Jun 7, 2015

Pisang Review: Kapten Pisang dalam Set Jumbo 4 perisa. @kaptenPisang

hi anak anak,

Lately ni kemaruk sangat nak makan pisang goreng cheese, oleh yang demikian kalau sebut je pisang goreng cheese aku akan terfikir brand @TheGorpis. The gorpis ni quite popular juga lah kat are kota damansara tu, sebab 1st outlet dia yang aku pergi kat kota damansara. Lepas tu dia collaborate buka di Kopi XOXO nora danish kat Bangsar, lagi satu tak sure area setapak rasanya!

ok tapi pisang goreng cheese yang satu ni lain sikit, sebab dia boleh buat delivery.
Kapten Pisang. Ok aku suka dengan style dia boleh buat delivery. Korang boleh order sebab flavour dia ada 4 yang paling common so kita orang pun order dalam satu Set JUMBO (Sekotak) RM20 plus delivery Charge RM5. 
so kita orang decide nak flavor, Chocolate Cheese, Pure cheese, Cinnamon Cheese, dan Chocolate orea. 
penghantaran dia cover area ampang dan KL, since dia boleh lalu area office aku, then should be fine untuk dia hantar. Range time untuk penghantaran dialah dari 3PM-5PM. 
 
so kita orang dah siap preorder sebelum sehari waktu penghantaran. Order malam isnin untuk Delivery selasa. Korang kena keep update dengan status mereka kat Instagram. @KaptenPisang
 
 korang semua kena sedia maklum ye, sebab masa penghataran ni memang ambil masa sikit sebab mereka akan stuck kat jamn especially area KL. Lepas tu kalau dah deliver uols akan siap sedia tahu bahawa ini adalah delivery where you will find the item akan sejuk bila sampai. Korang jangan letak harapan bila delivered tu, item pisang ni masih panas umpamam baru keluar dari oven ok?

cinnamon flavor bagi aku biasa je, Orea pula sudah terlalu biasa bagi mereka yang pernah makan orea. Begitu juga dengan Pure cheese just nice. Apa yang aku boleh recommend bila korang amik flavor Chocolate Cheese, walaupu dia dah sejuk tapi still boleh makan sebab ada syrup chocolate ^_^
 kalau korang try tiada masalah, korang boleh tengok details dan info terkini kat IG mereka. Selamat menjamu Pisang Kapten. hahahaha

No comments :