hi uols,
WOW, itu first impression yang mek lalui bila join #TSDayOut ni. Tak tahu pula end up dengan penuh aktiviti yang best, pengalaman yang tidak dapat digambarkan dan juga berjumpa dengan rakan blogger baru.
Kali ini mek bersama dengan rakan blogger lain menyahut aktiviti yang di anjurkan oleh Tourism Selangor ke Kuala Langat, Banting. Siapa yang tak pernah menjelajah ke daerah banting izinkan mek untuk bercerita. Jangan sampai korang termuntah tengok mek punya gambar yer. ^_^ *banyak sangat
entry ni ada 3 section (tempat) yang kami kunjungi 1) Nasi Lemak Sotong Pak Musa 2) Ros Kerepek 3) Paya Indah WetLands.
Let the picture do the talk!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Section 1
Awal pagi tibanya kami di Banting, kami dibawa ke satu tempat breakfast yang famous di situ iaitu Nasi Lemak Sotong. Sambal sotong yang tak berapa pedas memang sesuai untuk mereka yang suka kan nasi lemak sebagai sarapan di pagi hari.
Selain dari Sambal Sotong tu di kedai Pak Musa mereka juga menyediakan Telur Goyang!
hah engkau bergoyang-goyanglah mek lepas melantak telur ni ^_^
Ini adalah hasil resepi turun temurun selama 40tahun, korang bayangkan betapa larisnya resepi ini sehingga kekal hingga hari ini
Terima Kasih kami ucapkan, so kepada korang yang di area Banting tu, alamat mereka dibawa ini:
Nasi Lemak Sotong Pak Musa
Jalan Suasa 1 Banting, Selangor 42700
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
section 2
section 2
sesudah perut kenyang, kami terus dibawah ke kilang kerepek yang tidak kurang juga hebatnya di dalam menghasilkan kerepek! Itu diaaaaaa akak ratu kerepek kita ROS KEREPEK!
besar juga kilang kerepek kak ros ni yer! rumah kediaman mereka pun hanya bersebelahan je ^_^
sekitar tahun 1989 mereka sudah pun beroperasi dan Ros Kerepek ini merupakan pertanian sumber asli dimana dijalankan seramai 30 orang pekerja. Ini juga waris pekerjaan yang diwarisi turun temurun.
En Fauzi (kiri) merupakan usahawan muda yang menjadi tour guide kita orang.
Kerepek yang menjadi signature mereka ialah kerepek ubi kayu dan juga kerepek Pisang, kalau korang nak tahu Ros Kerepek menghasilkan 3 tan kerepek ubi kayu dalam masa sehari. *jawdrop ^_^
seperti yang korang dapat lihat, pertama ubi kayu itu akan dibersihkan, setelah dibersihkan ubi kayu tersebut akan di masukkan dalam mesin untuk menghasilkan ubi kayu mengikut bentuk standard kerepek.
manakala di dalam proses mereke menggorang dalam tong besar tersebut amik masa tidak kurang dari 5 minit. Kalau dah nampak kekuningan mereka akan terus keluarkan kerepek tersebut dan di tambah perisa pedas dan sebagainya.
ini adalah packaging yang sudah pun siap ^_^
ini stock untuk berbulan-bulan kot haha
sudah pasti memerlukan keluasan tanah yang luas dan hasil bahan asli yang banyak untuk menghasilkan 3 tan kerepek, oleh itu keluasan tanah seluar 150hektar digunakan untuk menanam ubi kayu tersebut.
bagi korang yang nak datang berkunjung atau buat lawatan boleh lah pergi ke:
Ros Kerepek Lot 738,Jalan Sukun,Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor, Malaysia.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
section 3
section 3
yeah tempat terakhir yang mek kunjungi ialah Paya Indah WetLands.
Tempat alam semula jadi dan juga habitat kehidupan liar disini merupakan daya penarik para pengunjung.
seluas 3100 hektar merupakan satu-satunya ekopelancongan di Malaysia terletak di Daerah Kuala Langat, Selangor. Kalau korang datang ke Paya Indah WetLands ni korang dapat cuba aktiviti lasak selain dari itu juga kawasan yang cukup luas ini sesuai kalau korang semua nak buat perkhemahan ^_^
Penarik para pelancong ialah Badak Air, 213 Jenis Burung dan juga Buaya Besar.
so tunggu apa lagi jom kita berbasikal mengelilingi sepanjang kawasan Paya Indah Wet Lands ni.
seperti yang korang lihat tempat yang cukup indah dan nyaman luas pemandangan sejuk mata memandang!!
kawasan paya yang luas terbentang itu merupakan salah satu tempat perhentian bagi burung-burung yang jenis berhijrah ^_^ lebih kurang tempat immigration burung ini sebelum mereka pergi ke tempat lain. Kawasan ini sangat dijaga bagi memastikan eco sistem sentiasa dalam keadaan seimbang.
sesudah itu kami terus ke tempat buaya dimana mereka ranger akan memberikan mereka makan ^_^
yahuuuuu dapat tengok si sang buaya makan tengah hari.
SELAMAT DATANG KE KOLAM BUAYA.
Ranger disini akan berikan mereka makan tengah hari sekitar Jam 11.00 - 11.30 pagi.
selain dari itu juga, buaya-buaya ini semua diberi makan dalam kadar diet yang sesuai pada weekend dan juga public holiday. Lebih kurang ada 48 ekor buaya yang berada di dalam kolam tersebut.
Kolam yang besar ini sudah menjadi habitat tempat tinggal mereka, ini adalah penting bagi membiarkan mereka hidup seperti berada di hutan liar.
apa yang korang tengok dimana buaya-buaya tersebut mampu melompat lebih tinggi menggunakan daya ekor untuk menolak mereka ke atas permukaan yang lebih tinggi. Jadi jangan pandang rendah pada haiwan ini okay ^_^
Buaya yang paling bernilai kat sini ialah Buaya Julung-julung dan juga buaya tembaga kerana buaya spesis ini hampir terancam oleh itu habitat mereka perlu di jaga dengan sebaik mungkin.
Buaya ini akan bertelur pada Jan-Mei, sekor buaya betina boleh bertelur sebanyak 60-70 biji dan buaya ini akan mengawasi telur mereka selama 3 bulan tanpa makan dan minum. *good mama croc
lepas tu jom kita tengok si badah air yang comel ni.
kalau korang nak tahu badak air ni diberi nama Juwita, dan Juwita ada seekor baby jantan ^_^
mek bagi nama baby jantan tu Megat haha
comel kan Juwita bersama dengan baby Megat.
comel-comel juga tapi sekali dia buka mulut dah sebesar "batu belah batu bertangkup" uols.
kalau kena ngap confirm tak boleh nak larikan diri. Pada asalnya Juwita amat pemalu untuk naik ke permukaan tapi setelah namanya di panggil oleh salah seorang ranger disitu dan memberikan kanya makanan terus dia naik melenggang ke darat.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
additional section
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
additional section
Ini pula bagi mereka yang ingin menginap di Chalet Paya Indah Wet Lands, confirm korang semua akan teruja dengan ukiran dan kecantikan chalet tersebut.
picture credit by http://www.cindysplanet.com
picture credit by http://www.cindysplanet.com
Chalet yang serba lengkap ini berhadapan dengan tasik yang cantik, Rm120 semalam.
Serius berbaloi dan ruang chalet juga sangat sesuai bagi mereka yang berkeluarga.
Jadi kepada ibu bapa diluar sana yang ingin berkunjung ke tempat yang menarik penuh dengan alam smula jadi sesuailah kiranya korang datang untuk rehatkan diri sambil melakukan aktiviti di Paya Indah Wet Lands ini. Info selanjut seperti dibawah.
Paya Indah Wetlands Jabatan Perhilitan Km 4, Jalan Dengkil - Banting 43800 Dengkil Selangor Darul Ehsan, Malaysia Tel: +603-87687616 Fax: +603-87688424
https://maps.google.com/maps?q=paya+indah+wetlands&ll=2.860031,101.632397&spn=0.006429,0.009645&oe=utf-8&client=firefox-a&fb=1&hq=paya+indah+wetlands&t=h&z=17
credit photo by: http://ceritadyat86.blogspot.com
Paya Indah Wetlands Jabatan Perhilitan Km 4, Jalan Dengkil - Banting 43800 Dengkil Selangor Darul Ehsan, Malaysia Tel: +603-87687616 Fax: +603-87688424
https://maps.google.com/maps?q=paya+indah+wetlands&ll=2.860031,101.632397&spn=0.006429,0.009645&oe=utf-8&client=firefox-a&fb=1&hq=paya+indah+wetlands&t=h&z=17
credit photo by: http://ceritadyat86.blogspot.com
diatas kesempatan ini mek nak ucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput join event korang. Terima kasih Tousrism Selangor (FB). kepada bloggers diluar sana yang ingin turut serta ke event mereka yang seterusnya boleh pergi ke link ini http://tsdayout.my/
bersama-sama kita meriahkan event seterusnya ^_^
stay goddess people!!!
No comments :
Post a Comment