Dec 29, 2013

Jom saksikan 80 Mural 3D di The Atmosphere @ Seri Kembangan.

HI UOLS,

Korang semua sudah semestinya pernah lihat hasil seni yang dilakarkan pada dinding kan? Tapi berbeza sedikit hasil Mural yang dipamerkan di The Atmosphere Seri Kembangan ni kerana hasil Mural tersebut dalam bentuk 3D,
seolah-olah memang real, siapa sangka kreatif juga artis tempatan kita untuk hasilkan semua seni Mural tu kan? The Atmosphere inginkan sesuatu yang berlainan kali ni, mungkin berlainan dari semua Shopping Mall yang sedia ada, oleh itu mereka mencuba dengan menghasilkan 80 Mural 3D, dan kepercayaan ini diberikan kepada artis seni kita.
Seawal jam 10.00 pagi ramai orang sudah pun start mengambil gambar untuk dibuat koleksi, rasanya kalau nak di belek setiap Mural 3D ni memang makan masa sehari sebab inginkan gambar yang diambil tu nampak cantik dan real. Kata 3D kan? ^_^
Info tentang The Atmosphere?
ok lah kalau korang nak tahu, The Atmosphere ni adalah hasil usaha kerjasama antara Ekson Corporation Berhad dan juga Tempo Properties Sdn Bhd. Siapa sangka The Atmosphere ni dihasilkan dari pembangunan komersial yang telah pun memenangi 2 anugerah. Mek percaya The Atmosphere ni pasti akan lebih meriah bila betul-betul dah siap sepenuhnya.

Jom kita tengok lebih banyak gambar dibawah ini.
 memang tak puas nak berposing sakan dengan gambar-gambar ni semua. Rasa nak habiskan masa sehari suntuk kat sana. Eh kau jangan give ada banyak lagi gambar mural 3D ni yang belum mek habis warwarkan kat blog mek ni ^_^

harap korang sambung tengok sampai muntah hahaha
 
 
 
 
 
 
 
 
 selain dari itu juga, ada banyak aktiviti yang di adakan. Siap ada cosplay pelbagai character lagi ^_^
ada character feveret mek, iaitu Chun Li.  
so kalau korang tengok memang tak sampai 80 kesemuanya mek nak snap gambar, sebab terlalu banyak. Kalau nak snap gambar + berposing akan ambil masa dari pagi hingga ke petang ^_^.
 
 
Budak street dance pun tak nak ketinggalan menunjukkan step mereka sebagai seorang penari yang hebat ^_^
 selain dari itu juga ada beberapa booth yang di buka bagi mereka yang nak beli kraftangan dan juga beberapa koleksi fashion.
 Amek kaw hikmat pukulan mak esah....watcha ^_^

 hah korang ingat lagi tak mek ada mention pasal Contest yang akan berlangsung sekali di The Atmosphere.
kepada korang semua yang nak join, korang boleh lah hantar kat page mereka di facebook. 
Mek pun tak nak lepaskan peluang ni sebab mek pun nak juga menang RM15.000 haha
hah ni lagi satu 22nd Dec 2013 to 16th Feb 2014. contest ni akan tamat riwayat. So better lekas amik port ok.


Follow mek di sini:

 

No comments :