Hi Uols,
Kali no food review
kita berlangsun di Utara Coffee House Armada Hotel Petaling Jaya. Kali
ini mek sendiri dapat merasa kesegaran ikan salmon yang di hasilkan oleh
chef Hotel Armada itu sendiri. Sila tengok dengan perlahan-lahan takut
nanti korang semua tak dapat tahan melihat kesegaran Menu Norwegian
Salmon ni.
Terima kasih kepada Armada Hotel PJ kerana sekali lagi menjemput mek untuk merasakan food review kali ni. Kepada korang yang bertanya tentang harga yang dikenakan pada setiap menu Norwegian Salmon ni? Tersangat lah murah berbaloi ok, dan mek rasa korang semua boleh makan disini dengan harga yang dikenakan range Rm25-Rm30
Promotions: 1 March - 30 April 2014
yuk review:
Pacific Rim Salmon Soup (Shiitake Mushrooms & Herbs) - Rm25
Mushroom salmon ini adalah sebagai pembuka selera sebelum mek rasa salmon menu yang lain. Rasa salmon memang ada dalam soup ni dan kepingan salmon di potong dalam bentuk cubic untuk memastikan rasa salmon itu tidak di overshadow dengan Shiitake Mushrooms.
Salmon Ceaser Salad - Rm26
Salmon Ratatouille - Rm28
Foil Baked Norwegian Salmon - Rm28
Salmon Tikka (Perfumed Rice, Acar & Cucumber) - Rm26
Salmon Tostadas (Tortilas, Guacamole, Sour Cream & Tomato Salsa )- Rm26
ok sekarang ni mek nak bagi recommend menu yang mana betul-betul membuka selera mek time tu, so ada dua yer yang mek akan recommended kat uols
1) Salmon Tikka - Kerana rasanya yang seperti Ayam tandoori dan hasil dari idea bijak chef mampu membuatkan korang makan itu seolah2 rasa daging ayam. Sangat sedap ok.
2) Salmon & Potatoes Au Gratin - Manakala menu ini kerana gravy yang ditaburkan di atas salmon tersebut membuat kan rasa seperti gravy yang pekat itu mek boleh makan sekali dengan kulit salmon tersebut. Ini kerana dia menggunakan gravy base Mozzarella cheese. Cheese base dan salmon? yes it is suit well.
Utara Coffee House!
Alamat: Hotel Armada Petaling Jaya Level 1 Lorong Utara C, 46200 Petaling Jaya, Pj New Town, Malaysia
Telefon:+60 3-7954 6888
Facebook: https://www.facebook.com/HotelArmadaPJ
korang nak tengok tak lagi Armada Food Review dari mek?
klik di bawah ni yer:
1) Selera Ramadhan Review
2) Chinese New Year Menu Review
No comments :
Post a Comment