hi uols,
mek masih lagi teringat apa yang terjadi hari itu,
waktu itu mek baru saja habis kerja dan nak pergi ke screening bersama dengan macikz konah.
mek perlu tunggu mereka kat Jelatek Putra station, sambil mencari port untuk duduk. Bila mek melabuhkan punggung ternampak seekor kucing yang kurus baring tidak bermaya, kulitnya ada kurap di beberapa tempat, matanya pula hampir buta dan bergantung pada separuh penglihatan.
Meowwwwww tak bermaya, lemah T_T
mek nak berikan makanan tapi time tu mek hanya berbekal tangan kosong, mek kasihan sungguh dia berlalu pergi tanpa pedulikan keadaan sekeliling sambil mengiau ke setiap orang yang lalu melepasinya.
kemudian ada seorang akak cina ni dalam umur awal 30an, terus berjalan melulu kearah kucing tersebut duduk dan membuka bungkusan makanan yang memang sudah disediakan dari rumah agaknya,
HATI MEK TERSENTUH!!!!!! ingin menangis sambil memelok erat akak itu dan mengucapkan TERIMA KASIH kerana masih ada lagi manusia yang prihatin dan baik hati seperti kamu. Wahai Amoi muga kamu dimurahkan rezeki dan teruskan lan berkorban demi kucing terbiar seperti itu.
selain dari itu ada juga beberapa tempat kucing seperti ini dijaga, contohnya dekat Station Salak Selatan Station, kucing color orange ni setia menunggu akak melayu ni datang untuk memberikannya segunung makanan ^_______^ time tu orang lain berjalan laju tak sabar ingin pulang kerumah masing-masing, tapi mek sempat memerhatikan setiap perlakuan akak itu.
BERSYUKUR MASIH DAPAT MELIHAT KEBAIKAN ^_^
Korang semua kena sama, tidak kira kucing atau anjing mereka juga ingin hidup dibumi yang sama ini. Mereka juga ada hati walaupun tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata.
stay goddess people!
masih ade yg prihatin kak ton
ReplyDelete