Jan 9, 2014

Food Review: Menu "kemakmuran" serta "Panjang Umur" di Utara Coffee House Armada Hotel @ Petaling Jaya


HI UOLS,

Kali ini food review sempena dengan perayaan Chinese New Year bakal menjelang tak lama lagi, mek tidak ketinggalan untuk merasa masakan dari chef terbaik dari Utara Coffee House Armada Hotel Petaling Jaya.
 Kepada mereka semua diluar sana kawan-kawan mek berbangsa Cina tu boleh lah merasakan hidangan yang penuh dengan Ong! di Armada Hotel ni yer.

Bermulanya dari 2nd January 2014 hingga 14th February 2014, Armada Hotel Petaling Jaya menyediakan beberapa Set Menu yang dipenuhi dengan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina, penuh Ong dan panjang umur yer kalau korang menjamu selera disini.

Buffet Dinner (per head):
Dewasa RM70++
Warga Tua RM 49++
Kanan-kanak RM 35++
Yang bestnya korang boleh pilih Yee Sang mengikut set berharga pada RM40++
Fruitti Veggie Yee Sang (Vegetarian)
Salmon Yee Sang
Butterfish Yee Sang

Selain dari itu juga Chef dan crew-crew hotel telah pun bersiap sedia menyediakan 3 Prosperity Set Menus (Semeja minima 10 pax). Sesuai untuk rakan bisness, kawan rapat dan ahli keluarga. Set adalah seperti dibawah:

Blissful Longevity Set Menu RM899++
Everlasting Success Set Menu RM1088++
Bountiful Treasures Set Menu RM1188++

Jadi kami disajikan dengan set menu iaitu Blissfull Longevity yang berharga RM899++

JOM KITA REVIEW!!!!
Prosperity Yee Sang with Crustacean
Tak dapat digambarkan betapa gembiranya suasana apabila beramai-ramai menabur yee sang.
Semakin tinggi korang tarik naik semakin panjang umur ^_^
apa lagi makin tinggi lah mek tarik haha
Braised Seafood Mentaiko Soup
Pei Pah Chicken in Orange Salsa Sauce
Deep Fried Sea Garoupa in Spicy Sesame Sauce
Steamed Tiger Prawn with Ginger Sauce
 
Braised Taukan with Mushroom in Black Moss Sauce
Fried Rice with Pineapple
Sweet Red Bean Cream with Snow Sago
Shanghai Pan Cake Chinese Tea
  
Hah macam mana? Confirm kalau mereka yang makan dalam 10 orang ni tak larat nak habiskan sebab portion yang disediakan juga cukup banyak. So lepas ni boleh lah korang balik rumah tarik korang nye loukong (suami) datang celebrate Tahun Baru Cina di Armada Hotel yer.

 Boleh dikatakan set ini memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan, dihari perayaan tak salah kalau berbelanja sedikit untuk dapat makanan yang mewah.

Dari 5 mek bagi 4 bintang.

Bila sudah selesai dengan review dan menilai hidangan Blissful Longevity Set Menu tu, mek terus fokus pada Mr Chew Teik Chye, chef kita orang pada malam tu. Satu persatu dia bentangkan hasil food presentation pada kita orang. Agak banyak juga hidangan yang disediakan pada customer. Mek rasa itu hanya separuh hidangan kalau nak di ikutkan ada banyak lagi set hidangan yang lain belum di pamerkan.
 Chef kita iaitu Mr Chew Teik Chye
 kalau korang amati hasil dari food presentation ni mereka bukan saja hidangkan masakan tradisional malah mereka juga turut menyediakan sushi sebagai makan sampingan. Selain dari itu juga snack tradisional turut sama dihidang bagi menambahkan lagi suasana perayaan tahun baru china seperti kuih bakul, biskut cina, shanghai pancake dan banyak lagi.

Jadi untuk tempahan lanjut sila tengok info dibawah:

The Armada Hotel Petaling Jaya
Utara Coffee House
Armada Hotel Petaling Jaya
Lot 4, Lorong Utara C, Section S2,
Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7954 6888
- See more at: http://hazmanfadzil.com/2014/01/08/hotel-armada-petaling-jaya-chinese-new-year-reunion-buffet-dinner/#more-14678
 Utara Coffee House Armada Hotel Petaling Jaya 
Lot 4, Lorong Utara C, Section S2, Petaling Jaya, Selangor 
Tel : 03-7954 6888 

No comments :

Post a Comment

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni