Jun 19, 2015

Diary Puasa 1: Vlog KIFLI MALLY - Bazar Ramadan Bandar Seri Permaisuri Cheras


hi anak anak,
macam mana dengan puasa pertama korang?
pagi tadi waktu pergi kerja sempat dengar celoteh pagi DJ radio HotFM. Best pula dengar kisah mereka dan pengalaman mereka berpuasa pada hari pertama di tempat orang, puasa pertama bergelar sebagai Ibu dan Bapa, puasa pertama ada exam dan macam lagi lah ragam puasa pertama ni.

Tapi bagi aku, semua tu macam biasa je tiada apa2 yang menarik so far, kehidupan normal masih perlu di teruskan. Cuma part yang paling excited bila kita kerja tu waktu bekerja mereka pendek kan masa waktu bekerja jadi paling awal kita orang bolah balik pukul 345PM #Pitammmm haha kalau hari jumaat lagi best 3.15PM dah boleh cabut dari office. Meriah ke tidak tu? hehe


dalam video ni asalnya aku ada record sepanjang lawat kan bazar tapi masalahnya bila aku nak edit, video tu entah hilang kemana, jadi dengar je lah aku membebel ^_^. Mungkin over the weekend baru aku gigih nak buat video cerekarama rasanya. Tunggu team Terung balik KL dulu ok.
Bila mention Bulan Ramadhan jer, confirm kita akan teringat Bazar Ramadhan pada belah petang, semua dengan wajah yang excited.

Perangai sesetengah orang di Bazar Ramadhan:

1) Jenis yang kaki round, jenis ni suka melawat kawasan dulu dia scan dari hujung tapak gerak sampai ke penghujung. Kemudia patah balik baru nak decide nak beli menu berbuka
2)  Tong Pembaziran. Kalau boleh hari tu juga dia nak borong semua. Bila dah borong semua tapi makan tu dalam 3 orang? jadi the end? pembaziran berlaku uols
3) Cuci Mata, jenis ni pula memang pergi ke bazar sebab semata nak cuci mata je. Kadang tu sanggup temankan kawan tapi tak beli pun. Mungkin adalah tapi tetap nak cuci mata sama ada melihat menu makanan dan juga tengok perangai manusia.
4) Fashion creepe: hah yang ni best sebab mereka jenis yang suka show off. ini lah masanya nak pergi tunjuk kat semua orang yang you ada high taste of fashion. 
5) Ikut trend: Jenis ni mungkin play safe sikit, di mana ramai orang beratur di situ kita nak beli dengan harapan menu tu sedap sebab Q dia panjang berjela. 
6) dan macam macam lagi.
Sama lah seperti di atas ni aku nampak orang beratur ramai kat Tepung Pelita ni, jadi aku pun tak ketinggalan untuk rasa..

oklah dah terlbih panjang pula entry kali ni aku taip. Kena beringat aku ada 30 hari entry puasa kena di buat. Ini challenge aku untuk diri sendiri sebagai seorang blogger. Mampo ke aku record video peribadi sampai ke penghujung ramadhan. Sama2 lah kita saksikan ye ^_^

SALAM!!!!.....