Dec 16, 2014

Food Review: Makan di Bucida Court memang puas hati @ Damansara

Hi anak anak,

kali ni aku nak bawa korang semua ke satu tempat yang di panggil syurga makanan bila menjelang malam tiba. Tak lain tak bukan hanya di Bucida Court Sungai Penchala. Hanya terletak di hadapan IKANO Centre, dari seberang jalan korang akan nampak restoran Bucida ni.

Ok cukup usah nak berbicara panjang lebar lagi jom ktia tengok apa makanan yang terbaik untuk malam tu. Jom kita review restoran ni satu demi satu.

1) Gerai Miss Pah Hot Pot's
apa yang menjadi kegemaran orang di sini adalah ketam fresh yang di hidangkan kepada para pelanggan selain dari itu juga Mee Kari Ketam Nipah dan Mee Kari Tiram boleh dikatakan signature mereka disini. Aduhhhh sungguh tidak menyesal bagi korang yang ingin mencuba resepi ketam disini, rasa dia yang cukup menyelerakan akan membuatkan korang makan dengan gelojoh sekali Ketam Sambal Hijau dan Ketam Sambal Berlada THORBAIKKKKK!!!!!
ada sesiapa yang dah terliur?
sila follow makanan dan menu yang terbaik dari ladang ini 
2) Gerai Sup Lejen & Papa Hotdog
3) Gerai Uncle Ron's
huh tu dia....kemain api dia marak hingga penuh ke dinding. Korang cakap je apa jenis western menu yang ingin korang makan confirm semua ada dan yang penting memang menepati citarasa kalian semua.
4) Gerai Chi Thai Rasa Kelantan
biasanya sudah sinonim uols kalau masakan dari kelantan kalau tidak melibatkan goreng2 ala Thai dan juga tomyam. So kepada penggemar masakan thai dan juga tomyam boleh rasa disini yer.
5) Gerai Satay, Penang Char Kuew Teow & Kerang Bakar

kepada penggemar kerang bakar, char keow teow penang dan juga satay boleh jemput merasa disini ok.
 
 
6) Gerai Pakk Jibby Fried Chicken  

hahah ini jangan cakap, always be my favorite all time. Seriously kepada para pengunjung yang mengidam nak makan uncle bob korang try order kat sini. Rasa dan aroma nya memang sama seperti fav aku.
7) Gerai Raja Udang Cafe

kalau disebut saja menu Udang, memang teruja dengan masakan udang yang begitu mengujakan. Tambahan lagi dengan Raja Udang Cafe ni udang dia boleh tahan juga besar dia yer. Kata orang setimpal dengan harga yang di tetapkan. Apa yang special? Mereka ada Mee Udang Tualang dan juga Nasi Goreng Special gituuuu...
8) Gerai AntaraBenua
amboiii kemain, dengar kata kalau nak masakan yang panas dan fresh akan dibuat atas tempahan langsung dari pelanggan yang hadir. Maksudnya yang ini lagi fresh dan live kerana mereka boleh pilih ikan mengikut jenis. Selain dari itu juga ada menu lain seperti Ayam Penyet, Masak Paprik, Tom Yam, Singgang Ikan dan pelbagai lagi.
9) Gerai Pisang Cheese & Sengkuang Calit & Chicken Wing
ni lagi satu, boleh membuatkan aku tak boleh nak tolak semua jenis dessert dia. Kat gerai akak ni ada sengkuang dik, haha mana nak cari sengkuang tengah malam macam ni kan. Semua ada kat Bucida Court. Lepas tu di hidangkan pula dengan banana cheese + Chocolate. Menangis kita wak kesedapan ^_^
 10) Gerai Yunnie's Soup & Asam Pedas Claypot
Masakan Claypot kat sini tidak kurang juga hebatnya, tak nak mengalah uols. Ikan dia pun bermacam2 jenis. Terserah pada selera anak anak semua.
 11) Gerai Mar Kueh Teow Arang
 yang ni aku tak comment lebih, sebab korang tak akan percaya dengan portion yang dia hidangkan kat korang semua. Tak kedekut langsung dia letak kerang dan udang tu, sungguh tak tipu portion kerang dan meamng melimpah2 ruah.
12) Gerai Weffles
Hurmmmmm dapat lagi aku membayangkan betapa sedapnya waffe akak ni. Ice dia memang kena sangat dengan waffle dia yang garing tu.
13) Gerai Rahman Stall Kedai Mamak
hah tu diaaaaaaaaaa, memang tak sah kan kalau takde mamak. Hehe jangan risau uols kat mana-mana pasti ada hidangan mamak. Selera dan citarasa memasing berbagai. Jadi mungkin mamak ini juga menjadi pilihan uols. Anney Roti telur goyang inul satu.


 kepada kaki Live Band, korang sememangnya suka datang dan lepak kat sini kan?
Selain dari service sisha, Live Band seperti ini juga memainkan peranan dan merupakan salah satu tumpuan pelanggan baru untuk bersantai dan lepak. Eh since dah dekat dengan Damansara Area, artis pun tak nak ketinggalan untuk merasakan masakan enak disini uols. Hari tu nampak Dayang Nurfaizah tengan syok layan makanan feveret dia ^_^

Alahaiiiii anak anak sekalian, apa yang korang tunggu lagi, pergi dan rasa seperti semua aneka jenis makanan tu seperti makanan yang di masak dari rumah ^_^ tengok peta di bawah ni kalau korang semua ingin tahu dengan lebih lanjut.

BUCIDA COURT
Alamat : Lot 2816 Jalan Damansara, Sungai Penchala,
60000 Kuala Lumpur, Malaysia 
Phone : 03-4108 7922 
Email : bucidacourtsdnbhd@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Bucida-Court

semua Gambar yang cantik dan sedap semestinya dari MahaMahu.com pakar gambar makanan. 

5 comments :

  1. pergh sedapnya...macam 5 star semua ade..dessert pun ade

    ReplyDelete
  2. mmg sedap ni. slalu turun sini. kalau mkn yg first kedai tu ape ntah namanyer...sambal petai dia terbaik!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. aduyai sakitnya perut bila tengok gambar-gambar makanan ni semua, terus bernyanyi kelaparan perut ini.

    serius dari gambar dah nampak betapa sedapnya setiap hidangan yg ada.

    ReplyDelete

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni