Feb 26, 2014

Happy Birthday Kifli Mally 2014



Hi Uols,

Terima kasih kepada mereka semua yang wish Birthday Kifli Mally pada isnin yang lepas 24th February 2014 ^_^

Actually mek tak berharap pun kalau ada yang wish atau celebrate sebab bagi mek semua tu terpulang, tapi sebagai seorang budak yang ada ramai kawan time ni lah kita dapat tengok betapa ramainya kawan2 yang kita ada di sekeliling kita tanpa kita sendiri sedar. Kawan dalam diam #stalker gitu!! feeling retis noks hahaha
Kalau tak silap mek pernah buat entry pasal birthday mek tahun sudah. Tapi entahlah mana mek simpan pun tak taw. Tulah orang suruh upload cepat2 buat entry tetap juga nak peram entry tu sampai ke sudah. Ada jumpa pun satu ni jer  Bufday Boy Kifli Mally

Tapi tak salah kan kita start dari 26th kna hahah ^_^
 Malam yang indah mereka sambut birthday mek kat Old Town Taman Midah. 
Terharu kejap sebab walaupun ianya nampak simple tapi tak sangka mereka boleh rancang semua plan ni ^_^
 Birthday boy yang sangat happy dengan kek cupcake yang comel itu. 

Thanks to all yang celebrate pada malam tu ^_^
Salleh, abam,adam,issac, kimi and partners. love you all hehe
manakala esok nya pula Salleh dan Adam treat mek kek Secret Recipe The Curve.
Thanks leha haha rindu kat ko noks ^_^

Walaupun tak semua plan yang kita rancang terjadi tapi sesungguhnya mek bersyukur dengan apa yang ada. Terima kasih ya Allah sebab sempat lagi mek meniup sebatang lilin pada tahun ini 26 Tahun. Tua dah mek ni uols ^_^
 follow social mek ni yer ^_^
Instagram: @kiflimally
Twitter: @kiflimally


Feb 24, 2014

OOTD Kifli Mally: The Windy kain pelikat.

 
 Hi Uols,

Yessss kain pelikat memang selesa kalau kita pakai dan boleh dibawa kemana-mana saja kan ^_^
weekend yang lepas mek rasa sungguh confident nak berkain pelikat.

Bestnya berkain pelikat ni sangat senang untuk pergi ke fitting room just tanggal kan jer zuppp. Lepas tu pergi ke toilet pun hanya tanggalkan zuppppp *kemam bibir always sentiasa berangin je uols haha
Lepas tu kita nak kenalkan korang dekat si budak comel ni, nama dia EVA!!! Eva she is the only pure breed, dia ni memang nak dijodohkan dengan Kyuubi my onyl baby cat ^_^
my baby kyuubi ni half breed je, tapi still suka kat baby kyuubi sebab dia punya ekor yang sangat lebat ^_^

Eh kejap ni entry kucing or entry review fashion mek? haha
 
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Long wing top: Sg wang
Clutch: Kenanga
Shoes: Seed
Accessories: Recycle bangkok.

Follow mek for more:
Instagram: @kiflimally
Twitter: @kiflimally


Feb 22, 2014

Semua tempat kerja ada racist dan kaki politik!

Hi Uols,


Terbaik tak entry mek ni? Uols suka tak mek kupas isu untuk kali ni, 15min lagi sebelum lunch mek mampu siap kan satu entry, sangat multitasking kan? sama macam icon cimb tu. Multitasking sangat!!!
 Mek tak kisah nyah ko nak keje kat company ni lepas tu ko mengadu nasib yang keje kat sini banyak politik lah banyak racist lah, tapi serius mungkin sebab mek rasa mek ni buta so mek tak dapat nak tengok ada kelakuan seperti itu disini. Mungkin kalau dah kena batang hidung sendiri, adalah entry selanjutnya muncul kat kiflimally.com

Lepas tu dok feeling nak keje gomen, dah kalau rezeki ko takde gomen tu tak yah feeling dok nak mencuba nasib lah uols, kerja je kat tempat sekarang ni dengan seikhlas hati gitu. Abis ko hingat ko dapat masuk gomen tu, macam ibarat syurga lah, ko lapar je trus KFC keluar dari drawer office tu. Bunyi ala2 microwave tingggggg!!!! Sekali tengok gomen pun tak nak tengok muka ko haha
Kekdahnya dah kalau ko bukan jenis yang pandai bersuara memang susah nok, so kena all out skit. Mek tak yah cakap lah kerja mek senang je, lebih kurang pangkat ketua cleaner. Abis je buang sampah cuci toilet pergi belakang filing room cecah biskut dengan teh o suam, so mek tak terlibat dalam agenda politik dan racist ni.

So kesimpulan nya limah, ko ikhlas lah buat kerja tu ya!!! Henti kan drama propaganda ko haha. Walaupun mek supervisor cleaner tapi yang penting mek cleaner alaf 2014 fashionista ko mampo?

Instagram: @Kiflimally
Twitter: @kiflimally

Feb 20, 2014

Liputan pelancaran terbaru Camera Sony Alpha 5000 @ Carcosa Seri Negara


Hi Uols,

Tak sia-sia aku datang ke pelancaran Model Camera baru oleh Syraikat Sony ini, memperkenalkan kepada korang semua The Freedom To Shot Beautifully by Sony Alpha 5000 *people cheering ^_^
bertempat di dalam Carcosa Seri Negara aku dan juga beberapa blogger yang lain turut menghadirkan diri untuk menyaksikan reka bentuk dan kelebihan features yang ada pada camera baru Sony Alpha 5000 ini.

Kepada korang yang lebih expert tentang camera Sony ni, cuba korang tengok spesifik Sony Alpha 5000 ni dengan lebih lanjut KLIK SINI!
Dengan model Sony Alpha 5000 ini lebih advance dari yang sebelumnya, sama hebat cuma Sony Alpha 5000 lagi terbaik fresh dari ladang gandum miahahaha

Apa yang aku cuba sampaikan berat umpama secawan coffee (Lebih kurang 269 g) korang boleh bawa kemana-mana bersama dengan camera lens mudah alih ni. Bukan itu je uols kualiti gambar sebanyak 20.1 mega pixel. memang semua jerawat aku detail tersusun rapi haha

haaaa ada lagi, ini lagi yang terbaik, sebab ianya akan memudahkan hidup korang untuk terus transfer gambar terus ke smartphone korang. Amacam ada gaya tak? Pasal nak transfer ni later aku akan buat review pada entry seterusnya ok.!!!

Kalau masih tak puas hati masih nak kaji pasal Specification Sony Alpha 5000 ni korang boleh klik sini Specification Sony Alpha 5000

 Sekarang masa untuk test camera ni, korang just imagine dalam dewan ni lampu semua jenis malam (deam) so sumber cahaya tu amat kurang ^_^ lebih lagi kalau nak berselfie tapi mari kita tengok dulu hasilnya.
 kalau korang nak tahu, aku jenis yang suka lens Macro dimana aku boleh fokus lebih dekat pada gambar tersebut, sebab aku suka lihat ketelitian yang ada pada gambar tersebut. Kalau korang tengok gambar di atas ni aku guna length macro lens. Ianya boleh auto focus pada setting, dekat mana korang prefer nak set focus ^___^ terbaik yop!!!
 manakala camera pintar Sony Alpha 5000 membuatkan hidup kita senang, sebab pada menu Auto tu korang dah sendiri boleh pilih menu sendiri contoh seperti defocus background (latar belakang blur), vivid, filter brightness dan macam-macam lagi.
 Ok that's all I can say about the event. Simple jer kita orang datang tengok gallery dan juga features menarik tentang Camera Sony Alpha 5000 ni, kemudian ada contest tangkap gambar kreatif. Lepas tu yang selebihnya kita orang sendiri kena explore sambil dibantu oleh beberapa orang pakar.
 time tu mereka juga menyediakan pelbagai jenis lens mudah alih untuk di uji. Kelasss macam dalam makmal rasanya. 
 kita yang muda bergetah ni sudah semestinya suka berselfie kan, korang tengok lah camera Sony Alpha 5000 ni boleh flip lcd screen dia ke atas ^____^ apa lagi senyum dengan lebar lah.

Aku masih ada seminggu lagi nak buat photoshot kat luar. Dengan berbekalkan Sony Alpha 5000 single lens ni next entry kita tengok apa yang akan jadi yer. 

Bagi korang yang tengah mencari camera peribadi yang baru boleh je tinjau-tinjau di website Sony malaysia ni, pasti korang akan rasa seperti nak beli satu. Tapi aku nasihatkan jangan lambat sebab nanti terlepas color pilihan korang (Putih, Hitam & Pink) Bukan itu saja malah lens mudah alih yang bermutu tinggi juga tersedia menanti ^_^

 Till next entry yeah!!!!

Feb 19, 2014

Tips: Jangan duduk dengan wallet di belakang poket seluar.

 Hi Uols,

Di malam yang mulia ni sesuai untuk uols sentiasa beringgat tidak kira dimana anda berada duduk seharusnys tegak untuk menyokong tulang belakang anda untuk berada dalam posture yang tegak dan bukan melencong yer ^_^

Nasihat kesihatan ini lebih kepada golongan lelaki sebab biasanya lelaki sahaja yang suka letak wallet di poket belakang seluar mereka. Perempuan ada tak? Ada juga..tapi jarang-jarang. Kenapa kata jangan duduk atas wallet? Sebab:
  • Dompet/wallet anda boleh menyebabkan sakit yang teramat sangat pada belakang dan punggung anda dan ia juga membawa sakit sampai ke kaki
  • Duduk di atas dompet/wallet selama berjam-jam lamanya setiap hari boleh memampatkan saraf sciatic yang mengalir di bawahnya beberapa otot piriformis dan membawa kepada sindrom piriformis, sakit pinggang & sciatica.
  • Dompet/wallet bertindak sebagai baji yang memaksa pelvis, tulang belakang dan tubuh lari daripada alignmentnya.
  • Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet/wallet anda.
  • Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet/wallet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit sciatica atau belakang.

Pilihan yang terbaik lagi sihat adalah untuk meletakkan dompet/wallet ke saku depan seluar anda.

Jika anda perlu untuk meletakkan dompet/wallet anda di poket belakang, anda perlu mengeluarkannya sebelum anda duduk. 

Info ini dibawa oleh kementerian kesihatan kelempuk nusantara tak lain tak bukan Kifli Mally devasssss!! 

follow di sini sudahhhhh!
Instagram: @kiflimally
Twitter: @kiflimally

Feb 16, 2014

OOTD Kifli Mally: Toasted Brown Blaze

Hi Uols,

Dengan cuaca yang amat baik hari ni jom kita lepak sambil minum coffee ^_^
sedapnya lepak di oldtown. Lepas tu mek memang suka dengan roti bakar, kalau boleh semua semua cafe mek akan cari roti bakar. Lebih lagi kalau mereka pandai hidang, pasti mek akan tersenyum lebar.

Jadi mood mek hari ini Brown Blaze with Toasted bread haha.
Cuba teka mek snap gambar ni kat mana? siapa dapat teka, mek belanja roti bakar old town soploh set hahaha
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Brown Blaze: Jambu Wardrobe Collection 
Inner: Bangkok
Accessories: Bangkok
Pants: Forever 21
Shoes: Mabel
Clutch: Zuzu collection

follow mek for more look book collection:
Instagram: @kiflimally
Twitter: @kiflimally


Feb 15, 2014

Food Review: Rojak dan Cendol fresh @ Bandar Seri Permaisuri Cheras



Hi Uols,

normally weekend macam ni korang for sure tidak senang duduk dirumah kan?
lebih-lebih lagi kalau korang jenis yang nak mencekik macam mek je sepanjang hari.
cuaca panas sering dikaitkan dengan dessert yang boleh menghilangkan dahaga. betul tak?

so mek akan bawa korang ke area rumah mek untuk minum petang. Siapa orang area cheras dan juga area bandar tun razak for sure korang semua ada tahu dimana lokasi Rojak dan Cendol ini berada.
Jom Review!!!!
 Cendol Sesedap rasa sesedap rasa RM2-RM3 
cukup rasa cukup lemak, memang menyegarkan. Memang tidak boleh diungkap dengan kata-kata.
 Rojak kemelut di muara kasih - Biasa RM 3
 Rojak Special flora dan fauna - RM 5
ok sama seperti rojak lain semua ada cukup dari segi bahan dan aksesori nya, tapi bila datang ke part special memang tidak akan habis dijamah kerana ada tambahan Mee Kuning, sambal sotong, dan ayam goreng.
 Ayam rempah special meleleh - RM 5
serius ayam dia sama taraf dengan mamak punya ayam tandoori. Siap tapau bawa balik satu sebab terlalu sedap boleh di jamah pada waktu makan malam ^_^
penuh dengan rasa rempah dan perahan air lemon. Ada bran datang cuba?
Minum petang bersama dengan dua budak yang always masuk air.
selain dari menjual rojak dan cendol, air jambu batu turut ada disana.

Detail seperti dibawah:
Lokasi: Bersebealah dengan Stadium bolah sepak cheras.
Landmark: HUKM
Waze: HUKM/stadium bola sepak cheras
Business hour: 11-


 p/s: follow mek disini untuk makan2 yang sedap.
Instagram: @kiflimally
Twitter: @kiflimally