Nov 4, 2013

Kyubi masuk Clinic, Segar Veterinary Hospital @ Taman Segar



hi uols,

petang tu tengah mek on the way balik nak siap-siap pergi ke gym kekdahnya nak slimkan badan mek yang dah macam sarung nangka ni. Alangkah terkejutnya kawan mek cakap suruh balik cepat sebab anak aku si Kyuubi tu telinga dia berdarah, sebab dia asyik garu jer.

mek pun berdesup lah balik macam lipas kudung!! 
sampi je kat rumah memang tak boleh nak buat apa-apa dah melainkan hantar dia ke veterina. 
kyuubi tak sakit seperti lemah longlai cuma telinga dia berdarah sebab dia terlalu kerap garu telinga dia tu.
Capai wallet, tukar baju terus kawan mek tolong hantar kan ke veterina yang berdekatan.

Dan dan lah time ni kawan aku yang keje veterina tu tak angkat phone, serious buntu tak taw nak hantar kat mana, mek google terus lah jumpa satu veterina private kat area Taman Segar. Segar Veterinary Hospital. 
kyuubi ni kalau masuk dalam
kyuubi ni jenis masuk dalam sangkar (carrier) confirm dia ingat yang mek ni nak jual dia kat sapa-sapa, tu yang dok mengiau dengan kerasnya. Serius tak le slow down tone dia tu, vocal macam jaclyn pula kan ^_^
 sampai saja dekat clinic tu, ada lah a few customer yang bawa pet masing-masing, for sure lah pet mereka semua tu anjing kan ^_^ comel-comel hokay. Rasa nak baling ke dinding jer.
pelbagai ragam yang korang akan nampak owner dengan pet mereka. Dah macam keluarga dibuatnya. Sama seperti mek layan kyuubi macam mana ^_^ penuh kasih sayang hehe
hah!!! yang ni baru saja di sunatkan kekdahnya nak di sarungkan cone tu untuk mengelak kan dia menjilat karipap sendiri, tapi punya lah susah nak sarungkan cone tu kat dia, aggressive sungguh betina ni tak padan dengan katik. Owner dia pula asyik warning suruh dia duduk diam.

"Angelina mummy don't want act like that ah!!! better behave, mummy scold you ah!!!"
terus anglina pun buat muka monyok + simpati ^_^ serius comel.

last-last owner tu give up terus bawa balik cone tu biar dia pasang sendiri dekat rumah haha lagi senang habis cerita ^_^
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Kyuubi sila masuk, dengan nada yang ramah!!!
mek pun lenggang kangkung masuk ke bilik wad tu, seram sejuk engkooo macam nak hantar anak kerumah sakit kekdahnya. Nervous!!!!
 sesudah memperkenalkan diri, kyuubi terus ditimbang amik measure katanya!!!
lebih kurang dalam 2kg. Anak mek kenalah sihat kannn walhal berat tulang je si Kyuubi ni.
Doctor tu belek punya belek untuk memeriksa ada kutu yang menumpang di sebalik bulu nya yang cantik itu ^_^
result: Bebas Kutu!!! hooray
 direct kepada punca masalah kyuubi tadi,  telinga kyuubi ada ear mites dan ear mites ini lah yang membuatkan telinga kyuubi penuh dengan selaput kotor, alaaaa senang cerita macam taik telinga lah. 

oleh itu selain dari pemakanan, penjagaan dalaman haruslah sentiasa dipantau, contoh macam taik hidung dia yang berselaput kat celah hidung, telinga harus sentiasa bersih dan juga penjagaan bulu mandian sebulan sekali untuk mengelak kan dari kutu. 

Kalau nak nampak gambar macam mana rupa ear mites pada kucing anda sila KLIK SINI, pakcik google ada solusinya ^_^

 Alhamdulillah semua sudah selesai, telinga kyuubi pun kini bertambah bersih, siang malam mek basuh telinga dia rela tak rela, mek terkam terus basuh pakai cotton bud dan juga ubat yang diberikan oleh doctor tu ^_^
semuanya cost untuk rawatan kyuubi RM70 which is masih lagi berbaloi huhu. *walhal menangis darah uols!
 
 balik je terus mek mandi kan kyuubi yang penting air mandian kena suam yer, kalau tak suam meroyan dia kat toilet tu, berbirat badan mek ni macam kena dera, tak sah kalau kuku dia tu tak hinggap kat badan mek!
budak sakit haruslah dimanjakan ^_^ 
kena ajar lepas mandi bagi makana favorite dia, Nanti dia akan sudah faham maksud lepas mandi je dapat reward haha.

info: 
Veterinary Address: Segar Veterinary Hospital, No 2, Jalan Manis 3, Taman Segar, Cheras, 56100 Kuala Lumpur
No Tel: 03-91304641 / 03-9130 2059
Email: segarvethospital@gmail.com

kepada korang yang area cheras tu tak tahu nak pergi ke veterina pada saat akhir, boleh selalu berkunjung ke sini ok ^_^ Good luck semuanya

Stay goddess people!! Meowwwwww~


No comments :

Post a Comment

Anonymous kindly be nice to me!
Paling tak suka SPAM yang datang dari negara omputih, tak yah nak comment speaking sangat lah kat Blog aku ni