hi anak anak,
Siapa sini penggemar PIZZA? Amboiii kemain semua angkat tangan tinggi2, KM pun salah seorang yang suka makan pizza ok. Sebab ramuan pizza di tambah pula dengan crust pilihan mengikut citarasa asli.
Kali ni KM nak share dengan korang semua Brand terbaru Pizza Gebu dari Tino's Pizza Cafe.
Sebelum ni KM ada buat entry tentang Tino's Pizza menyediakan Ramadhan Set. Tapi kali ni KM nak bercerita tentang keunikan resepi di Tino's Pizza Cafe ni dan cara penyediaan yang sangat cepat dan ekslusif.
Salad Buah - RM10.90
KM paling suka sauce (yogurt) dia memang kena dengan buah beraneka jenis ni.
Peanut Butter Fries - RM9.90
Yang amat menyelerakan, KM jenis kalau dengan peanut ni kena ada air yang banyak sebab akan membuatkan KM jenis tekak haus hehe. Gambar memang merujuk kepada ciri jenis
Mr Tino Pizza
Large 8pcs - RM 37.90
Medium 6pcs - RM 24.90
Apa yang korang nampak di atas ni, Crust Pizza tu kita orang di hidangkan dengan Crust Thin and Crispy. Luckily we had in thin and Crispy crust kalau dapat yang jenis gebu contoh seperti Classic Neapolitan Crust memang tebal dan anjal crust tu.
Bukan tekun lagi Miss Jessica ni explain menu terbaru dari Tino's Pizza Cafe. Sangat appreciate dengan explanation dan serve yang disediakan kat kita orang semua.
Lamb Abruzzo
Large - RM38.90
Medium - RM25.90
Crust yang di gunakan adalah Classic Neapolitan. Tengok betapa gebunya pizza itewwww.
Puerto Spaghettini - RM 25.90
Kepada penggemar seafood, korang memang sesuai jamu menu ni. Nampak portion tu ada banyak sangat hidupan laut haha. Meriah kan?
Pizza Lemonberry - RM18.90
Dessert ni yang paling menarik perhatian, sebab dia buat dessert dari bentuk Pizza cuma comel sikit sebab acuan bintang. Cream tu jangan cakap lah memang boleh gemok di buatnya, sangat sedap dan tak tahu pula boleh di makan dengan doh pizza. Korang patut try yang ni ok.
Penyediaan:
Dari segi penyiapan dan serve yang pantas, KM sempat masuk ke dalam dapur, boleh lah nampak di sebalik tabir apa yang berlaku. Curi tengok sikit bagaimana mereka siapkan dalam masa kurang dari 2 minit. Yer memang betul mereka cuba siapkan satu pizza kurang dari 2 minit.
Dengan ramuan doh pizza yang sangat hebat tu mreka tak perlu untuk memasak dengan suhu yang lebih tinggi dan lama, disebabkan oleh ketuhar ni yang sungguh canggih. Boleh bakar menu ni dengan cepat sekali.
Chatime - King of Mango Shake.
sebagai penutup, memang tak sah kalau cuba Chatime terbaru ni, korang tahu tak? chatime ada flavor baru iaitu King Of Mango Shake. Kelassss ke tidak?
Hehe KM nak nasihatkan kepada korang bila try flavor mango shake ni request kat mereka kurang gula syrup tu. Sebab kalau tidak nanti korang akan terasa kemanisan yang amat sangat. Tak nak potong kaki lagi kan muda2 macam ni haha.
ok lah nanti ada review kita jumpa lagi....
1 comment :
www11.17
christian louboutin outlet
superdry uk
jordan clothing
champion clothing
off white outlet
air max 90
kate spade outlet
moncler outlet
new balance shoes
nike shoes
Post a Comment