Hi Uols,
kali ni jom kita terbang ke kelana jaya pula yer, food review kali ni datangnya dari salah seorang peserta MasterChef Malaysia All Star, tak lain tak bukan Imelda MasterChef Malaysia All Stars. Tak sangka yer, time Imelda didalam rancangan masakan ni dia baru saja melancarkan cafe baru ni yang terletak di dalam Bangunan Tierra Creast. Kalau korang nampak bangunan UNITAR kelana jaya kat situ lah tempatnya ^_^
siapa sangka mek dijemput sekali gus untuk merasa sendiri hidangan dari Craez Cafe ini, dan pastinya idea masakan ini pastinya datang dari Imelda bersama dengan partner Imelda. Boleh dikatakan concept cafe mereka lebih kepada suasana santai dan banyak unsur warna yang menambah keceriaan pada cafe tersebut.
kifli mally sangat suka ocay!!!!
kifli mally sangat suka ocay!!!!
inilah wajah-wajah tauke kepada Craez Cafe. ^_^
cafe tersangat menarik bagaimana pula dengan makanan dan menu yang disediakan? So tunggu apa lagi jom kita review!!!
Beef Lasagna - RM15.50
Chicken White Storm Lasagna* (Additional Review)
confirm korang tidak akan jumpa kat mana-mana cafe yang menyediakan dalam portion XXL
walaupun sudah terdedah lama kualiti dan rasa masih lagi terasa, bila dihidang waktu fresh! seriosuly korang confirm tak nak balik ^_^
Lamp Chop with Black Paper Source - RM18.90
Aglio Olio Shrimp - RM15.50
Craezy Fire Carbonara (New)
kepada mereka penggemar Spaghetti, semestinya korang rasa sendiri bagaimana hasil hidangan dari dapur Craez Cafe ni, sauce yang melimpah ruah tidak terlalu pekat dan seusai dengan citarasa semua. Bagi mek Craezy Fire Carbonara (New) sememangnya menyelerakan, kalau dah released nanti pastikan korang try yer ^_^
Craezy Craez Pizza - RM21.90
nasib baik accessories diletakkan atas piza tu cukup banyak, kalau tidak for sure mek akan minta lebih ^_^
crispy yang bersaiz sederhana tebalnya sudah cukup untuk membuat korang kenyang.
tidak cukup dengan itu, dessert dan juga drink signature mereka amat menyegarkan tekak.
tak percaya jom tengok gambar di bawah ni.
*Craez Green Lake RM8.90
Chocolate Paradise - RM14.90
Craez King Castle - RM16.90
mek percaya korang confirm satu gelas besar minuman chocolate ni korang perlu share ^_^
siapa yang boleh habiskan memang hebat. Kaya dengan chocolate base yang sungguh manis, kepada mereka yang sukakan vanila memang korang akan rasa sungguh berpuas hati dengan portion yang disediakan.
Cafe Latte - RM8.90 & Hot Chocolate - RM9.90
Cappuccino - RM9.90
Oleh itu Craez Cafe sememangnya ingin memperkenalkan hidangan dan menu mereka kepada orang ramai, terutamanya pada golongan keluarga, kerana ianya lebih bersesuian dengan menu yang dihidangkan. Jadi kepada family member di luar sana kalau terasa ingin mencuba resepi dari anak muda ini especially Imelda sendiri jangan lupa untuk singgah di Craez Cafe.
Korang pasti tahu kan Najwa Latif sendiri suka datang berkunjung dan melepak disini sebab NL kan student UNITAR!!! Siapa tahu dapat jumpa sekali Imelda dan juga NL.
Tips: nasihat ringan ini, just nak share dengan korang, kalau datang ke
Craez Cafe ni korang just boleh parking kat tepi bahu jalan. Sebab kalau
korang nak masuk dalam Bangunan Tierra Crest, Kelana Jaya ni pasti
susah sebab nak cari park dan juga bayar tiket ^_^
Menu Pilihan: Okay dan menu pilihan mek ialah Beef Lasagna, Chicken White Storm Lasagna, Craez King Castle & Chocolate Paradise.
Environment: Tersangat selesa dan ada juga open air section.
Info tentang Craez Cafe:
Facebook : https://www.facebook.com/craezcafe
Twitter: https://twitter.com/craezcafe
Instagram: http://instagram.com/craezcafekj
Address: TC - 01 - 03A, Bangunan Tierra Crest, 47301 Petaling Jaya, Malaysia
(Dalam bangunan UNITAR sebelah balai polis)
Waze: Tierra Creast UNITAR
Time: Mon - Sun: 9:00 am - 10:00 pm
Phone 010-408 0224
Email craezcafe@gmail.com
ucapan terima kasih sekali lagi buat Crew dan Owner Craez Cafe kerana sudi menjemput mek untuk buat review di tempat korang ^_^ jadi tunggu apa lagi follow mek disini:
Instgaram: @kiflimally
Twitter: @kiflimally
Yummy sedapnya suka sgt Lasagna kat sini paling sedapkan Kifli....
ReplyDeleteFana akan datang makan kat Craez Cafe lagi nanti. Cravingggg!
ReplyDeleteim intrested about the mural. when people came to the cafe..1st thing they see will be the mural.i want 1
ReplyDelete