Nov 23, 2013

Mural Sekolah Bertemakan Kesegaran Buah-buahan Memenangi Hadiah Utama

hi uols,

Para pelajar SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar baru-baru ini bersorak penuh kegembiraan apabila mural dinding mereka yang menggambarkan buah-buahan segar memenangi pertandingan melukis mural yang diinspirasikan oleh Clean & Clear® Fruit Essentials, rangkaian pembersih muka baru yang membersihkan, menyegar dan mencerahkan kulit remaja.

Dicipta khas untuk kulit gadis remaja, Clean & Clear® berhasrat menyediakan para remaja Malaysia dengan aktiviti di sekolah yang sihat dan menarik serta menampilkan daya kreativiti mereka secara berkumpulan.  “Pertandingan mural  ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada para remaja menunjukkan bakat kreatif mereka selain memahami kepentingan bekerja secara berpasukan,” kata Lynn Yeo, Pengarah Pemasaran Bersekutu Johnson & Johnson Malaysia, yang memasarkan produk Clean & Clear® di negara ini.
Yeo menambah: “Seni mural dipilih kerana merupakan satu bentuk seni yang berkait rapat dengan ekspresi kumpulan remaja. Seni ini membolehkan mereka mengolah hasil seni secara bebas di tempat awam yang orang ramai boleh melihat hasil kreativiti mereka. Melalui pertandingan ini,  Clean & Clear® memberi peluang kepada anak-anak muda untuk menghasilkan mural dinding di sekolah mereka supaya dapat dilihat dan dihargai oleh rakan-rakan sebaya”.

Apa yang membuatkan para pelajar SMK Sultanah Bahiyah nyata berbeza daripada 12 buah sekolah lain di Semenanjung Malaysia yang menyertai pertandingan ini ialah daya kreativiti mereka dalam menghidupkan tema pertandingan iaitu “Segar – Yakin - Pasti OK” melalui mural yang dicipta. Sama juga seperti pembersih muka yang menyegarkan, mural dinding yang dilukis oleh para pelajar ‘membangkitkan’ deria melalui kombinasi buah-buahan yang berwarna-warni dan bentuk geometri yang bijak.

“Kami merupakan peminat permainan ‘Candy Crush Saga’! Warnanya yang menarik serta ikonnya yang unik telah memberi pengaruh yang besar dalam mencipta hasil kami.  Bagi kami ia mencerminkan kesegaran dan keceriaan rangkaian Clean & Clear® Fruit Essentials,” jelas Fathin Maisarah, yang seperti rakan sepasukannya yang lain sedang menuntut di Tingkatan Empat.

Kreativiti memainkan peranan penting dalam fasa mencipta, manakala proses mengecat pula menguji kesabaran dan semangat bekerja secara berpasukan para remaja ini.   

“Kami perlu melukis garisan dan membuat stensil untuk mural terlebih dahulu. Kemudian kami memilih warna yang diperlukan dan mula mengecat beramai-ramai. Setiap orang mempunyai tugas  masing-masing dalam menyiapkan mural ini.  Kumpulan kami terdiri daripada lapan orang tetapi kami memerlukan 9 jam sebelum dapat menyiapkan kerja kami. Antara sebabnya ialah hari hujan semasa kami mengecat, jadi kami perlu mengeringkan dinding yang basah terlebih dahulu sebelum memulakan kerja melukis mural,” menurut Nor Hazleen Hani, dan menambah yang kemahiran berkomunikasi amat berguna semasa bekerja dalam pasukan.  
“Kami turut memahami akan rangkaian produk Clean & Clear® Fruit Essentials. Kami bukan sahaja mengetahui bahawa pembersih muka ini diperbuat daripada ekstrak buah, malah kami mendapati bahawa rumusannya dihasilkan khas untuk kulit para remaja seperti kami. Oleh yang demikian, kami masukkan semua buah yang ada dalam tiga pembersih muka, iaitu epal, lemon dan beri dalam reka bentuk kami dan turut menyampaikan mesej keremajaan melalui penggunaan warna-warna yang terang,” Nur Zafirah Adiba menjelaskan.

SMK Sultanah Bahiyah berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai sebanyak RM5,000, dan Penolong Kanan Puan Norlela Mohd Sahat, menyatakan penghargaannya kepada  Clean & Clear® atas hadiah yang diberikan.

Menurut Puan Norlela, para guru memilih pelajar yang akan melukis mural dinding dan memberi panduan semasa kumpulan remaja ini berbincang untuk mencari idea rekaan. Selepas guru meluluskan lukisan pelajar, ia kemudiannya dihantar kepada Clean & Clear®.

“Acara ini telah memberi peluang kepada para pelajar kami untuk menunjukkan daya kreativiti, membangunkan kemahiran bekerja dalam sebuah pasukan dan melibatkan diri secara langsung dengan pihak luar yang mempunyai reputasi tinggi seperti Clean & Clear®. Bagi kami pertandingan seperti ini patut diteruskan dan kami pasti memberikan sokongan penuh!” Puan Norlela berkata.

12 penyertaan yang diterima untuk Pertandingan Mural Clean & Clear® Fruit Essentials diadili berasaskan daya kreativiti dalam menterjemah tema, teknik, pematuhan syarat kemasukan, kerja berpasukan dan bilangan ‘suka’ yang dapat dikumpulkan di Facebook.

Menurut Yeo, penyertaan para remaja yang telah bersungguh-sungguh mencari idea untuk menghasilkan konsep mural mencerminkan keceriaan pembersih muka Clean & Clear® Fruit Essentials.
“Saya bangga melihat usaha yang dilakukan oleh para pelajar untuk memastikan kemenangan sekolah mereka. Ini adalah selaras dengan semangat di sebalik rangkaian produk Fruit Essentials, yang membersihkan, menyegarkan dan menyerlah hari remaja agar mereka boleh mencapai potensi diri mereka yang sepenuhnya setiap hari,” tambah Yeo.

Rangkaian Clean & Clear® Fruit Essentials memberikan kesegaran untuk kulit remaja melalui tiga variannya – Energizing Berry, Purifying Apple dan Brightening Lemon. Energizing Berry mengandungi ekstrak raspberi yang kaya dengan Vitamin C dan Vitamin B3, yang merupakan bahan antioksidan bagi menyegarkan semula sel kulit.  Purifying Apple pula memiliki ekstrak epal dengan ciri pengelupasan lembut untuk membersihkan bahan asing seperti kotoran, minyak dan mekap pada muka.  Akhir sekali ekstrak lemon di dalam Brightening Lemon memberi kesegaran kepada kulit remaja untuk menghadapi hari melalui ciri antioksidan dalam Vitamin C yang mencerahkan wajah.  

Pembersih muka Clean & Clear® Fruit Essentials didapati di outlet utama seluruh negara – dapatkan sebotol atau ketiga-tiganya hari ini untuk menceriakan wajah remaja anda!

Untuk maklumat lanjut akan Clean & Clear® serta barisan produk, layari “My Clean & Clear” di www.facebook.com/mycleanclear.





2 comments :

  1. wahhh..cantik betul mural mereka...kreatif...ohhh clean n clear...fav produk zaman sekolah suatu masa dahulu...huhuhu

    ReplyDelete

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni