Jul 4, 2015

Food Review: Berbuka Puasa di tempat baru dan Hidangan Ramadhan Baru @ Rail Canteen PJ

hi anak anak,

Kali ni KM nak bawa korang review makanan di sebuah restoran yang baru, berkonsepkan resepi dari Kluang Johor. Semua menu dan resepi ini dibawa khas dari Johor, terutama sambal yang mereka gunakan di dalam setiap menu. Perghhhh memang terangkat!!!

Actually tempat ni boleh di katakan fresh dan masih baru, kalau tak silap Rail Canteen ni baru beroperasi kurang dari setahun. Jadi kepada mereka penggemar Kopi buatan Kluang, di tambah pula dengan masakan orang Kluang jom lepak sambil bersantai disini.

Untuk mereka yang berada berdekatan dengan Sunway Nexis ni, kalau nak berbuka puasa boleh lah datang ke Rail Canteen, sebab mereka ada hidangkan Set
Nasi Briyani Ayam Masak Merah
Nasi lemak Rail Canteen
 Nasi Lemak Goreng + Ayam Goreng

Setiap menu ramadhan ni, ianya datang dengan Kurma, dessert dan juga sirap selasih. Sesuai bagi menyegarkan tekak yang kering seharian.

Apa yang membuatkan Set Ramadhan ni lebih bermakna bila setiap set diatas korang boleh request dengan 6 pilihan sambal killer dari mereka. 
sebagai contoh, sambal ni terdiri daripada. Sambal Sotong, Kerang, Udang, Bawang, Ikan Bilis, dan Sambal biasa.

Eh bukan itu saja, bagi mereka yang nak pilihan menu yang berlainan, Rail Canteen ada menyediakan menu ala carte seperti 
Mee Rebus
 Mee Curry
Mee Hoon Siam

Sebagai penutup tu memang tak sah kalau Dessert tidak dijamu kan? KM pun memang tak nak ketinggalan untuk merasa benda benda manis ni. Jom tengok apa dessert yang special di sediakan oleh Rail Canteen ni.
 Kopi Cendol Ais dan 3 Layer Ice Cream  

Sekitar Rail Canteen:
 

untuk maklumat yang lebih lanjut korang boleh tengok info di bawah:
RAIL CANTEEN @ Sunway Nexus


Address: Unit D-GF-02, Sunway Nexis
Jalan PJU 5/1A, Petaling Jaya, Selangor
Contact:
012-395 3800  
Operation hour: 8.00pagi – 10.00malam setiap hari