Hi Uols,
Hah kini mek kembali meng-hapdet pasal cerita si #kyuubi, bagi mereka yang tak kenal siapa Kyuubi korang bacalah pertemuan pertama aku dan kyuubi, bagaimana kami saling comolot pagi petang siang malam ^_^
Akibat terlalu lama aku pending si kyuubi ni nak ke veterina, akhirnya aku ambil keputusan untuk cuti pada weekdays semata-mata nak sendiri merasa macam mana service dan layanan hospital kerajaan ini ^_^
Bagi mereka yang tidak tahu Hospital Kerajaan juga menyediakan perkhidmatan veterina kepada haiwan peliharaan korang tu kat jalan cheras, alamat? harap bersabar yer puaka. Bagi mek bercerita dulu.
So korang kena layan cerita mek dulu. #kekwat tak kita? Haha
sampai je tu korang boleh park kat belakang, tapi terhad sikit lah sebab dia hanya ada berapa spot jer. Yang lain ko boleh parking ikut suka.
Masuk je terus ke tempat nombor giliran kemudian korang kena isi beberapa info tentang haiwan korang kemudian tunggu no korang di panggil.
Di dalam bilik tu, pertama aku tak pasti apa yang di sumbat dalam jubo Kyuubi, agaknya termometer kot, sama ada dia nak tengok suhu badan kyuubi. Kemudian Kyuubi akan di timbang dan berat Kyuubi around 3.2 kg.
Kemudian baru lah Doctor akan berikan suntikan Vaksin pada kyuubi. Bagi pertama kali datang ke sini Doc akan berikan ubat cacing sekali ^_^
Kali kedua Kyuubi hanya diberikan Vaksin sahaja. Nanti 25th mac baru kena jumpa doctor untuk vaksin kali ketiga.
Peringatan yer, kalau kucing anda dalam keadaan cemas tolong cool down kan dia, sebab kalau dia dalam keadaan cemas doc tidak akan berupaya untuk inject. Nanti kucing uols mudah meroyan. So far Kyuubi kali kedua kena inject dia tak meroyan lagi. Ok lah tu Jubo dah kena cucuk suka lah dia haha.
Hanya RM30 sekali vaksin (tidak termasuk ubat lain)
amboiiii nakal sungguh baby kita sorang ni yer. Berbirat badan dia, kesan cakar merata-rata
yang ni pula kenalan semasa vaksin kedua kyuubi ^_^
si comel ni lagi kesian, kecik-kecik lagi mak dia dah mati uols, terjun bangunan ko rasa?
sebab dia main kat tepi tingkap lepas tu mungkin tergelincir kot. Owner lupa nak lock tingkap! haish.
kasihan anak comel-comel ini masih perlukan susu si sibu.
Kepada korang sekitar cheras, Veterina ni bertempat di:
Address: Hospital Veterinar Wilayah Persekutuan KM 4, Jalan Selar 4 off Jalan Cheras. 56100, Cheras Kuala Lumpur
No Phone: 03-92849716
Sesi pagi:
Isnin - Rabu (830am - 1230pm)
Pendaftaran ditutup 11am
Khamis - Jumaat
830am - 11am
Sesi Petang
Isnin - Rabu (2.15pm - 330pm)
Pendaftaran ditutup330pm
Khamis - Jumaat
Veterinar di tutup pada waktu petang.
No comments :
Post a Comment