Jan 3, 2014

Food Review: Savaro by Felda Masakan Terbaik @ Publika Solaris Dutamas

HI UOLS,

kali ini jom kita tengok apa yang sungguh special dan menyelerakan di Savaro Restoran ni, 
pertama kali mek dijemput untuk merasakan masakan yang terbaik dari Felda ^_^

tempat dia agak santai dan jenis open air, dihiasi penuh dengan tumbuhan berwarna hijau untuk menambah kesegaran pada restoran tersebut.

serius bagi korang yang nak menikmati rasa masakan melayu ala western cuisine boleh lah datang ke Savaro Restoran di Publika Solaris Dutama. Kerana di dalam area Publika ni hanya Restoran ni je yang berconcept kan ala masakan sedemikian ^_^

Tanpa membuang masa mari kita tengok makanan yang disediakan mengikut tekak masing-masing. Harap korang tidak mudah meleleh air liur kerana gambar yang di ambil oleh mek sungguh menggiurkan ^_^
Tomato Bruschetta
Ciabiatta Melt
CharPrawn Mango Salad
Mushroom Soup
 Broccoli Soup
Roti Jala
Taragon Chicken Sandwich
  Nasi Briyani Lamb
Savaro Noodle
Nasi Lemak Pandan
Nasi Goreng Selasih
Sago Gula Melaka
 Pengat Pisang
Lompat Tikam

Tak dapat nak digambarkan dengan setiap presentation yang dihasilkan oleh Savaro Restoran ni. 
Mushroom soup korang patut rasa sebab citarasa dia sangat tinggi. Sangat special sebab ianya akan dihidang sekali sahaja semata-mata nak menjaga kualiti masakan itu.
 Minuman pula dari buah-buahan segar dan juga yogurt.Boleh diakui kesegaran buah-buahan yang dijadikan minuman pada petang hari tu.
 Pekerja yang sangat ceria dan ramah mesra ^_^

 Mek pasti korang semua sudah pasti akan tergerak untuk pergi merasa sendiri masakan dan hidangan dari Savaro ni kan? Kalau macam tu korang boleh tengok pada details dibawah untuk maklumat lebih lanjut.

Facebook Page: Savaro by Felda
Address: A3-G2-09, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: 03-6206 5044 
Hours: Mon - Sun: 10:00 am - 11:00 pm


Jangan lupa follow mek di:
Twitter: @kiflimally
Instgaram: @kiflimally

1 comment :

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni