Jul 30, 2015

Tidak tahu nak tukar duit syiling bila tabung dah penuh? Kifli ada jawapannya Coin Deposit CIMB Bank

 Hi anak anak,

ok minggu lepas KM cuti on weekdays, jadi bila dah cuti on weekdays tu banyak lah kerja yang KM start akan buat contohnya kalau ada urusan yang melibatkan bank weekdays adalah hari yang 'heaven' sangat bila berurusan. 

Contohnya KM ada satu tabung syiling yang dah sarat dan penuh, dan hari tu tak tahu nak tukar kat mana? pernah sekali KM pergi ke Jusco Taman Maluri. Ingatkan bila KM dah masuk kan dalam coins deposit tu boleh tebus dalam bentuk cash, sekali tengok dia tebus dalam bentuk voucher haha. Frust kejap hari tu juga KM habis beratus untuk beli keperluaan barang dapur ^_^ 

Jadi kali ni KM pergi ke CIMB Branch Taman Maluri, KM tak ingat siapa yang pernah mention dekat bank cimb ni dia ada coins deposit machine. Jadi jom tengok macam mana KM bermain dengan coins deposit di cimb ni.

Cara nak menggunakan coin deposit machine ni teramatlah mudah, aku rasa budak 3 bulan pun reti nak gunakan machine ni. 
Step 1: Pilih bahasa kegemaran anda
Step 2: Masukkan no account anda, sama ada baru dan lama tak menjadi masalah, tapi lebih prefer kepada No account baru sebab senang process nak udpate.
Step 3: Tekan button Confirm
 Step 4: Bila dah tekan confirm nanti dia akan suruh masukkan syiling keramat korang tu semua ke dalam dash  machine ni. Dia pun akan buat kiraan. Tapi korang kena ulang process ni untuk beberapa kali juga lah, sebab machine ni sometimes tak dapat nak kira syiling korang yang terlalu banyak tu, di tambah pula dengan benda benda asing.

contoh yang di ada dalam duit syiling KM, sim card, button baju dan makanan kucing haha.
 Step 5: Bila di reject ianya akan jatuh kat kotak pemulangan di tengah bawah machine deposit ni. Korang hanya perlu ulang step 4 sehingga korang dapat deposit kan semua syiling korang tu.
 Step 6: Jangan lupa ambil tiker sebagai rujukan korang bila check bagi account. KM ada dua resit sebab terbuat dua kali transaksi. 

Senang kan? Tak susah pun kalau korang rasa susah sangat, jangan segan untuk bertanya kat akak di counter pertanyaan tu. Dia sangat peramah untuk tolong korang. ^_^

ni lagi satu KM nak nasihatkan, Coin Deposit Machine ni memang sangat cepat penuh, biasanya sebelum tengah hari dah penuh dan bila penuh, machine ni tak boleh nak terima duit korang, jadi kalau boleh disarankan untuk dtang awal sikit ok

Alamat CIMB BANK TAMAN MALURI.
Address:Ground & 1st Floor, No 279 & 279A, Jalan Perkasa 1, Taman Maluri, Off Jalan Cheras, 55100 Kuala Lumpur
Tel:1 300 880 900
Fax:+603-9284 7447
Email:callcentre@cimb.com
Website:http://www.cimbbank.com.my

Jul 16, 2015

mereka pecahkan pasu bunga pula kali ni.

hi anak anak,

kali ni memang mencabar kesabaran betul budak dua ekor ni, pantang rumah kosong je confirm ada je barang dia nak pecah, dua budak ni kalau rumah kosong je dia akan berlari dari dapur hingga ke bilik lepas tu semua benda dia nak langgar panjat dan terbalik kan,
 
kalau iron board tu jangan cakap lah, tiap2 malam boleh di katakan terbalik di buatnya. 

dah masuk penghujung ramadhan ni dia boleh pula buat onar bila Km dan housemate takde. Haish. tu pun nasib baik kawan aku patah balik sebab nak ambil kuih tertinggal atas meja. Terus kawan KM laporkan kat dalam group pasu perhiasan tepi TV tu dah pecah, siap snap pic post kat group. 
 
Berdesup terus drive balik rumah, yang penting sampai je rumah tu budak2 ni tak nampak langsung rasa bersalah tu, siap bersihkan bulu, jilat paws gitu. KM menggila lah time tu, aku hidup kan vacuum tu aku kejar dua ekor ni sampai ke belakang, lepas tu kunci biar duduk dalam gelap utk seketika. Dua ekor ni memang takutkan bunyi dan benda vacuum tu sekali. 

Itu je cara nak ajar budak2 ni. Lepas tu KM dah biasakan dorang ni tak boleh nak bersantai kat dalam bilik, kena duduk luar. Dua ni pantang nampak KM lepak kat mana2 confirm dia nak ikut. Even sampai masuk ke dalam bilik air dia pun nak juga ikut haish. 
 tak per lah, benda dah nak jadi, nak buat macam mana kan haish ^_^
apa pun KM tetap sayangkan dua ekor ni tapi apa yang penting kena tegas sikit biar dorang ni takut. Katanya padahal tiap malam tidur bersama hahahaha

Jul 13, 2015

OOTD Kifli Mally: Mechanic guy in blue Jumpsuit

Hi anak anak,

Rasanya dah lama tak kembali dengan OOTD kan? KM pun sendiri dah confused dan hilang arah bila concept OOTD KM ni entah kemana arah tujunya, kejap pakai aplikasi lookbook.nu sekarang ni beralih ke Instagram pula! 

kebanyakan OOTD KM post kat Instgaram. Tapi kembali pada pucuk pangkal nya tetap di semadikan dalam entry blog kiflimally.com 

kali ni #OOTDKM bertempat di area ampang, korang tahu galaxy ampang? haha confirm siapa budak ampang kat sini familiar kan? dekat area tu ada restoran Pak Ya, masakan cina muslim. Jadi kira nya KM dan zuzu berbuka kat sini huhu. Sambail2 tu berootd. 

Harap tidak lah kalian jemu dengan OOTD KM ye ^_^

Jul 12, 2015

Gadget wishlist 2015/2016 - Lily the loyal drone

hi anak anak,

sekarang ni kita memang dah sedia maklum gadget yang terbaik dalam membuat video clip adalah camera drone, sekarang ni orang buat macam macam video clip dari drone ni. 

Apa itu drone? - Drone ni boleh dicategorikan sebagai pesawat kecil yang dilengkapi dengan alat camera dan video.

Apa yang bestnya drone ni sebab dia boleh snap video kita dari ketinggian dan dari segi keluasan sesebuah tempat yang kita pergi tu. Ada banyak jenis dan brnad drone ni tapi apa yang membuatkan KM lebih tertarik adalah untuk memiliki (akan datang InsyahAllah) iaitu Drone LILY


YES LILY - The camera that follows where ever you go.
https://www.lily.camera/ 

benda ni belum lagi release sampai ke malaysia tapi dorang dah start buat pre-order dimana korang boleh order dengan harga yang lebih murah. Sebab sebelum ianya masuk market pada tahun depan kemungkinan harga dia makin menjulang naik. 
Harga Preorder:
$599 price × 1 quantity + $20 shipping = $619 @ RM 2347.43

Harga pasaran akan datang: 
 $999 price × 1 quantity + $20 shipping = $1019@ RM 3864.35

nampak tak jumlah perbezaan nya kat situ. Wohooooo sangat mahal yer, tapi takpe tahun depan kalau ada rezeki pasti KM akan beli juga satu sebagai collection ^_^

untuk maklumat lebih tentang drone ni korang baca je kat sini FAQ

Jul 11, 2015

Review pendek: Berbuka puasa di Zaiton Tomyam Ampang, terpikat dengan sambal telur ikan bilis.

hi anak anak,

kali ni KM nak buat entry yang sangat ringkas, di mana hari ni KM berbuka kat restoran area ampang iaitu Zaiton Tom Yam. KM suka makan kat sini walaupun tak kerap tapi bila part mengidam tu datang serius aku akan terjah kedai ni. 

normally kalau ke sini pasti ditemani oleh Zuzu and kawan2 yang lain. Normally kedai ni lebih dikenali dengan menu pecal lele atau ayam. Tapi since KM diperkenalkan dengan sambal telur ikan bilis tu terus sampai sekarang melekat. haha ^_^
 
Apa yang KM suka kat restoran ni iaitu Sambal Telor Ikan Bilis. Yessssss itu memang pujaan hati KM setakat ini. Memang kalau dapat makan confirm tak akan pandang kiri kanan.

sorry lah KM tak sempat nak snap pic Sambal telur iKan bilis tu, takpe nanti KM akan try untuk dapatkan dalam entry seterusnya ok. 
Untuk sesiapa nak makan kat sini atau berbuka, KM sarankan better korang call dulu atau buat tempahan siap2 or else nanti datang kedai tutup, balik dengan air mata berlinangan gitu.

Address: Flas Taman Dato' Ahmad Razali Jalan Ampang.
Operation Hour: 5.00pm - 1.00am
Contact: 016-2807872 / 012-3841336

Jul 8, 2015

Lepas ni semua orang mahir membuat lontong resepi sendiri.

hi anak anak,

Raya semakin lama semakin dekat pada penghujung nya. Terasa rindu pada kampung halaman pula kan? Apa lagi yang bermain di dalam fikiran ni kalau bukan juadah beraneka macam di hidangkan pada hari raya.

 tak cukup dengan juadah yang disedikan oleh mak, berkunjung pula kat rumah sanak saudara kan? aduhhhhh memang dah tak sabar betul nak beraya ni haha. Nak makan dengan rendang, ayam masak beraneka rasa, kuih muih ada lontong. EH Lontong?

bercakap tentang Lontong ni? siapa disini penggemar Resepi Lontong? Sebab KM nak bagi tahu kat semua pembaca blog KM ni, di mana Chef Ismail ada memperkenalkan resepi baru Lontong di dalam pek baru #MameeChefLontong. Wow serius uols semua mesti tak percaya kan? Apa yang pasti KM dah tahu rasa #MameeChefLontong ni, siap masak sendiri kat rumah.
Tak tahu pula KM boleh mengidam nak try sendiri bagaimana rasa dan resepi yang di sediakan oleh Chef Ismail. Kalau korang nak tahu, rasa dia sama seperti dengan juadah asli yang disediakan oleh Chef Ismail sendiri. Haipppp dah nama pun resepi ciptaan Chef Ismain, rasa dan kualiti harus lah sama kan....Selain dari itu concept mee dia di perbuat khas dengan cara Mee Tarik.  
wah meriahnya kepada mereka yang bekerja sempena Hari Raya nanti, korang boleh lah rasa #MameeChefLontong ni yer! takde lah terasa sebak merindukan masakan lontong ni.
ok lah KM nak sambung makan lagi #MameeChefLontong yang sedap ni!!! Ingat LONTONG, ingtlah #MameeChefLontong. haha.

nak tahu dengan lebih lanjut tengok je segala resepi yang disediakan oleh Chef Ismail kat facebook page mereka.
#mameecheflontong
 

Jul 7, 2015

OOTD Kifli Mally: Digari dengan bertemakan Splash of Color #POTD #OOTD

Hi anak anak,

gamaknya KM nak buat OOTD di malam hari, di depan mamak nana area sri permaisuri ni. Actually ni event sesudah berbuka puasa bersama dengan TKG Crew bertemakan splash of color. Korang nampak tak stick color in the dark tu, gigih betul kawan aku beli semua accessories ni semata untuk meriahkan majlis katanya. 

Lepas tu event berbuka bersama tu pun aku tak taw bila nak update. For sure kena maki je lepas ni sebab lambat update. Tapi takpe budak2 ni semua dah faham yang aku ni memang jenis lambat update hahahah.

let say event tu hari ni, so aku akan update 2 bulan selepas tu hahah..macam gampang tak perangai aku, no wonder lah blog ni tak pernah pergi jauh, makin bersawang dengan bulu lebat adalah ....haishhhh!!!!
 
 jadi kesudanhan malam tu terus sambung lepas sampai ke pagi hahaha al maklumlah dah kira genap almost 2 tahun kita orang tak lepak seperti ni taw. Haishhh rindu betul zaman kerosakan akidah haaha...Tapi sekarang ni dah baik sikit. Gituuuuuuuuuuuuuuuuuu....
 
 ok lah KM chaw dulu...later chat lagi ok.

Jul 5, 2015

#AABC Asean Traveler contest

Hi anak anak,

KM confident nak bagi tahu kat semua orang, di mana KM adalah peseta yang sesuai di dalam AirAsia Traveller's ni kerana segala rutin Harian KM akan dipaparkan di dalam Instagram Artist. Asal dapat je pegang handphone confirm KM akan update semua instagram tak kisah dimana KM berada.
Instagram Sangat user friendly bagi KM, hanya perlu snap + edit = Post.
Okay untuk entry kali ini, sempena menyahut cabaran AirAsia Asean Traveller ni semua media KM akan postkan dalam bentuk Instgaram. Ready or not here we go!!!
Contoh pertama di mana KM berinteraksi dengan lebih dekat lagi dengan burung unta ni. Kalau korang nak tahu KM siap dapat tunggang dan bawa burung unta ni race bersama dengan team yang lain. Laju betul burung unta ni.

Favorite KM di dalam menghasilkan Art Instagram ni dimana KM suka membuat video, dengan cara macam ni lebih fun untuk semua orang tengok hasil video tersebut. Salah satu contoh seperti dibawah:
time ni KM tengah bersiap otw nak pergi berkelah di janda baik bersama dengan best friend KM.
ok yang ni pula, bila KM dari rumah nak bersiap2 pergi ke Sunway Lagoon theme park.
Video ni KM time tu tengah nak fetch member kat KLIA2, since then Km terasa nak buat video yang membolehkan KM rasa happy bila dapat tengok balik video2 ni. 

 Sebenarnya, dengan Instagram ni KM lebih banyak dapat peluang untuk explore dan buat experiment yang lebih banyak, contohnya kalau dulu KM suka buat #OOTD dimana hanya snap gambar then post. Tapi kali ni KM buat #OOTD melalui video, KM jenis yang gigih untuk meng-edit video tak kira lah kat mana sekali pun, contohnya seperti:
video #OOTD masa tahun lepas christmas di Mid Valley.
#OOTD di tempat rekreasi keluarga Bukit Belacan.


Dan banyak lagi yang KM hasilkan video art seperti ni untuk dibuat koleksi ^_^.

Donut Selfie?
yessss #DonutSelfie sebenarnya dah lama di praktik kan cuma tak ramai yang buat, jadi KM ada peluang untuk pergi ke tempat baru, donut selfie adalah cara art terbaru untuk KM berkongsi dengan semua kawan-kawan KM di Instagram. Google lah Donut Selfie hehe. Kalau korang tengok kat bawah ni, KM masih lagi dalam process nak mantapkan part editing dan lagu. Once dah selesa dengan editing lepas ni confirm petik jari je. Korang bayangkan KM berdonut selfie di eiffel tower? hahahah #Berangan!!!
KM jenis yang bukan selalu dapat berjalan, tapi bila KM dapat peluang untuk pergi bercuti atau melancong KM akan gunakan masa dan peluang sebaik mungkin untuk update benda2 yang menarik, sebab KM nak pastikan semua hasil dari Instagram dapat disimpan buat kenangan. 
Sebagai kata penutup entry "Kifli Mally the best candidate to be AirAsia Asean Traveller’s as an Instagram Artist" via Instagram art can be anything that possible ^___^

Korang kalau nak join pun takde masalah, korang boleh join DI SINI

SELAMAT MENCUBA DAN GOOD LUCK!!!!