Hi Uols,
korang masih ingat lagi tak entry mek yang lepas kereta mek disagat oleh anonymous gitu, dan ko fikir apa yang mek buat? haruslah meroyan macam mati laki kat dalam youtube & Blog, time tu uols mek tak dapat nak tahan amarah hingga mencarut2 haha. Tak sangka video tu jadi viral, siap dapat kahak free dari seluruh rakyat malaysia haha.
Kini mek sedar itu semua tak membuahkan hasil apa yang penting mek terus hidup dan kumpul segala pengalaman yang ada, mampu ke tidak terbaca mukadimah blog mek kali ni, #Insaf kejap.
Apa yang mek nak cuba sampaikan ialah berbaloinya kita menjadi seorang blogger, apa yang mek maksudkan dengan berbaloinya seorang blogger? adakah hasil dari duit yang korang dapat dari BLOG atau pun kepuasan mencarut setelah seharian korang terasa dunia ni berat sangat bila 1000 tan masalah menimpa kepala korang.
Sebenarnya menjadi seorang blogger ni senang je, niat korang adalah untuk berkongsi cerita dan juga pengalaman yang korang dapat, sama ada hasilnya buruk atau pun baik, semua harus di kongsi bersama untuk jadi tanda peringatan kepada pembaca korang di luar sana. Tak begitu uols. Siapa setuju sila kembang kan hidung anda.
cerita sebegini: selang beberapa minggu kereta mek kena sagat tu lepas tu ada lah a few yang tanya soalan dimana mek tukar cermin kereta tu, berapa harga survey dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan kat sini yang blog mek juga dijadikan sumber untuk mereka check update pasal accessories kereta haha.
Itu je yang mek nak sampaikan uols semua. Betapa best gila dapat share something yang membolehkan semua orang untuk access info yang berguna.
keep on spreading good info guys. Tapi tak salah kan kalau diselang seli kan dengan gossip or lifestyle baru nampak meriah sikit berblog ni ^_^
Do not ever give up!