Jun 29, 2015

Rizalman & Neelofa buang masa je bertekak di sosial media (Instagram)


hi anak anak,

belum reda lagi dengan issue panas Mak Hayam Sado negara iaitu Azwan Ali dengan issue kekeliruan "Menate" nya itu. Di tambah pula dengan issue pereka fesyen tempatan dan artis Nelofa.

Dua dua memasing sama hebat sama letop, tapi masalahnya masing2 menjual barangan online. Bila dah sibuk mencari rezeki lebih di bulan ramadhan ni terkena tempias tempias sikit masing2 dah nak melatah.

Statement dari Rizalman:
memang di akui yang Rizalman nak buat hashtag tu untuk mengelakkan orang lain dari test market di dalam hashtag #rizalmanforzalora. Sebab utama si peniaga dia nak kumpul koleksi tu untuk memastikan kualiti dan feedback dari customer, lepas tu boleh tengok bagaimana mereka menggayakan rekaan rizalman. 

Tapi rizalman seharusnya bersiap sedia dan beringat, di mana di dalam pengunaan social media ni, penggunaan hashtag memang tiada had limit. Dimana ada lubang dan peluang disitu lah orang akan port entry dan promote produk mereka, apa yang penting??? MASYUK dan BUSINESS JALAN Dapat SALE hati senang. Rizalman sepatutnya

Sayangnya concept hashtag ni kalau orang dah start pakai kita pula sebagai creator tak boleh nak delete. Sebab penggunaan hashtag ni terlalu umum dan open to all public. 
Jadi di dalam issue macam ni, stokis neelofa yang akan dipersalahkan.

komen dari Neelofa yang berbunyi halus sedangkan dituju kepada rizalman:

 kebiasaan nya, orang kalau dah dicucuk takkan nak berdiam diri kan? Kalau pula time tu mood tengah tak baik, haruslah di lontarkan statement puaka yang berlapis lapis tebalnya. Tak kisah lah dia direct point dekat orang tu atau pun secara bagi hint je tapi yang penting komen tu dapat puaskan hati kan nasib diri terbela gitu. 

Ini apa yang KM fikir lah, tak salah nya kalau neelofa berlembut dan beralah dengan membalas komen dari Rizalman tu, menyatakan dia tak taw pun stokis dia akan kacau hastag tersebut. Tapi neelofa tu ada masa ke nak advise stokis dia satu persatu? Retis popular mana ada masa nak buat semua benda2 ni kan? Tapi stil tak salah kalau neelofa create comment berbaur seperti tu kan? orang akan lebih respect lagi adalah...
tapi comment yang last sekali ni WIN! win bukan sebab apa? sebab statement di atas ni menjadi pembuka selera kepada semua jenis lapisan masyarakat untuk BASH rizalman. contoh comment yang KM maksudkan korang boleh pergi baca sendiri kat beautifulnara.com

 Haters Dan keyboard Warrior: 
sememangnya KM paling suka part keyboard warrior dan haters ni, tang bila mereka bertekak sesama sendiri mempertahankan feveret retis masing-masing. Walhal yang banyak comment tak ikut akal ni kebanyakan nya budak budak sekolah dan kolej. Sebab time ni otak memasing tu berfungsi nak berdebat, siap keluarkan dalil masing2. Hampir separuh aku baca comment dari mereka ni semua, dan majoritinya mem-bash rizalman, sebab apa? Sebab dia bapok tua? eh mulut jangan macam loji taik yer. Tak baik haha. Ini semua sebab statament daam gambar terakhir tu menunjukkan diri rizalman ni jenis cepat melatah.

korang percaya tak kalau statement tu dikeluarkan oleh Neelofa, dan mungkin di ruang comment tu penuh dengan haters dan keyboard warrior mencaci neelofa pula? Semua tu tak mustahilkan? cuba korang tengok entry gossip yang melibatkan neelofa, teruk juga dikenakan. Sampai takde ruang udara untuk bernafas lah dibuatnya. ^_^

cuci kaki: apa pun kesudahan nya, setiap orang memang mempunyai perasaan di mana ingin melindungi diri dari taik orang lain, gila ko kena najis orang lain PM pun boleh mengamuk di buatnya. Inikan pula kita manusia biasa yang tiada label dan darjat hidup. Retis ni sememang nya tak perlu lah nak bertekak dan bergaduh sangat, sebab industri malaysia ni kecik sangat dik. Tersangat sangat kecik. Kau pusing2 keluar masuk jumpa CERMIN yang sama. Tapi kenapa cermin? yelah cermin diri sebelum nak mencarut orang lain. Opssss BYE!!!

p.s: semua gambar adalah hak terindah dari BeautifulNara.com

1 comment :

Anonymous said...

a3f63l0s98 k5w94s1o18 e1k90r7t70 v2z06m6h31 x6w82b9t15 i2d37h0f52