Hi Uols,
Seperti yang korang tahu, Ramadhan pun bakal meninggalkan kita tak lama lagi, dalam kita menghitung hari banyak tempat mek pergi buat review. Kalau boleh nak ikutkan nafsu mek yang serakah ni semua tempat mek nak pergi balun tapi kena ada batas dan limit ^_^
Nahhh oleh itu mek tergerak untuk buat review Berbuka Puasa di The Everly Hotel Putrajaya. Hotel ni boleh dikatakan consider baru dan peace uols. Tempat ni sangat best tenang je sebab dekat dengan Tasik Cruise dan juga Pusat beli dan belah Alamanda. So kepada mereka yang tidak tahu nak lepak atau berbuka kat mana korang boleh lah try makan di Fuze The Everly Hotel ni ^_^
Menu yang di hidang kat Fuze Restaurant ni berkonsepkan satu malaysia. Tapi apa yang di highlight kan ialah menu tradisional mereka iaitu Kambing Kuzi, menu ini adalah menu signature untuk restaurant ni. Selain dari itu juga mereka turut menghidangkan Nasi Hujan Panas (Rainbow Rice). Wow memang meriah kan.
Hurm mek pun tak sabar nak buat review. Jom cuci mata dulu uols.
Ouh tidak kalau nak di ikutkan memang tak puas makan disini. Sebab semuanya memang menarik dan tempting gila kot! bagi mereka yang suka ala2 concept buffet ni memang akan membuatkan korang rasa nak pergi lagi.
Dan apa yang mek suka sangattttt kat sini ialah:
sebab rasa kuah dan masakan ini memang cukup kena dengan tekak mek, mek siap tambah 3 kali ok ^_^
sebab terlalu sedap mek malam tu berbuka feeling2 vegeterian sangat uols hahaha.
Nah kalau korang nak tahu Buffet Ramadhan kat sini ialah RM98.00 bagi orang dewasa manakala kanak-kanak RM49.00. Bagi mereka yang membuat tempahan 10 orang akan percuma entrance untuk seorang. Tak salah kan kalau korang nak rasa sesuatu yang enak dan berbaloi pada harga yang korang belanja itu ^_^
Info seperti dibawah:
THE EVERLY PUTRAJAYA
Tel : 03 - 8892 2929
En Hanif : 017- 474 2492
Cik Grace : 016 - 421 0663
Laman Web : http://putrajaya.theeverlyhotel.com
No comments :
Post a Comment
Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni