hi uols,
Para pelajar SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar
baru-baru ini bersorak penuh kegembiraan apabila mural dinding mereka yang
menggambarkan buah-buahan segar memenangi pertandingan
melukis mural yang diinspirasikan oleh Clean & Clear® Fruit Essentials, rangkaian
pembersih muka baru yang membersihkan, menyegar dan mencerahkan kulit remaja.
Dicipta khas untuk kulit gadis remaja, Clean & Clear®
berhasrat menyediakan para remaja Malaysia dengan aktiviti di sekolah yang
sihat dan menarik serta menampilkan daya kreativiti mereka secara
berkumpulan. “Pertandingan mural ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada
para remaja menunjukkan bakat kreatif mereka selain memahami kepentingan bekerja
secara berpasukan,” kata Lynn Yeo, Pengarah Pemasaran Bersekutu Johnson &
Johnson Malaysia, yang memasarkan produk Clean & Clear® di negara ini.
Yeo menambah: “Seni mural dipilih kerana merupakan satu
bentuk seni yang berkait rapat dengan ekspresi kumpulan remaja. Seni ini membolehkan
mereka mengolah hasil seni secara bebas di tempat awam yang orang ramai boleh
melihat hasil kreativiti mereka. Melalui pertandingan ini, Clean & Clear® memberi peluang kepada
anak-anak muda untuk menghasilkan mural dinding di sekolah mereka supaya dapat
dilihat dan dihargai oleh rakan-rakan sebaya”.
Apa yang membuatkan para pelajar SMK Sultanah Bahiyah nyata
berbeza daripada 12 buah sekolah lain di Semenanjung Malaysia yang menyertai
pertandingan ini ialah daya kreativiti mereka dalam menghidupkan tema
pertandingan iaitu “Segar – Yakin - Pasti OK” melalui mural
yang dicipta. Sama juga seperti pembersih muka yang menyegarkan, mural dinding
yang dilukis oleh para pelajar ‘membangkitkan’ deria melalui kombinasi
buah-buahan yang berwarna-warni dan bentuk geometri yang bijak.
“Kami merupakan peminat permainan ‘Candy Crush Saga’! Warnanya
yang menarik serta ikonnya yang unik telah memberi pengaruh yang besar dalam
mencipta hasil kami. Bagi kami ia
mencerminkan kesegaran dan keceriaan rangkaian Clean & Clear® Fruit
Essentials,” jelas Fathin Maisarah, yang seperti rakan sepasukannya yang lain
sedang menuntut di Tingkatan Empat.
Kreativiti memainkan peranan penting dalam fasa mencipta,
manakala proses mengecat pula menguji kesabaran dan semangat bekerja secara
berpasukan para remaja ini.
“Kami perlu melukis garisan dan membuat stensil untuk
mural terlebih dahulu. Kemudian kami memilih warna yang diperlukan dan mula
mengecat beramai-ramai. Setiap orang mempunyai tugas masing-masing dalam menyiapkan mural
ini. Kumpulan kami terdiri daripada lapan
orang tetapi kami memerlukan 9 jam sebelum dapat menyiapkan kerja kami. Antara
sebabnya ialah hari hujan semasa kami mengecat, jadi kami perlu mengeringkan dinding
yang basah terlebih dahulu sebelum memulakan kerja melukis mural,” menurut Nor
Hazleen Hani, dan menambah yang kemahiran berkomunikasi amat berguna semasa
bekerja dalam pasukan.
“Kami turut memahami akan rangkaian produk Clean &
Clear® Fruit Essentials. Kami bukan sahaja mengetahui bahawa pembersih muka ini
diperbuat daripada ekstrak buah, malah kami mendapati bahawa rumusannya
dihasilkan khas untuk kulit para remaja seperti kami. Oleh yang demikian, kami masukkan
semua buah yang ada dalam tiga pembersih muka, iaitu epal, lemon dan beri dalam
reka bentuk kami dan turut menyampaikan mesej keremajaan melalui penggunaan
warna-warna yang terang,” Nur Zafirah Adiba menjelaskan.
SMK Sultanah Bahiyah berjaya membawa pulang hadiah utama wang
tunai sebanyak RM5,000, dan Penolong Kanan Puan Norlela Mohd Sahat, menyatakan
penghargaannya kepada Clean & Clear®
atas hadiah yang diberikan.
Menurut Puan Norlela, para guru memilih pelajar yang
akan melukis mural dinding dan memberi panduan semasa kumpulan remaja ini
berbincang untuk mencari idea rekaan. Selepas guru meluluskan lukisan pelajar,
ia kemudiannya dihantar kepada Clean & Clear®.
“Acara ini telah memberi peluang kepada para
pelajar kami untuk menunjukkan daya kreativiti, membangunkan kemahiran bekerja
dalam sebuah pasukan dan melibatkan diri secara langsung dengan pihak luar yang
mempunyai reputasi tinggi seperti Clean & Clear®. Bagi kami pertandingan
seperti ini patut diteruskan dan kami pasti memberikan sokongan penuh!” Puan Norlela
berkata.
12 penyertaan yang diterima untuk Pertandingan Mural Clean
& Clear® Fruit Essentials diadili berasaskan daya kreativiti dalam
menterjemah tema, teknik, pematuhan syarat kemasukan, kerja berpasukan dan
bilangan ‘suka’ yang dapat dikumpulkan di Facebook.
Menurut Yeo, penyertaan para remaja yang telah
bersungguh-sungguh mencari idea untuk menghasilkan konsep mural mencerminkan keceriaan
pembersih muka Clean & Clear® Fruit Essentials.
“Saya bangga melihat usaha yang dilakukan oleh para
pelajar untuk memastikan kemenangan sekolah mereka. Ini adalah selaras dengan
semangat di sebalik rangkaian produk Fruit
Essentials, yang membersihkan, menyegarkan dan menyerlah hari remaja agar
mereka boleh mencapai potensi diri mereka yang sepenuhnya setiap hari,” tambah Yeo.
Rangkaian Clean & Clear® Fruit Essentials memberikan
kesegaran untuk kulit remaja melalui tiga variannya – Energizing Berry, Purifying
Apple dan Brightening Lemon. Energizing Berry mengandungi ekstrak raspberi
yang kaya dengan Vitamin C dan Vitamin B3, yang merupakan bahan
antioksidan bagi menyegarkan semula sel kulit. Purifying
Apple pula memiliki ekstrak epal dengan ciri pengelupasan lembut untuk
membersihkan bahan asing seperti kotoran, minyak dan mekap pada muka. Akhir sekali ekstrak lemon di dalam Brightening Lemon memberi kesegaran kepada
kulit remaja untuk menghadapi hari melalui ciri antioksidan dalam Vitamin C
yang mencerahkan wajah.
Pembersih muka Clean & Clear® Fruit Essentials didapati
di outlet utama seluruh negara – dapatkan sebotol atau ketiga-tiganya hari ini
untuk menceriakan wajah remaja anda!
Untuk maklumat lanjut akan Clean & Clear®
serta barisan produk, layari “My Clean & Clear” di www.facebook.com/mycleanclear.
2 comments :
wahhh..cantik betul mural mereka...kreatif...ohhh clean n clear...fav produk zaman sekolah suatu masa dahulu...huhuhu
Layak berbagi. Pria gaya rambut Terima kasih untuk berbagi
Post a Comment