Feb 15, 2014

Food Review: Rojak dan Cendol fresh @ Bandar Seri Permaisuri Cheras



Hi Uols,

normally weekend macam ni korang for sure tidak senang duduk dirumah kan?
lebih-lebih lagi kalau korang jenis yang nak mencekik macam mek je sepanjang hari.
cuaca panas sering dikaitkan dengan dessert yang boleh menghilangkan dahaga. betul tak?

so mek akan bawa korang ke area rumah mek untuk minum petang. Siapa orang area cheras dan juga area bandar tun razak for sure korang semua ada tahu dimana lokasi Rojak dan Cendol ini berada.
Jom Review!!!!
 Cendol Sesedap rasa sesedap rasa RM2-RM3 
cukup rasa cukup lemak, memang menyegarkan. Memang tidak boleh diungkap dengan kata-kata.
 Rojak kemelut di muara kasih - Biasa RM 3
 Rojak Special flora dan fauna - RM 5
ok sama seperti rojak lain semua ada cukup dari segi bahan dan aksesori nya, tapi bila datang ke part special memang tidak akan habis dijamah kerana ada tambahan Mee Kuning, sambal sotong, dan ayam goreng.
 Ayam rempah special meleleh - RM 5
serius ayam dia sama taraf dengan mamak punya ayam tandoori. Siap tapau bawa balik satu sebab terlalu sedap boleh di jamah pada waktu makan malam ^_^
penuh dengan rasa rempah dan perahan air lemon. Ada bran datang cuba?
Minum petang bersama dengan dua budak yang always masuk air.
selain dari menjual rojak dan cendol, air jambu batu turut ada disana.

Detail seperti dibawah:
Lokasi: Bersebealah dengan Stadium bolah sepak cheras.
Landmark: HUKM
Waze: HUKM/stadium bola sepak cheras
Business hour: 11-


 p/s: follow mek disini untuk makan2 yang sedap.
Instagram: @kiflimally
Twitter: @kiflimally

1 comment :

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni