hi anak anak,
lately ni aku sangat tak selesa dengan upper lips aku yang kering teramat. Lepas kering satu hal, aku jadikan hobi baru kopek kutil kering kat bibir, best kan? haha macam gampang!!!
aku paling tak tahan bila nak senyum lebar confirm rasa pedih sebab bibir kita ter-stretch. Serius aku tak boleh nak senyum nanti pedih, biar orang kata kekwat yang penting bibir tak sakit.
aku google aku dapat baca seperti dibawah:
Kekal terhidrat
Salah satu tip yang berkesan ialah minum
banyak teh hijau dan air sepanjang hari kerana bibir kering dan
mengelupas adalah satu petunjuk bahawa badan anda kurang air. Jadi isi
penuh gelas anda dengan air dan minum!
Jangan menjilat bibir anda
Bibir anda kurang berpeluh dan kelenjar
minyak menjadikan ia mudah terdedah kepada dehidrasi. Oleh sebab itu,
anda cenderung untuk menjilat bibir apabila ia mula kering. Namun ini
hanya akan memberikan kelegaan sementara, kerana realitinya adalah ia
boleh memburukkan lagi keadaan. Tambahan pula air liur cepat tersejat,
jadi bibir akan menjadi lebih kering daripada sebelumnya. Cuba untuk
tahan diri dan gunakan produk yang boleh melembapkan bibir anda,
bukannya menjilat bibir sepanjang hari.
seswai sgt pki vaseline tu. try lah lipbalm dia....x pun pki yg terlajak laris nyer collagen lipstick ke ape tu
ReplyDelete