hi anak anak,
yer memang betul aku dah dapat untuk renew setahun domain aku lebih kurang dua minggu haha, tapi aku selalu ignore benda tu, kalau tak silap dalam inbox email tu setiap hari domain network KL ni keep on remind buat bayaran.
Tapi biasalah aku ni memang jenis suka buat semua last minit, so korang tengok apa dah jadi dengan blog aku sekarang ni hahaha
tadaaaaaa cuba korang tengok kat atas tu, website aku dah jadi pusat lelong, pusat main game dan aku percaya semua link di atas tiada kaitan dengan blog aku. Ini akibatnya kalau tak bayar uols.
Jadi macam mana nak tebus penderitaan ini?
1) korang kena lah pergi tengok balik email notification yang vendor domain korang dok hantar tanpa putus asa.
2) korang tengok kat email tu, nanti dia akan bagi korang satu link yang directkan korang ke website mereka, dan kat situ korang boleh tengok maklumat seperti Invois Number, Account Bank, Jumlah Bayaran Domain dan Bank mana yang korang perlu transferkan.
3) Buat Bayaran, sebab cara bayaran aku buat melalui bank transfer, CIMB CLICKS. Ingat time buat bayaran tu jangan lupa bagi details seperti Nama Domain etc KIFLIMALLY sebagai references, dan send email untuk memastikan mereka dapat notification bayaran korang.
4) Bila payment semua dah selesai, apa yang korang perlu lakukan ialah tunggu lebih kurang 24jam untuk memastikan mereka buat kerja untuk reboot/renew domain korang pada server. Kiranya biarkan mereka buat kerja mereka ok.
5) Korang boleh online dan update blog seperti biasa. Jangan lupa rajin-rajin baca entry KIFLIMALLY.COM ni ok.
No comments :
Post a Comment
Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni