Hi Uols,
Holy smoke café ni baru beroperasi dalam 3 bulan lagi, tapi kalau korang Nampak hiasan dalaman dia umpama dah beroperasi bertahun lamanya, siapa sangka perniagaan family ini pada asalanya gemar mengumpulkan kawan-kawan rapat yang mempunyai minat yang sama untuk bersantai di café mereka.
Minat menjadi business, itu yang korang boleh lihat. Jadi mek tak ketinggalan untuk mencuba menu yang disediakan (Signature Dishes)
Sempena dengan Valentine’s Day ni Holy Smoke Cafe menyediakan beberapa menu yang di highlight semasa hari tersebut iaitu Hearts Day Menu. Korang boleh dapatkan harga sebanyak RM150++ percouple. Jadi tidak salah kan si dia berbelanja lebih untuk meraikan hari yang indah ini ^_^ ouh so sweet!!!!
So tunggu apa lagi jom kita REVIEW!!!
Appetizer Review:
Smoke Trout Ravioli with Dill Butter Sauce
Hidangan yang cukup simple, berkonsepkan makanan dari itali ini memang cukup unik, keranan ini kali pertama mek rasa makan yang diberi nama Trout Ravioli ni. Tesktur hidangan yang lembut, mek rasa mek boleh menikmati hidangan ini dengan kelazatan Butter Sauce dan juga aroma herb Dill tersebut.
Scallops with Tomato Salsa and Balsamic Reduction.
Isi kerang ini tersangat lembut mudah untuk di nikmati, tapi ianya lebih nikmat bila dihidang bersama dengan salsa dan Balsamic, kerana ianya ingin mengekalkan rasa asli Itali tersebut. Kepada mereka yang menggemarkan kerang masakan Itali! di sini adalah tempatnya untuk anda menikmati. #HolySmoke Cafe
Main Course Review:
Herb Crusted Rack of Lamb with Roasted Potatoes and Vegetable
Bagaimana rasanay ingin menggambarkan keenakan daging yang sangat berjus ini, di hidangkan dari rusuk kambing dimana separa masak (half cook). Kelembutan daging tersebut masih boleh terasa apabila korang kunyah. Lengkap dengan rasa masin dan salutan herba. Manakala potatoes dan vegetables itu sebagai side dish untuk menambah perasa bagi melengkap kan hidangan Herb Crusted Rack of Lamb ini.
Isi ikan salmon ini sangat tersusun teksturnya, dari segi hidangan dan penyampaian memang sesuai dengan nama menu ini. Bagi mereka yang kurang menggemari ikan jangan risau kerana ianya mampu di jamah bersama dengan Beurre Blanc, berfungsi untuk menambah lagi selera pada ikan salmon tersebut. Dengan kulit yang garing itu memang membantu dalam menambah rasa ikan tersebut lebih segar dan enak untuk di makan. Mungkin mash potato boleh digantikan dengan lain. Tapi so far ini adalah kegemaran mek!
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
manakal Holy Smoke Cafe juga turut menyediakan makanan lain yang berbagai jenis untuk memastikan pelanggang mudah untuk memilih makanan kegemaran mereka. Dibawah adalah makanan di dalam menu harian Holy Smoke Cafe!
Mee Bandung Muar
Holy Smoke Burger
Castro's Lasagna
Banana Fritters Ala Mode
KEGEMARAN:
Pada Hearts Day Menu mek akan pilih
Appetizer :Scallops with Tomato Salsa and Balsamic Reduction.
Main Course: Cripsy Skin Salmon with Beurre Blanc, Mash Potato and Asparagus.
Environment:
korang pasti akan suka dengan suasana berada di dalam Holy Smoke Cafe ini kerana mereka lebih kepada konsep santai dan beritirehat bersama dengan keluarga dan rakan2. Selain dari itu juga bagi mereka yang suka akan koleksi rokok dan motor adalah bersesuian.
Parking:
lebih ruang untuk semua. Tidak perlu untuk bersesak.
Tandas:
5 Bintang.
Kepada mereka yang ingin meraikan Hari Valentine's Day bersama dengan si dia yang tersayang, saya nasihatkan untuk membuat reservation 3 hari sebelum hari tersebut 14th Feb 2014
Info Holy Smoke Cafe seperti dibawah:
Bizz Hour: Tue - Sun: 5:00 pm - 12:00 am
Phone: 03-5511 8018
Email: holysmokekafe@gmail.com
Waze: Holy Smoke Cafe Shah Alam
Tak lupa kepada HungryGoWhere Malaysia
Terima kasih anjurkan event ni ^_^
Jangan lupa follow mek di :
Instagram: @kiflimally
Twitter: @kiflimally
3 comments :
mcm menarik ja....mcm santai jaaa
Macambest je macam best
wah bestnye nti kita nk pergi sini la try
Post a Comment