Jun 5, 2014

Food Review: Restaurant Pak John STEAMBOAT & BBQ @ e-Curve, Mutiara Damansara

 Hi Uols,

Hah kali ni bertemu lagi kita dalam entry mak jah cekik mencekik di E-Cruve, Damansara.
Restoran yang mek nak promote kat korang ni amatlah sesuai bagi mereka yang berlapak 3 hari tak makan lepas tu nak makan hingga koma, Restoran Pak John Steamboat & BBQ adalah restoran yang paling sesuai untuk korang kunjungi.
Hah Bulan Ramadhan dah semakin dekat kan? 
Pak John STEAMBOAT & BBQ ada membuat menu sempena tibanya Ramadhan yang mulia tahun ini. Tak perlu nak pergi ke hotel untuk makan puas2 sebab makan kat sini pun sudah kira lebih dari cukup. Murah pun murah uols.

Apa tak percaya? Ko jangan macam2 ye nanti dah tengok semua menu makan hati pula uols.
So tunggu apa lagi jom tengok apa menu yang disedikan sempena Bulan Puasa nanti.
 nasi goreng tomato - suka dengan nasi goreng ni sebab teringat time kecik2 dulu my mom selalu masak nasi rasa tomato ni.
Nasi pulut sambal udang
Ayam masak kicap manis perisa Coke
Rendang Ayam
Rendan Daging
Dim Sum Special inti telur ikan
Bubur Ramadhan
Tempura.

Ok kalau korang nak tahu menu di atas itu adalah menu yang memang disediakan kepada pengunjung pada bulan ramahdan nanti. Tapi bagi korang yang nak melantak makanan lain pun sure boleh, memang tidak menjadi masalah sebab dah nama pun berkonsepkan buffet. 

Jadi jom kita usha menu yang lain pula, mek pasti korang semua akan terliur sebab tak tahan melihat semua makanan yang disediakan ^_^
Kalau korang nak tahu ada beberapa jenis soup yang akan dihidangkan pada korang semua, soup ini memang akan datang dalam pakej buffet ni. Tidak dikenakan sebarang bayaran pun. Antara perisa soup ini adalah:
  1. Prawn soup - recommended
  2. Tomyam
  3. Beef Bone
  4. Curry
ada begitu banyak sangat bahan yang korang boleh campurkan pada soup pilihan citarasa korang. Apa pun korang ikut selera anak tekak masing-masing nak buat macam mana. Sama ada goreng atau pun rebus.
 Dessert:
Berapa harga yang dikenakan setiap seorang:
kanak-kanak di bawah 8 tahun adalah percuma 
dan Harga Promosi sempena ramadhan nanti 39++ (boleh makan sampai koma)
Harap korang semua banyak kan bersabar yer, sebab promosi buffet ramadhan ini akan start pada 28 June 2014 (selama sebulan)
 Ini berita baik kepada wanita di luar sana pada hari Selasa dan Khamis korang akan dapat 20% discount, yang penting korang walk in dan buat reservation ^_^
 korang lihat sendiri betapa ramai pengunjung yang datang untuk merasa kepuasan makan di Restoran Pak John ni.
 mek dan maha mahu memang tak akan lepaskan peluang ini pada bulan puasa nanti, confirm akan bawa my parent untuk makan di sini ^_^ wohoooooooooooooooooooo

Info:
Promotion Ramadhan buffet: 28 June 2014 (1 month)

*pesanan terakhir dari mek ialah, kalau dah kenyang tu please jangan membazir sebab pihak restoran akan kenakan banyakan sebanyak RM10 bagi setiap makanan berlebihan 100gram. #FairEnough


No comments :