Aug 28, 2015

Quick update: TKG Crew Penang trip #MerdekaHipe

hi anak anak,

its gonna be quick and short update. Ok malam ni KM dan crew yang lain akan berkumpul tepat pukul 12 kat nana before semuanya start to depart. As usual masing2 akan bersiap sedia untuk buat checking list. Masing2 dah well planned nak buat apa kat penang nanti. haha so excited.

so early this morning, batch pertama dah selamat tiba untuk checked in dekat bungalow yang kita orang bakal stay untuk sepanjang weekend di penang nanti.

The house is quite huge and every facilities pun lengkap so itu sangat diperlukan oleh group 17 orang seperti kami.
 
 
 
 
 
 
 
 
ok lah itu je update untuk kali ni, pengetua weols sangat tegas so kena punctual. see you guys soon!!!!

Jangan lepas kan peluang untuk berkunjung ke ILM Festival. Altimet dan Mizz Nina pun ada!!

Hi Anak anak semua,

Seperti yang di warwarkan, korang semua sudah sedia maklum kan, di mana  ILM Festival yang tak lama lagi ni bakal berlangsung secara Live, Meriah dan Havocnya di area Stadium Shah Alam pada 30Aug 2015 Festival ini bermual dari jam 10pagi hingga 11 malam.
 
Di antara 30 selebriti tempatan dan luar negara yang turut serta menjayakan ILM Festival ini.

cuba korang bayangkan lebih dari 30 artis dan personaliti antarabangsa dan tempatan daripada pelbagai genre karya dan hiburan; antaranya fotografi, karya graffiti, seni pertahanan diri,sukan papan lungsur ,nasyid, kaligrafi, komedi dan yang lain-lain lagi. Semua bersatu di dalam satu bumbung, sebagai pencinta seni. Yang menariknya aktiviti yang di tawarkan pada hari tersebut memang meriah gile, high impact kata omputih ^_^

contoh seperti: Kita ada Mizz Nina, Altimet, Muadz Dzulkefly, Shazet Sound, Omar Regan, Baba Ali dan banyak lagi

Rugi kalau korang tak datang, dan bagi mereka yang datang tu memang berbaloi dan manfaat kan sehabis boleh yer.

So korang jangan lupa ok, cepat pergi beli tikcet yang terawal dan termurah hanya dengan serendah RM55. Dan di ikuti harga tertinggi iaitu RM1062. Hah yang seat Violet Zone ni kenalah lebih meriah dan lebih diberi keutamaan kerana mereka  adalah "VIP RM1062" termasuk lah:

1.VIP Parking  
2. Numbered seating  
3. Backstage Pass  
4. Dinner  
5. Free Gift  
6. Group Photo 
 
 korang boleh dapatkan ticket dengan harga RM55, RM108, RM161, RM257, RM 373 dan RM1,062.

tapi sebelum tu, korang tengok dulu apa yang Mzz Nina ni cuba nak sampaikan. Teaser Video dari Mizz Nina (Designer & Singer)


Hellooooo, ni KM nak bagi tahu 30Aug nanti ni dekat Stadium Shah Alam pada 30Aug 2015 (10pagi - 11malam)Ada Festival...
Posted by Kifli Mally on Tuesday, August 25, 2015
 
Antara aktiviti yang menarik contoh seperti remaja yang amat menggilai aktiviti skateboard. orang kuat dalam bidang ini di Malaysia adalah Joe Ipoh dan tampil khas datang dari jauh iaitu Jordan Richter skateboarder no 1 dunia dari USA. Kepada remaja di luar sana rugi kalau korang tak participate dalam ILM Festival kali ni.
kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut boleh je follow update mereka di:

 Selamat bersantai sambil menikmati pengembaraan yang menarik di sana ok.

Aug 24, 2015

Plan trip kemerdekaan ke Penang. Meriahnya

credit: thefoodisgood.blogspot.com
hi anak anak,

yesssss KM and kawan2 lain akan ke Penang minggu ni, lepas balik kerja jumaat tu prepare barang sikit2 lepas tu ZOMMMMMM ke penang lah kita. Tak sabar rasanya nak jejak penang untuk kesekian kalinya, sebab last melawat penang dua tahun lepas rasanya. 

kali ni TKG Crew kembali menyerang penang yer....acara kemuncak adalah malam dinner dekat Uncle Zach by the Beach di mana dengan bertemakan mendekatkan diri dengan maha Esa. Meletup tak tema weols? serius setiap event kena ada tema. Kalau takde tema bukan TKG Crew lah tu haha...
gambar credit: shujinjinbox.blogspot.com

lepas tu tempat tinggal yang selesa juga dah diatur oleh organizer, meamng senang btul kehidupan boleh dikatakan macam tinggal bawa diri je haha. Minggu ni nak pergi service kereta lepas tu buat semua payment yang tertunggak then baru proceed ke Penang hehe, 

takde masa nak tengok pasal keje nanti apa yang KM tahu nak enjoy je, hehe

jumpa korang di Penang!!!! oh by the MERDEKAAAAAAA!!!!

Aug 23, 2015

Movie Age of Tomorrow, cerita sampah.



hi anak anak,
ayooooo taotally cerita ni macam sampah, bukan macam uols tapi ini sememangnya sampah. Kenapa boleh released kat wayang T_T nangis tengok capabilities mereka di dalam menghasil CGI. Yet still much better than CGI movie tempatan kita. Tapi dorang kan lebih hebat di dalam menghasilkan CGI ni.

nak sambung nangis tengok CGI dia, tak sampai setengah jam layan movie ni aku fast forward kan / skip sebab nak tengok ending dia macam mana. Gosh ending dia lagi macam SAMPAH!!!!!!! hahahaha totally ROTTEN Uols. 

Kalau korang nak download or tengok please fikir panjang cerita ni SAMPAH!!!!!
 hahahaha


tapi kalau cerita ni yang ni Edge Of Tomorrow ahaks!!! jangan cakap ni terbaik ^____^

Aug 19, 2015

Dapur lelaki: Kebab Ayam Black Pepper.

 hi anak anak,

hari ini KM nak bagi tahu korang macam mana ala budak lelaki masak untuk siapkan menu yang ringkas untuk dinner ni, Ok kali ni KM dapat ilham macam mana nak buat kebab sebab ternampak roti pita sewaktu berada di pasaraya tempoh hari. 

jadi KM rasa macam nak try nasib untuk buat hehe sekali tengok hasi dan rasa not bad (sebab tekak aku) haha

ok jom kita tengok bahan bahan untuk nak buat Kebab Ayam Black Pepper ni.

Menu utama: 
Roti Pita - pastikan cari ikut favorite masing2
Isi ayam 
Sosej - optional
burger ayam - optional

1/2 biji bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - potong dadu
1 biji lobak
1 biji tomato

sos cili 
Serbuk lada hitam
mayonnaise
beberapa helaian daun salad
2 sudu mentega / marjerin
maggie secukup rasa

Cara Menyediakan:
1. pertama panaskan kuali dan masukkan mentega / marjerin. Bila dah betul2 panas masuk kan bawang putih dan bawang besar. Tumis hingga keluar bau
2. Kemudian masukkan terus segala bahan daging tadi sosej / isi ayam / burger ayam. Gaul sehingga masak, tak perlu tambah minyak sebab marjerin tadi mampu melembapkan semua bahan daging itu tadi. Tutup kuali lebih kurang dalam 3 minit. Bila dah masak keluarkan dan simpan di dalam bekas sementara.
3. Masukkan Sos cili, mayonnaise, serbuk lada hitam, gaul hingga pekat. Kemudian masukkan bahan daging tersebut. 
4. Masukkan sedikit garam dan maggie secukup rasa. Mengikut citarasa memasing. 
5. Potong dan kosong bahagian tengah Roti Pita tu dan masukkan salad ke dalam nya. 
6. sumbat bahan masakan tadi ke dalam roti pita
7 SELAMAT MENJAMU SELERA!!!
 
 kalau korang tak suka roti pita, korang boleh je guna roti lain mengikut citarasa roti kesukaan masing2. Cuma KM memang berkenan nak makan roti pita ni. Roti pita yang KM gunakan jenis lembut.

Bila dah lama terhidang tu korang just boleh masukkan ke dalam microwave dan panaskan.
 Selamat Mencuba uols.

Aug 12, 2015

Dapur lelaki: Makaroni Goreng dengan ayam kisar.

hi anak anak,

haha nampak nama pun macam errr!!! budak ni reti masak ke? 
Tapi kalau KM yang tak reti masak ni boleh buat ini kan pula reader KM yang memang lahir2 je terus terjun ke dapur. 

Ini pun ikut tekak KM sendiri nak sediakn bahan. Harap korang faham lah dari segi mencari menu dan juga cara penyerdiaanya OK. Kebiasaanya KM kalau nak beli barang dapur dan barang keperluan dekat je Superhero Market area sri permaisuri ni ada, jadi tak perlu lah sampai ke pasaraya besar, bahan ni semua kat kedai runcit pun ada je di jual.

Menu:
Makaroni 
Bawang Putih - di tumbuk
Bawang Besar - Di cincang dadu
Cili Giling atau cili instant 
Sos Tomato / Sos Cili
Belacan dan Sos Tiram - Optional 
1/2 biji Capsicum - merah / hijau / merah
cendawan butang
ayam atau daging kisar
sosej - optional
Garam & Gula
Kiub Pati Ayam  (Perencah Cukup Rasa)
Minyak Masak
Air Secukupnya
Cara - cara:
1. Siapkan Makaroni dengan merebus dan biarkan ianya lembut, kemudian Tos sambil tu boleh letak sedikit minyak untuk memastikan ianya tidak melekat.
2. Kemudian panaskan minyak pada suhu sederhana, pertama sekali Tumis Bawang Putih bersama bawag besar sehingga naik bau dan keperangan.
3. Masukkan Cili giling, Sos Tomato, sos tiram, dan kiub pati ayam (perencah cukup rasa) - biarkan dalam masa beberapa minit kemudian masukkan Capsicum yang dah dipotong itu tadi. Kalau terasa melekit masuk kan sedikit air.
4. Masukkan ayam atau daging kisar, sosej kacau sehingga ianya betul2 masak
5. Akhir sekali masukkan Makaroni yang dah ditoskan itu, kacau hingga makaroni tersebut dapat meresap semua rasa ke dalam Makaroni. Kemudian rasa sendiri! tambah kan garam mengikut citarasa masing-masing.
selamat mencuba ^_^

Aug 6, 2015

heaven juga masak sendiri untuk makan malam kan?

hi anak anak,

yes memang heaven terasa bila kita dah mula berjinak nak terjun ke dalam dapur walau hakikatnya selama ni semua tu hanyalah angan2 semata. Tapi hari ini KM dan bersiap sedia untuk masak mengikut selera dan perut untuk menjamu juadah di malam hari. 
 
muka baru lepas mandi, segar bugar rasanya. 
Kebiasaanya KM punya style sangat sempo dan tersangat lah santai. Korang tengok lah schedule kat bawah ni.

1. Transfer Movie ke pendrive sebab nak tengok kat TV screen
2. Siapkan bahan luak untuk makan malam
3. Mandi dan kemaskan bilik
4. Masak 
5. Makan sambil layan movie
6. Update blog / buat video
7. Tidur ^_^

that's it! boleh dikatakn ini adalah routine harian KM selama ini, tapi bukan berpanjangan pun sebab normally kalau ada event KM confirm tak dapat buat semua 7 benda kat atas tu hehe.
KM boleh simpan salad ni paling lama pun dua hari, sebab takut nanti kesegaran daun salah ni tak berubah warna.
KM paling suka buat telur dadar + kacan buncis.
sebab teringat dulu time kecik2 my MOM selalu buatkan menu ni, jadi selama KM 27 tahun ni ini adalah kalau ke 3 buat telur ni sendiri kat rumah ahaha...
KM paling suka goreng bendalah ni sebab instant je. Cuma lebihnya terletak pada tepung goreng adabi tu je. Bukan nya susah pun. 

 hurm ni dah menjadi satu tabiat KM kat rumah sebenarnya kan, KM bukan nya nak makan dinner sangat pun tapi tangan ni menggedik nak masak dan makan hasil tangan sendiri, so lepas ni tak perlu lagi lah beli juadah malam di luar melainkan untuk membeli stock selama seminggu ^_^

orang kata kalau masak sendiri ni jimat? betul ke? mungkin ada betulnya...
ok lah esok KM nak teringin masak apa pula ye? hehehe tunggu !!!!!