila dah dewasa dan semakin matang ni barulah KM dapat lihat perspektif yang lebih meluas dimana KM bukan keseorangan KM ada je kawan2 yang patah tangan, patah kaki. Semua nya bersyukur sebab masih hidup dan boleh meneruskan kehidupan sama seperti orang normal yang lain.
my respect goes to other privilege person out there, kalau nak di bandingkan dengan KM ni apalah sangat kan, dorang tu lagi extreme. Tiada kaki dan tangan. Jadi KM seharusnya bersyukur tanpa melabelkan diri sebagai seorang LOSER.
yeah life is short therefore KM urge to all others to stay happy and enjoy you life to the max. ^_^
my respect goes to other privilege person out there, kalau nak di bandingkan dengan KM ni apalah sangat kan, dorang tu lagi extreme. Tiada kaki dan tangan. Jadi KM seharusnya bersyukur tanpa melabelkan diri sebagai seorang LOSER.
yeah life is short therefore KM urge to all others to stay happy and enjoy you life to the max. ^_^
No comments :
Post a Comment